Isnin, 11 Mac 2013

Keputusan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 2

Ramai di kalangan rakan peserta yang menyertai peraduan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 2 telah mesej dan emel kepada saya bertanyakan mengenai keputusannya.

Saya sendiri tidak menjangkakan kelewatan pengumuman keputusan ini. Peningkatan jumlah penyertaan Siri 2 berbanding sebelumnya menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang lebih untuk meneliti jawapan-jawapan yang diberikan agar benar-benar mengikut skema :-)

Secara keseluruhannya majoriti peserta telah berjaya menjawab kebanyakan soalan yang diberikan dengan betul. Namun hanya terdapat tiga orang peserta yang berjaya melengkapkan jawapan tepat mengikut skema jawapan.

Walaupun demikian, nasib tidak menyebelahi ketiga-tiga orang peserta ini kerana dua darinya melengkapkan slogan menggunakan lebih dari 20 patah perkataan. Seorang lagi pula tidak memenuhi syarat dengan tidak Like page Notakanan di Facebook atau menyertai tapak blog Notakanan di http://notakanan.blogspot.com seperti yang disyaratkan.

Ini bermakna Siri 2 tiada pemenang. Oleh itu, hadiah RM200.00 akan dikumpulkan ke Siri 3.

Borang Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3 akan dimuat naik esok. Adakah soalannya akan sama seperti Siri 1 dan Siri 2? Sama-sama nantikan :-)

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...