Sabtu, 12 Januari 2013

Rebat Telefon Pintar: Hanya kad pengenalan diperlukan jika tiada nombor rujukan


Maklum balas yang diterima daripada rakan pembaca mendapati semakin ramai di kalangan mereka yang mendaftar permohonan rebat telefon pintar tidak memperoleh nombor rujukan walaupun status permohonannya berjaya.

Begitu juga dengan sebahagiannya yang tidak dapat mencetak slip pengesahan berkenaan kerana tidak mempunyai pencetak ataupun disebabkan masalah teknikal.

Saya cuba menyemak perkara ini dan didapati, pihak SKMM telah melakukan pindaan kepada soalan dan jawapan lazim (FAQ) nombor 7 mereka. Berikut soalan dan jawapan yang dimaksudkan:

 
Bandingkan dengan yang sebelum ini:


Jika merujuk kepada ayat yang saya gariskan (berwarna merah), ini bermakna mereka yang tidak memperoleh nombor rujukan atau tidak dapat mencetak slip berkenaan boleh hadir ke wakil perkhidmatan yang sah dengan hanya membawa kad pengenalan. Langkah ini semestinya lebih memudahkan.

Semoga ia menjelaskan pertanyaan rakan pembaca.

Wassalam.

142 ulasan:

  1. hari ini saya tanya dekat digi centre nak beli hp dgn dptkan rebate, tapi pekerje digi centre timesquare tu kate kena bawa cetakan baru dapat beli. pas tu saya pergi tanya kat kl centre maxis same juga. Masalahnya saya terlupa cetak… ish..macam mana ni..???? ni masalah pekerja tu ke?

    BalasPadam
  2. Dua kemungkinan Kelvin. Pekerja itu malas atau mereka tak terima maklumat (tidak patut berlaku). FAQ SKMM secara jelas nyatakan kad pengenalan saja pun diterima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sye terlpe ltk a/p so I pnye application dibatalkan..

      Padam
  3. Saya sokong kenyataan Mohd zairi..Kawan sy pun dh kene macam kelvin, di pejabat celcom...ish ish memang tak patut belaku perkara-perkara macam tu...Syarikat yang terlibat patut cakna @ ambil berat tentang maklumat yang dinyatakan oleh SKMM..

    BalasPadam
  4. Semakan Pendaftaran: Untuk menyemak permohonan anda sama ada berjaya dihantar atau tidak, buka pautan berikut dengan No. Kad Pengenalan anda; https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=900622******.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah,, dah blh..just msuk ic je kat hujung

      Padam
    2. Terima kasih sangat membantu sebab dapat masalah yg sama. Tak boleh print out

      Padam
    3. alhamdulillah.. terima ksh. sngt2 mbantu :)

      Padam
    4. TERBAIKKKKKKK
      TQ BROOO

      Padam
    5. Tak boleh print out

      Padam
    6. Tak boleh print out

      Padam
    7. Terbaeekk... ^_^

      Padam
  5. macam mana jika terdapat kesalahan pada slip permohonan? Saya telah tersalah memasukkan jantina semasa membuat pandaftaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesilapan berkenaan bukan satu masalah. maklumkan pada wakil telco mengenainya

      Padam
    2. muhd rasdan faishal31 Mei 2013 pada 6:29 PTG

      sy ad kesilapan ejaan nama..macam mne...?

      Padam
  6. kita boleh beli telefon di mana kedai menjual telefon ke? wajib langgan pakej internet ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena beli di kedai telefon yang jadi wakil sah telco. senarai kedai tu boleh rujuk dalam laman web mereka. link untuk ke laman web telco ada dalam posting saya Panduan Permohonan Telefon Pintar RM200 (4.1.13). pakej data (internet melalui telefon) mesti dilanggan. jangan risau, ambil saja yang prepaid. :-)

      Padam
    2. mohd zairi,masa nak ambil hp tu mmg kena ada pakej data untuk selame kita pakai hp tu ke atau mula2 nak ambil hp tu je?lepas dari tu boleh ke pkai hp tu tanpa ada pakej data internet tu?mcm mne ye?

      Padam
  7. salam..sy punye permohonan dh lulus..no rujukn pun dh di bg..mslhnye,sy xtau wakil perkhidmatan tmpt sy tggl..sy ddk area banting,slgr..pastu sy pkai brodband maxis..tp gune nme kakak sy..nk kne wat lg ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. untuk wakil perkhidmatan, saudara/i perlu rujuk dalam laman web setiap telco. mereka selalu update. untuk laman web setiap telco, rujuk posting saya Panduan Permohonan Telefon Pintar RM200 (4.1.13).

      berkaitan dengan broadband, saudara/i jangan terkeliru. saya percaya broadband yang dimaksudkan itu adalah yang menggunakan USB dan dimasukkan pada laptop/komuter. yang perlu dilanggan dalam pakej ini ialah pakej data (yang juga dikenali sebagai broadband melalui telefon). jangan risau. ambil saja yang prepaid. serendah kurang dari RM10

      Padam
  8. salam..saya dh cube mcm yg dnyatakan dlm posting sblum nie utk mndpatkan slip,,mslahnyee,no rujukan tiada..hanya permohanan berjaya dan tarikh luput shaje..slip nie bleh gne x???

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. memang banyak kes tiada nombor rujukan. kad pengenalan sahaja pun diterima.

      Padam
    2. salam...sy ingin bertanya. MCm mane kalau slip permohonan saya berjaya tetapi kesemua information yang saya sertakan x dnyatakan dalam slip permohonan tersebut.mcm borang kosong. mcm x diisi. Adakah slip permohonan sy nih valid?

      Padam
    3. samalah bro. maklumat kosong. admin tolong bantu.

      Padam
  9. Thanx kpd owner blog ni dan kpd yg share info. ;)

    BalasPadam
  10. kepada yang tidak dapat no rujukan tu boleh hantar email kepada pihak skmm untuk mendapatkan semula no rujukan tersebut .. komunikasibelia@cmc.gov.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. berdasarkan pengalaman saya menghantar emel ke alamat berkenaan, tak silap saya dalam 5 atau 6 Januari, sehingga sekarang mereka belum reply. banyak sangat agaknya.

      Padam
  11. salam..camana nk tahu status permohonan berjaya atau tidak? kalau dia tulis "tahniah, permohonan anda telah diterima" ni kiranya dh berjaya lah ye? and just print dkt situ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Ya, telah berjaya. Cetak dan tuntut sebelum tarikh luput

      Padam
  12. Salam nak tanya kalau dah cetak slip semua.. email dari SKMM tak sampai macam mna yer.. boleh guna ke Cetak slip saja ke centre2 berkenaan.??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. tak perlu tunggu email. cukup sekadar bawa slip yang dicetak.

      Padam
  13. Salam....nak tnya kalau kita tuntutkan rebat hp tu untuk kawan leh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Tak boleh. Perlu hadir sendiri bawa IC

      Padam
  14. aslmkum..sya dah daftar,..dpt kptsan..permohonan anda berjaya tp nom rujukan xda..blh bwa ic ja ke nak tebus rebat ne...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. ya, tak perlu nombor rujukan

      Padam
  15. permohonan diterima tu berjaya ke?

    BalasPadam
  16. asalamualaikum,prm0honan sya dtrima.p msalhnya takde nama sya kat ruang nama n takde tulis trikh luput ngmbil hp 2?mcmana boleh blaku mcm 2?x pham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Seharusnya tidak begitu. Cuba iman semak sekali lagi status permohonan guna langkah yang saya tunjukkan dalam posting 160113 Panduan mendapatkan slip permohonan telefon pintar bagi yang hilang atau lupa cetak

      Padam
  17. kat area kl ni kt mn blh tebus phne tu selain segambut dan giant bt caves

    BalasPadam
    Balasan
    1. KL merupakan lokasi terbanyak wakil sah telco. untuk senarai penuh setiap telco, rujuk posting saya yang terdahulu:
      040113 Panduan Permohonan Rebat Telefon Pintar RM200

      Padam
  18. aslmkum..nak tya ne..adik sya belajar kat aceh..mcm mna nak dpt rebat dia 2..blh tak klu sya yg jd wakil bwa ptostat ic dia ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Tak boleh sebab tuan badan kena hadir sendiri. permohonan dibuka setahun. mungkin bila dia balik cuti semester boleh mohon.

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Assalam..sy nk tnya, permohonan rebat sy tu dh berjaya..tp masalahnya, sy bru tau yg sy dh tersalah isi ruangan maklumat komunikasi. Sy dah slh faham ingt tu plan hfon yg sy gna, rpanya tu plan internet hfon kan..sy isi YA, plan PRA BAYAR, CELCOM..cmne ye nk buat? msih blh gna ke rebat tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Rebat berkenaan masih boleh digunakan. tetapi saudara/i perlu tuntutnya di wakil sah Celcom. Kemudian langgan pelan internet telefon sama ada prepaid atau postpaid. tujuan langganan ini bagi mengelakkan saudara/i dituduh sengaja memberi maklumat salah walaupun sebenarnya terkeliru.

      Padam
  21. salam...sy xbape pham la rebate ni...blh tlg sy x??sy pkai brdband maxis...n then sy prlu lggan lg ke plan y d twarkn 2??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. perlu langgan pakej data (broadband telefon) sama ada prepaid atau postpaid. yang saudara/i telah langgan itu untuk komputer. tidak dikira.

      Padam
  22. salam..sejak seminggu yg lalu sy cuba dptkan telefon dr pihak telco..tp semuanya x der stok..any idea kat kl ni mana lg sy bley dpt coz da tanya maxi, umobilr,sengheng,senq..sama jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. sememangnya kebanyakan telco tiada stok sekarang. semua perlu ditempah. saya cadangkan ayein tempah dulu telefon apa yang diminati di mana-mana telco. mereka akan hubungi bila stok dah sampai.

      Padam
  23. as'salam...sy nk tny,gj 3000 tue selepas tolak epf n kwsp ke blum?sb ade yg gtau sblm n ade yg kt selepas...

    BalasPadam
  24. salam..saya nak tanya..kalau silap type nama mcam mana?..boleh lulus tak?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. tiada masalah jika nombor kad pengenalan betul.

      Padam
    2. tp hari ni saye pegi kedai ckp xleh...sebab salah name..nama bapa saya hujung nyer double f tp ade satu f je..adusss..

      Padam
    3. mat tolak. jawabnya kena tunggu luput dulu.

      Padam
    4. Sye slh tulis bte ngn binti. Tu pun x bole je.. ic same

      Padam
  25. saye dah apply n cetak slip ini tp mcmmne nak dptkan the real slip. or terus ke centre maxis bg slip ini sahaja. mcm mne kita nak tau apply kita ni diluluskan atau tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. bawa slip ini sahaja. inilah slip yang real :-)

      Padam
    2. saya apply pda 25/3/2013 so sye boleh terus ke kdi telefon atau perlu tggu beberapa bulan.

      Padam
    3. tak perlu tunggu. boleh terus pergi.

      Padam
  26. bagus awak ni

    BalasPadam
  27. As salam..sy da isi form skmm,da pergi digi store utk beli hp..diorg reject sy pnya skmm kerana salah tulis nama..kesalahannya cma sengkang,nma sy nor#### tp sy isi nor ####..mcm mana ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. sepatutnya tiada masalah kerana nombor kad pengenalan kan sama. saya cadang saudara tuntut saja di kedai lain. itu hanya isu teknikal yang tidak membatalkan permohonan tersebut.

      Padam
    2. Die x bg la...

      Padam
  28. salam..nak tye nie,slip tu just cakap Tahniah, permohonan anda telah diterima or maklumat diri ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Tahniah beserta dengan maklumat tarikh luput permohonan. nama dan maklumat ic pun ada.

      Padam
  29. SALAM~ hai nak tanya...
    kalau no.kad pengnalan salah pd 2angka terakhir macam mana ek nak ubah.. =(
    bila sy semak guna no.kad pgenalan yang sebenar tetap juga BERJAYA =( huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. bagaimana boleh jadi begitu? saudara mohon dua kali?

      Padam
    2. maaf.. salah =).. sy baru mohon balik menguna no IC yg betul dan berjaya... so macam mana ek nak batalkan permohonan yg salah tue???

      Padam
    3. tak perlu batalkan. hanya gunakan saya yang baru tu :)

      Padam
    4. salam....tompang tanye...kalau tersilap alamat mcm mne erk...perlu ke nk wt 2 kali...

      Padam
  30. housewife leh ke mohon.xkn pelajar ngn pkrje je.

    BalasPadam
  31. Saya x boleh nk redem voucher skmm sbb tiada BINTI di dlm permohonan... mcm mana nk batal kn permohonan yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya tiada masalah sebab nombor IC betul. kalau begitu kena tunggu luput dulu dan kemudian selepas tu sebulan baru boleh mohon semula. saya cadang cuba pergi ke kedai lain pula untuk tebus. patutnya tiada masalah jika tiada BINTI

      Padam
    2. slm..ade care lain x selain tgu slip tu expired?sbb nak tgu expird lame lg....sy py permohonan kne tolak sbb x de binti....mcm mane ek?sey nyer

      Padam
  32. salam..saya nak tnye pndapat ny..saya salah eja nma ayah saya..hamid jdi ahmad.tpi,no.i/c dah btol..pas2,permohonan anda berjaya...tpi,saya isi lgi sekali borang rebate 2..pas2,dy ckap permohonan anda ditolak kerana anda sudah daftar..mcam mne ye??blh gna tak yang nama ayah saya slah 2??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. saudara/i kena tunggu rebat berkenaan luput dulu baru buat permohonan semula. comfirm takkan boleh tuntut walaupun nombor ic betul. nama tak sama.

      Padam
    2. ye kew??xkan xblh kowt..

      Padam
    3. xblh mklum kpada wakil telco ke mngenai kesilapan ejaan nama ayah saya??nama saya dah btol dah..

      Padam
    4. sememangnya mereka tidak terima kerana akan bermasalah kepada mereka sewaktu nak claim dari SKMM nanti

      Padam
  33. Saya nk apply utk rebat ni. Tp saya berkerja scr kontrak dimana sy tidak mmpunyai caruman kwsp. Adakah sy layak utk memohon? Atau adakah saya patut memohon sebagai berkerja sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh juga letakkan bekerja sendiri sebab tiada caruman kwsp memandangkan ruang berkenaan wajib diisi.

      Padam
  34. slam,sya dh dftr pn bulan 2 ari tu tp x dpt pn tpn tu...bab kdai tu ckp x letak pn nama ayah,sdagkn kt dlm ic dah ad nma ayh,so.sy x amik la then x gune pn lg rebet tu sjak tauke kdai tu ckp x ltak nma ayah dy x dpt nk bg rebet tu?????? msalahnye skrg sy x gune pn lg rebet tu klo sy nk dftr kli ke 2 leh x?????plez,help

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Dalam permohonan kena isi nama seperti mana di dalam kad pengenalan. maknanya saudara/i kena tunggu ia luput. genap 3 bulan lepas tarikh mohon boleh mohon semula.

      Padam
  35. hi...sya dah daftar rebat,tapi terlupa nak print,ada spe yang tahu mcmne nak semak semula @print balik.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut langkah dalam posting saya yang lates mengenainya.

      http://notakanan.blogspot.com/2013/01/panduan-mendapatkan-slip-permohonan_16.html

      Padam
  36. salam...
    saya punyer rebet dah luput. so mcm mne nk renew??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. kena tunggu sebulan dari tarikh luput dan mohon semula selepas itu. katakan tarikh luput ialah pada 1 Mei 2013. Maknanya pada 2 Jun 2013 baru boleh mohon semula.

      Padam
    2. mohd zairi : i dah cuba buat untuk customer.. kebanyakan tidak dapat daftar semula selepas tarikh luput..

      Padam
  37. salam, saya nak tanya. rebat saya tamat tempoh pada 1 april 2013, so that mean 2 mei dah boleh renew kan? saya mohon semula tapi tak boleh pun. ada cara lain yang boleh membantu?

    BalasPadam
  38. klw tslh isi..n dh tbus adakah tndkn akn d ambil..

    BalasPadam
  39. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  40. salam saya nak tanya rebate saya dah tamat 16/4/2013..tapi dah banyak kali saya cuba renew stay x boleh..mcm mana yea?harap dapat mambantu..coz sekarang dh 20/5/2013 :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda boleh cuba menghubungi hotline SKMM dan beritahu masalah anda kepada wakil mereka.selepas 2 hari bekerja, anda boleh memohon semula

      Padam
  41. no ic saya 920617****** tp bila saya isi dekat no kad pengenalan tu dia naik pemohon yang berumur 21 hingga 30 tahun..jadi saya tak boleh guna rebat tu la..?

    BalasPadam
  42. no ic saya 920617****** tp bila saya isi dekat no kad pengenalan tu dia naik permohonan ini sah dari umur 21 hingga 30 tahun sahaja...adakah saya tak layak lagi untuk rabet ini....????

    BalasPadam
  43. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  44. ya.. sebab anda punya birthday kan 17th June?? tak sampai lagi 22tahun

    BalasPadam
  45. contohnya kalau hari ini tarikh 17th june, baru anda berjaya daftar rebate.. faham?

    BalasPadam
  46. hai..... saya nk tanye sewaktu pendaftaran rebet dulu saya tersalah masukkan email.. so bagaimana yer..?

    BalasPadam
  47. hai...sy bru sj mohon rebate ini.tp no ic sy slh isi untuk angka ke 4 dri depan.tp lulus jg.pas to sy mohon sekali lg mggunakn no ic sy yg betul.lulus jg permohonan.mcm mna nk batalkn permohonan sblm ini? so bagaimana ya?

    BalasPadam
  48. selamat pg...sy nk bertnya..sy tslh isi no ic.permohonan dluluskn jg.sy isi skali lg dgn no ic yg betul.pemohonan dluluskn jg.tp sy blm tuntut dr pihak telco.adakh sy perlu tunggu kedua_ dua permohonan itu luput atau ada cra lain?

    BalasPadam
  49. Salam..sya ada mohon dah isi borang tp lupa nk print mcm mna ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://notakanan.blogspot.com/2013/01/rebat-telefon-pintar-hanya-kad.html

      Padam
  50. Assaalamualaikum....sye ada masalah tersalah bg email....bile buat rujukan nama d DG centre sya x dpt ambik rebet...mereka ckp kena ada surat rujukan.....so mcm mn sye nk ambik rebat tu ye....

    BalasPadam
  51. Macammane saye nak tahu name saye sudah daftar atau belum

    BalasPadam
  52. broz tlng i,2 hari lepas i dah daftar borang rebet,so sekarang i mcm mn nak print borang tu..........?

    BalasPadam
  53. Slmt pg..
    P'mhonan sy da ditrima tp lupa na print,
    Sy cuba masukan ic no pon xdpat gak..
    Cmner yea?
    ble tlong?

    BalasPadam
  54. maaf??
    nak tnya sikit, tntg telefon yg hrga rm50 tu telefon ape ye??
    mksud sya jenama ape ye??
    ape kena daftar kat rebat rm200 tu gak ke?
    thankz ..

    BalasPadam
  55. aslmkum..hri ni saya pegi beli fon rebate kat wakil telco..tp xlepas sbb dy ckp sistem prob..skmm sistem tga prob ke?da 2aru sy gi kedai tu utk amik fon tp dy still xboleh jual sbb dy xboleh access ic sy utk semakan..ad prob ker?

    BalasPadam
  56. Saya da daftar,tapi masalahnya nama saya sala terjarak..contohnya al mudar tapi dalam daftar skmm almudar.jadi kedai telefon tidak mahu terima..ada cara k perbetulkan?

    BalasPadam
  57. assalamualaikum...kwn sy kata umur 35 boleh memohon rebet tu.
    btl ke?

    BalasPadam
  58. saya dh try yang d suruh di atas tapi saya tak boleh la..da sapa2 nak tolong saya:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=************
      Gantikan ************ dengan 12 nombor kad pengenalan anda.

      Padam
    2. dh saya try,,p tak boleh la:(

      Padam
  59. terima kasih..dah boleh print dah/..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana awak buat rasdan jemani

      Padam
  60. Salam.mcm mane sy nk semak status sy supaya dpt print?

    BalasPadam
  61. Salam.mcm mane sy nk semak status sy supaya dpt print?

    BalasPadam
  62. haha sakit ati pulak kite ni..apesal org len buat tp xy xle..aduii....tension betul.

    BalasPadam
  63. Asslmkum..jika kita kerja sendiri,tiada caruman kwsp dpt ka kita rebate ni? Dan x silap saya dlm borang Ada Tanya no kwsp,klu x lengkapkn pd colum berkenaan adalah kita rapat memeruskan proses..

    BalasPadam
  64. kalau salah ejaan nama apa nak buat ye???

    BalasPadam
  65. saya dah isi n print,,tp xguna@xsempat nk tuntut,,cmne ek??leyh guna lg x??tp salinan tu dh xde,,hurmm

    BalasPadam
  66. bro. sy da pergi dkt link yg awk bg.. diikuti dgn no. ic.. tp collum yg bwh ada nama kita 2 xde kluar.. dia just tulis dah berjaya n bla bla bla... ?

    BalasPadam
  67. salam.. sy dah pun mendaftar. tetapi sy khuatir keputusan skmm ini xdpt sy terima melalui email, sepatutnya email sy huruf kecil, tetapi bila sy check sy isi alamat email sy menggunakan huruf besar.. 1 lagi masalahnya, sy ke digi center utk membeli telefon rebat, tetapi pekerja kat situ suruh sy bwk slip yg dicetak.. sy xsempat print.. mcm mana ye?

    BalasPadam
  68. salam..housewife bole apply ker?sbb dlm form tu ada mntx nma mjikan gn alamat mjikan bagai..so cmner yer..mntx penjelasan.tq

    BalasPadam
  69. salam! nak tanye... borang permohonan saya berjaya tapi semua information dalam box semua tu xde.. xde satu pun....hanya ade mention yang permohonan saya berjaya jer...and bila saya cuba apply skali lg dh x bleh dh....adakah slip permohonan saya nih valid???

    BalasPadam
    Balasan
    1. same la kite..pegi digi center dye ckp xpena jd kes camtu..caane la nk wt

      Padam
    2. Dah settle....call no nih 1-800-88-4040 untuk pertanyaan. Dan kemudian mintak no rujukan. Mengikut perbualan saya dengan operator SKMM, bawa kad pengenalan dan bagitau no rujukan pun dh valid dh sewaktu nak buat urusan. Tidak memerlukan penggunaan slip sahaja.
      *Lebih baik prepare, bawak sume (kad pengenalan, slip, and no rujukan) masa nak buat urusan.... tq :)

      Padam
  70. saya cuba untuk ambil rebet setelah mendaftar secara online,tetapi bila saya datang kekedai untuk mengambil rebet pekerja itu memberitahu rebet saya telah digunakan...dan mereka juga telah rujuk pengambilan rebet berlaku jauh dari lokasi kediaman saya.. saya tidak tahu untuk melaporkan kepada sesiapa tentang isu ini kerana saya betul2 ingin tahu kenapa boleh kedai itu memberikan rebet tanpa pengetahuan saya dan tanpa kad pengenalan...

    BalasPadam
  71. sy nk tnya.. rebet sy dh lma expired.. boleh lg tak klu sy nk mohon.. mcm mna prosedur ye, sbb sy bkak kt lmn web skmm xde pn... thanks.:)

    BalasPadam
  72. sy pun nak tnya benda sama, dah lama daftar dan expired...boleh lagi dpat rebate nya ke?

    BalasPadam
  73. Macam mana jika kita mahu redeem tp kedai ckp kita sudah redeem walaupun kita belum lagi gunakan rebate tu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...