Isnin, 16 Januari 2012

Skim Teknologi Maklumat sebagai Badan Berkanun: PERJASA & PESIMA perlu adakan roadshow!


Kehadiran kira-kira 400 orang pegawai skim Teknologi Maklumat dalam Majlis Perjumpaan bersama TKP (ICT) MAMPU Khamis lalu hanya mewakili 3.95 peratus dari jumlah keseluruhan jawatan yang diisi (10,114 orang).

Walaupun mereka yang hadir mewakili pelbagai Kementerian dan agensi, peratusan yang kecil ini tidak menjamin maklumat-maklumat yang disampaikan pada hari berkenaan akan disebarluas dengan berkesan kepada pegawai-pegawai lain.

Rata-rata pandangan yang saya terima dari para pegawai mengatakan mereka bersetuju untuk Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat ini mempunyai Ketua Perkhidmatan sendiri. Walau bagaimanapun, penerimaan kepada cadangan untuk menjadikan organisasi ini kelak sebagai badan berkanun tidak disambut dengan baik.

Majoriti pegawai yang memberikan maklum balas mahukan organisasi yang bakal ditubuhkan ini kekal sepenuhnya sebagai agensi kerajaan. Ini kerana wujud perasaan bimbang di kalangan pegawai sekiranya tidak lagi bergelar penjawat awam. Sebahagian dari pegawai ada yang meninggalkan sektor swasta sebelum ini semata-mata untuk menjadi kakitangan kerajaan. Dan bila cadangan ini muncul, pasti mereka akan tersentak.

Walaupun demikian, ada juga dikalangan pegawai yang optimis sekiranya sektor ini dijadikan badan berkanun. Pegawai akan berpeluang untuk menikmati gaji yang lebih tinggi dan juga akan merasa bonus yang lebih besar sekiranya ia menjana keuntungan.

Cadangan ini semestinya ada pro dan kontra. Sebelum dilihat dengan lebih mendalam, elok kita back to basic, BENARKAH organisasi yang akan dibentuk ini menjurus kepada badan berkanun?

Jika dilihat kepada slaid pembentangan pada hari berkenaan, sememangnya ada diletakkan sasaran untuk menjadikan sektor ini sebagai badan berkanun pada 2014. Ia jelas ternyata di sana! (walaupun orang di belakang saya komen warna font dan backgroud "amat menyakitkan mata")

Walau bagaimanapun, jika merujuk kepada posting Presiden Perjasa (pembentang pertama Khamis lalu) di dalam group PERJASA, ia "belum dimuktamadkan dan masih perlu pemurnian".


Saya berpandangan, sejajar dengan kenyataan Puan Presiden ("sebarang feedback is welcome"), sebelum PERJASA "give its feedback dalam perkara badan berkanun" kepada Panel Penasihat, adalah molek kiranya PERJASA bersekali dengan PESIMA mengadakan roadshow untuk mendapatkan input dari para pegawai Skim Teknologi Maklumat. Ini kerana maklum balas yang diberikan melalui ruangan facebook mahupun emel adalah tidak sama sekiranya kita berhadapan dengan para pegawai (meminjam kata-kata GCIO ketika Ucaptama).

Walaupun ada sesi soal jawab pada Khamis lalu, hanya tujuh orang (dari 400 orang) yang dapat memberikan pandangan (dalam tempoh  sejam). Ini semenangnya tidak mencukupi untuk dijadikan maklumbalas kepada Panel Penasihat.

Jika diadakan roadshow, lebih banyak input berguna yang akan diperoleh dan para pegawai (lebih ramai jumlahnya walaupun tidak semua) dapat menerima maklumat secara langsung dari ahli panel. Roadshow ini tidak perlu diadakan di setiap negeri. Cukup sekadar diadakan mengikut Zon; Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur dan Sabah/Sarawak.

Slotnya pula hanya terbahagi kepada dua, pembentangan dan sesi soal jawab. Jika diadakan separuh hari (sama seperti Khamis lalu), slot pembentangan dihadkan kepada satu jam (30 minit struktur organisasi + 30 minit perjawatan). Selebihnya iaitu selama 3 jam, dibuka untuk sesi soal jawab. Saya percaya, pasti beratur panjang para pegawai untuk memberikan pandangan. Peluang sebegini seharusnya diberikan memandangkan keputusan yang bakal dibuat akan memberikan kesan kepada masa depan pegawai.

Apapun, saya percaya, PERJASA akan memberikan pandangan yang terbaik kepada Panel Penasihat demi kebaikan para pegawai di dalam skim ini. Cuma yang diharapkan ialah pandangan yang diberikan itu akan dapat memuaskan hati banyak pihak (walaupun tidak semua).

Wassalam.

Notalalu:

1 ulasan:

  1. Buatlah insyaallah jika dipanggil kami akan hadir !

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...