Rabu, 10 Ogos 2011

Bonus Aidilfitri untuk penjawat awam Terengganu dan Pahang pula


Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Pahang hari ini masing-masing mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam mereka. Kadar ini adalah sama seperti yang diumumkan oleh YAB PM untuk penjawat awam Pesekutuan dua hari yang lalu.

Pasti ini akan menyebabkan rakan-rakan penjawat awam di negeri-negeri lain ternanti-nantikan pengumuman dari big boss masing-masing. Namun saya percaya, semua MB dan KM akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Cuma mungkin akan ada kadarnya yang berbeza. Mungkinkah?

Setakat artikel ini ditulis, hanya tiga buah negeri yang mengumumkan pemberian bonus sempena Aidilfitri kepada penjawat awamnya. Hanya Selangor, dengan pemberian RM 500.00 secara sama rata untuk Gred 54 kebawah, yang tidak memberikan kadar setengah bulan gaji.  


Saya berpandangan, kerajaan negeri Selangor perlu menyemak semula kadar yang diberikan memandangkan Exco-exconya sebelum ini mengumumkan dalam pelbagai forum kedudukan ekonomi negeri adalah kukuh dan keuntungan yang diperoleh adalah berkali ganda berbanding dengan pentadbiran yang terdahulu.

Justeru, apa salahnya keuntungan ini dikongsi bersama dengan jentera pelaksana yang merealisasikannya? Sekurang-kurangnya, samakan dengan kadar yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan. Kalau Terengganu dan Pahang boleh, takkan negeri termaju dalam Malaysia tak boleh? :)

Untuk rekod, berikut merupakan kadar bonus penjawat awam sempena Aidilfitri 2011 mengikut negeri yang dapat dikongsikan setakat ini. Saya susun mengikut tarikh pengumuman big boss masing-masing.

Kadar Bonus Penjawat Awam Sempena Aidifitri 2011 Mengikut Negeri

Negeri
Kadar Bonus 

Tarikh Umum
Sumber
Selangor
RM 500.00 untuk Gred 54 kebawah
3.8.11

Persekutuan
Setengah bulan gaji & RM 500.00 untuk pesara

8.8.11
Terengganu
Setengah bulan gaji
10.8.11

Pahang
Setengah bulan gaji
10.8.11

Johor
-
Belum
-
Kedah
-
Belum
-
Kelantan
-
Belum
-
Melaka
-
Belum
-
Negeri Sembilan
-
Belum
-
Perak
-
Belum
-
Perlis
-
Belum
-
Pulau Pinang
-
Belum
-
Sabah
-
Belum
-
Sarawak
-
Belum
-

Sama-sama kita nantikan berita gembira buat rakan-rakan di negeri lain pula.



Artikel dari BERNAMA


KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu dan Pahang merupakan dua kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.

-- BERNAMA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...