Khamis, 4 April 2013

Pemenang Wang Tunai RM300 Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3

Alhamdulillah. Akhirnya kita memperoleh pemenang bagi Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan bagi Siri 3.

Saya merakamkan setinggi terima kasih kepada rakan-rakan pembaca yang telah menyertai peraduan ini bermula dari Siri 1. Begitu juga dengan Kelab Warisan Malaysia (KERIS) yang sudi bekerjasama dengan blog ini bagi menganjurkan peraduan ini.

Sebagai makluman rakan-rakan yang belum maklum, KERIS adalah badan bukan kerajaan yang bergerak di seluruh negara bagi menerapkan nilai-nilai kenegaraan di kalangan warga Malaysia. Suara KERIS boleh dicapai di suaris.wordpress.com. Ia sentiasa dikemaskini dan banyak membincangkan isu-isu semasa negara sama ada dari aspek sosial, politik dan ekonomi. 

Bagi Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3  borang penyertaan diterima lebih dari 30 peserta dan dari jumlah tersebut hanya dua orang yang dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat.

Mari kita imbas soalan yang dikemukakan dalam peraduan ini:


Soalannya sangat mudah namun agak ramai yang terkeliru khususnya dengan soalan 13 dan 26.

Jawapan lengkap bagi peraduan ini adalah seperti berikut:


Seperti yang dimaklumkan, terdapat dua orang peserta yang dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada syarat-syarat penyertaan nombor 6, hanya satu pemenang yang akan dipilih.

Bagi tujuan ini, perbandingan slogan menjadi penentu kepada kedua-dua peserta ini. Kedua-duanya memberikan slogan yang baik dan jumlah perkataannya tidak lebih dari 20 patah kata.

Maka dengan ini suka untuk diumumkan pemenang Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3 ialah peserta yang memberikan slogan berikut:

Malaysia Ada Limpahan Anugerah Yang Setiap Insan Angankan

Keunikan slogan dengan penggunaan huruf dari nama MALAYSIA ini membolehkan Puan Umi Kalsom Binti Abd Aziz diisytiharkan sebagai pemenang wang tunai RM300 untuk peraduan ini.



Setinggi tahniah diucapkan!

Wassalam.

3 ulasan:

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...