Memaparkan catatan dengan label PROSPEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PROSPEK. Papar semua catatan

Isnin, 12 Disember 2011

SBPA: JPA jelaskan mengenai PROSPEK, Peperiksaan, Program Transformasi Minda dan Pingat Cemerlang dalam 4 SPP



JPA pada Sabtu lalu telah mengeluarkan empat Surat Pekeliling Perkhidmatan bagi menjelaskan dengan lebih terperinci pelaksanaan perkara-perkara yang terkandung di dalam SBPA. 

Mungkin kerana pengalaman menghadapi kesesakan trafik ketika penjawat awam berpusu-pusu memasuki portal mereka untuk membaca pekeliling SBPA, JPA telah memilih untuk memaparkan 4 SPP berkenaan pada hari cuti mingguan. Belajar dari pengalaman la katakan :)

Dengan keluarnya empat SPP tersebut, ini bermakna penjawat awam perlu juga membaca keempat-empatnya bagi memahami sepenuhnya pelaksanaan SBPA.

SPP ini adalah berkaitan degan perkara-perkara berikut:

i. Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) yang telah menggantikan PTK.




ii. Peperiksaan Perkhidmatan Awam adalah berkaitan dengan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan

b) Peperiksaan Khas PSL bagi menggantikan kelayakan masuk akademik untuk peningkatan secara lantikan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi.

Peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan insentif kewangan seperti Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor, Bayaran Insentif Tugas Kewangan, Hadiah Kenaikan Gaji dan Elaun DwiBahasa masih dilaksanakan mengikut dasar yang berkuat kuasa.


Isnin, 5 Disember 2011

Pekeliling SBPA: Jangan biar penjawat awam ternanti-nanti


Sehingga artikel ini ditulis, JPA masih belum memuatnaik Pekeliling SBPA ke portal mereka. Walaupun banyak pihak menjangkakan SBPA akan dikeluarkan hari ini (5hb Disember) namun ia ternyata meleset.

Keseluruhan pejawat awam sudah semestinya amat menantikan intipati SBPA. Dua keputusan penting harus dibuat dengannya.

Pertama, bagi memutuskan sama ada mahu menukar skim dari SSM kepada SBPA ataupun tidak. Dan kedua, sama ada mahu bekerja sehingga umur 60 tahun ataupun kekal dengan had usia yang dipilih sekarang. Itu dua keputusan penting yang harus dibuat oleh penjawat awam sebelum 31 Disember ini.

Menurut seorang rakan yang telah mengikuti taklimat SBPA berkaitan peranan yang perlu dilaksanakan oleh bahagian yang mengendalikan urusan perjawatan, pilihan opsyen bagi kedua-duanya perlu dibuat dalam tempoh 15 hari bermula 16 Disember sehingga 30 Disember. Selepas dari tempoh berkenaan, pegawai akan dianggap tidak berminat sekiranya tidak memberikan maklum balas.

Saya berpandangan, adalah tidak adil kepada penjawat awam untuk membuat keputusan dalam tempoh yang singkat memandangkan pekeliling SBPA masih lagi belum dikeluarkan sehingga kini. Bayangkan dengan tempoh masa yang tinggal kira-kira 25 hari, penjawat awam hanya mampu mengagak apa kandungan SBPA sehingga ke hari ini sedangkan dua pilihan yang harus dibuat adalah membabitkan masa depan pegawai. Bukan boleh main pilih begitu saja.

Isnin, 26 September 2011

Bajet 2012: Pelarasan gaji, bonus dan senyuman Najib

Kakitangan awam diramal naik gaji lagi
Oleh S Anand Kumar

Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi. 

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.


Ahad, 11 September 2011

PROSPEK ganti PTK 1 Januari 2012: Benarkah wujud lebih peluang naik pangkat?


PROSPEK: Penjawat Awam Dapat Lebih Peluang Naik Pangkat - JPA
Oleh Normalazwa Jamaludin

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK, sistem baru yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi, iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Katanya PROSPEK yang hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan, adalah selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...