Sabtu, 4 Mei 2013

Bagaimana pemenang pilihan raya ditentukan?


Esok 5 Mei 2013 seramai 12,992,661 orang pengundi biasa dari 13,268,002 orang pengundi berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat dan seterusnya menentukan parti politik manakah yang akan mentadbir Persekutuan Malaysia dan negeri-negeri. Saya akan mengundi di Parlimen Balik Pulau (P53) dan Dewan Undangan Negeri Pulau Betong (N39) di Pulau Pinang.

Dalam  pilihan raya, pengundi akan memangkah dua kertas iaitu kertas Parlimen dan kertas Dewan Undangan Negeri (DUN). Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mendaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya kertas Parlimen yang akan diberikan memandangkan di sana tidak memiliki kawasan DUN. Di Sarawak pula, pengundinya hanya akan memangkah kertas Parlimen memandangkan pilihan raya negeri telah berlangsung pada tahun 2011.

Selasa, 23 April 2013

Undi Pos Polis: Usaha memburukkan imej SPR bagi meraih undi simpati telah bermula!


Petang tadi telah tersebar dengan meluas melalui Facebook gambar kertas undi dengan kenyataan yang saya anggap sebagai satu lagi cubaan untuk memburukkan SPR.

Setakat saya menulis artikel ini, sebanyak 1,566 orang telah like dan 5,224 share gambar dari page yang diuruskan oleh penyokong PAS, PKR dan DAP ini.

Sungguh hebat jentera psywar Pakatan dalam menyemai keraguan kepada pihak SPR. Apabila pengundi ragu kepada SPR, bermakna undi simpati akan diperoleh Pakatan. 

Ayuh kita lihat isu yang dibangkitkan dari gambar yang dimainkan orang-orang PAS, PKR dan DAP:

Khamis, 18 April 2013

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Bayar minimum RM2000.00 wang pendahuluan dan ansuran bulanan hanya akan bermula selepas rumah sedia diduduki.

Itu salah satu kehebatan inisiatif yang ditawarkan kerajaan melalui Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Hotel Everly, Putrajaya.

Saya berkesempatan menghadiri majlis berkenaan pagi tadi dan ternyata produk terbaru di bawah nama 1Malaysia ini sangat disyukuri oleh para hadirin yang merupakan penjawat awam.

Najib kelihatan sangat santai ketika berucap dalam majlis ini
PPA1M merupakan kesinambungan daripada inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar. Sebelum ini, program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diperkenalkan dan ia kini telah dipanjangkan ke kawasan-kawasan bandar lain di seluruh negara. Berbeza dengan PR1MA yang terbuka kepada seluruh warganegara, PPA1M dikhususkan kepada penjawat awam.


Khamis, 11 April 2013

Tuah PRU pertama Perdana Menteri bakal dinikmati Najib 5 Mei 2013?


Sejarah Pilihan Raya Umum di Malaysia menyaksikan individu baru yang dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan individu sebelumnya berjaya memperoleh kejayaan besar dengan mencatatkan kemenangan lebih dari 80% kerusi yang dipertandingkan.

Mari kita imbas secara ringkas satu per satu. 

PRU Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada tahun 27 Julai 1955. PRU ini juga merupakan satu Referendum bagi melihat sejauh mana penduduk Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada 1948 mahu bebas, menjadi sebuah negara yang merdeka. 

PRU 1955 menyaksikan Tunku Abdul Rahman (1957 -1970 : 13 tahun) telah mengetuai Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO, MIC dan MCA menghadapi PRU Pertama menentang parti lawan seperti IMP, PAS, PPP dan juga calon-calon bebas. Perikatan menggunakan logo kapal layar berlatar belakangkan warna biru.

Dalam PRU ini, Tunku Abdul Rahman telah mencatat kejayaan besar seperti berikut:

Jumlah kerusi: 52
Perikatan: 51 (98.02%)
Pembangkang: 1 (1.92%)

Khamis, 4 April 2013

Pemenang Wang Tunai RM300 Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3

Alhamdulillah. Akhirnya kita memperoleh pemenang bagi Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan bagi Siri 3.

Saya merakamkan setinggi terima kasih kepada rakan-rakan pembaca yang telah menyertai peraduan ini bermula dari Siri 1. Begitu juga dengan Kelab Warisan Malaysia (KERIS) yang sudi bekerjasama dengan blog ini bagi menganjurkan peraduan ini.

Jumaat, 29 Mac 2013

Penjawat awam kontrak dan sambilan dilindungi PERKESO mulai 1 April


Pengumuman YB Menteri Sumber Manusia mengenai keputusan kerajaan untuk memanjangkan faedah PERKESO kepada kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak dan sambilan mulai 1 April mengingatkan saya kepada seorang rakan yang pernah mengalami kecederaan serius ketika bertugas.

Pada waktu itu, beliau yang berstatus Pekerja Khidmat Singkat telah patah tangannya dalam satu majlis yang sedang berlangsung. Akibat dari itu beliau mengalami kesulitan untuk menanggung kos rawatan pemulihan kerana di hospital kerajaan beliau tidak diiktiraf sebagai penjawat awam.

Akibatnya rakan saya itu memendam saja kesakitan dan kedukaan yang perlu ditanggung. Pihak majikan pula hanya dapat membantu dari kutipan sumbangan ikhlas kakitangan di ibu pejabat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...