Jumaat, 9 November 2012

Dua minggu di Malaysia, warga Amerika peluk Islam


Majlis pengislaman saudari baru ini berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 9 November 2012. Ia disaksikan oleh ratusan jemaah sejurus selepas solat Jumaat.

Menariknya, hanya selepas dua minggu berada di Malaysia, saudari baru ini telah memutuskan untuk memeluk agama Islam. Alhamdulillah, beliau diberikan hidayah oleh Allah di bumi bertuah ini.

Dalam majlis ini juga Fatimah (nama Islamnya), memaklumkan akan tinggal dua minggu lagi di negara ini untuk mempelajari Islam. Ternyata, kesederhaan kita telah membuka hatinya.

Moga Fatimah, kita dan lebih ramai umat manusia terus menikmati nikmat iman dan Islam.

Wassalam.

4 ulasan:

  1. Orang Amerika datang kat Malaysia peluk Islam. Orang Melayu Islam suruh orang melayu murtad.

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah, berkat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tok Guru barangkali... Takbir

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Moga penubuhan Yayasan Pondok 1M akan melahirkan lebih ramai Tok Guru muktabar berbanding Tok Guru Politik. Allahuakbar.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...