KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Tuanku Mizan Zainal Abidin yang
menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada
Isnin mencatat pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang menjadi ketua
negara sejak lima tahun lepas, antaranya menjejak kaki ke Antartika.
Lawatan Seri Paduka Baginda dari 20 hingga 24 Nov lepas ke benua itu adalah sempena langkah Malaysia menandatangani Triti Antartik 1959 pada 31 Okt lepas, yang antara lain membolehkan saintis negara ini terlibat secara langsung dalam semua penyelidikan yang dijalankan di benua Antartika.
Malaysia adalah negara pertama dari Asia Tenggara dan negara Islam pertama menyertai perjanjian itu.
Tuanku Mizan, merupakan antara Raja Melayu termuda menaiki takhta sebagai Sultan Terengganu pada usia 36 tahun pada 1988, dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda pada usia 44 tahun selepas Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail yang menjadi Yang di-Pertuan Agong pada usia 41 pada 1961.

Tuanku Mizan, 49, juga menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama
menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM yang dipandu pada kelajuan
supersonik, iaitu melebihi kelajuan bunyi, selama 45 minit mengelilingi
ruang udara Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang pada 7 Feb lepas.
Pada 10 Mac lepas pula, Seri Paduka Baginda menaiki KD Tunku Abdul Rahman, kapal selam negara yang pertama, dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan, serta melakukan simulasi tembakan terhadap sasaran dari kapal selam jenis Scorpene itu.
Tuanku Mizan yang terkenal dengan sikap rendah diri turut meluangkan masa seharian bersama anak-anak kapal bagi merasai kehidupan mereka di dalam kapal selam itu.
Sepanjang pemerintahan baginda, Tuanku Mizan turut membantu mempereratkan hubungan antara Malaysia dan negara luar. Selain menerima kunjungan pemimpin asing, baginda turut mengadakan lawatan ke beberapa negara asing.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata secara peribadi beliau menghargai keserasian berurusan dengan Tuanku Mizan dalam semua hal.
"Sesungguhnya di bawah pemerintahan Tuanku, urusan berjalan dengan licin dan lancar. Hakikat ini amat dihargai oleh anggota jemaah menteri, yang berasa amat senang dengan peranan Tuanku sebagai ketua negara," katanya pada Sabtu lepas dalam ucapan pada majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pula dalam ucapannya pada majlis itu berkata selama lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda, Malaysia terus maju dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi
"Sesungguhnya, pelbagai dasar dan amalan di bawah gagasan 1Malaysia membuktikan bahawa putik sudah menjadi buah, cita-cita sudah menjadi kenyataan dan didoakan, berkat sentuhan dan naungan Tuanku sebagai payung kedaulatan negara, keadaan ini terus berkekalan jua hendaknya," kata Rais.
Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman, yang telah berkhidmat lebih dua tahun dengan Tuanku Mizan, berkata kegigihan yang ditunjukkan oleh baginda perlu diteladani oleh setiap rakyat di negara ini.
"Peringatan berulang kali kepada rakyat agar sentiasa menjaga hubungan baik sesama kaum, hormat menghormati dan bantu-membantu perlu dijadikan amalan bagi menjamin keharmonian negara," katanya ketika ditemui Bernama.
Awang Kechik berkata Tuanku Mizan sering memberi perhatian penuh kepada rakyat apabila setiap jemputan bagi acara-acara melibatkan rakyat sentiasa dipenuhi.
Tuanku Mizan yang mendirikan rumahtangga dengan Permaisuri Raja Nur Zahirah pada 1996, dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, 15, Tengku Mohammad Ismail, 13, Tengku Muhammad Mua'az, 11 dan Tengku Fatimatuz Zahra', 9.
Tuanku Mizan juga aktif dalam bidang sukan terutama sukan kuda lasak dan telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan termasuk di luar negara.
-- BERNAMA

LAMBAIAN
MESRA ... Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Raja
Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah melambai mesra kepada hadirin
sebelum berlepas balik ke Kuala Terengganu pada istiadat rasmi Tamat
Tempoh Pemerintahan sebagai Agong Malaysia ke-13 di Kompleks Bunga Raya,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
KUALA
LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal
Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai
Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi Isnin, berlangsung dengan penuh
istiadat diraja.
Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi.
Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya Datin Seri Che Sharifah Ismail.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan isteri Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin serta Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud.
Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.
Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai 'muskat' turut menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Muskat, persalinan yang berasal dari kerajaan tua Muscat yang kini dikenali sebagai Oman, merupakan baju labuh separas paha dan berlengan panjang yang diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam dan dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia.
Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja.
Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, baginda melintasi pasukan kawalan kehormat oleh Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd Zaffar Ismail.
Ketika itu juga lagu 'Negara Ku' dimainkan oleh pasukan pancaragam batalion tersebut yang dianggotai oleh 30 anggota lain-lain pangkat.
Ketibaan pasangan diraja itu di Dataran Parlimen yang diiringi tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja, disambut Najib dan isteri.
Baginda berdua kemudian diiring ke peterana, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik 'Hormat Diraja' oleh pasukan kawalan kehormat, yang disusuli lagu Negaraku oleh Pasukan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Mizan kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat yang terdiri daripada 103 anggota dan pegawai dari Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Lt Mohd Nor Azizan Yahya.
Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, disusuli tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku.
Baginda berdua kemudian berangkat bersalaman perpisahan dengan barisan jemaah menteri, ketua jabatan serta diplomat asing sebelum meneruskan perjalanan ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sementara itu, semasa kenderaan yang membawa baginda berdua melalui Jalan Parlimen, rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam dan kakitangan swasta berbaris di kiri dan kanan jalan mengucapkan selamat jalan kepada Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.
Ketibaan baginda berdua di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 12.35 tengah hari didahului dengan perarakan mengikut tradisi kesultanan Melayu, dikepalai seekor gajah dilengkapi tandu yang dihiasi payung kuning dan kain baldu berwarna merah.
Perarakan berwarna-warni itu diiringi 30 pemalu gendang dan disertai 300 pengiring berpakaian tradisional rakyat Malaysia, hulubalang dan inang istana bergerak mendahului kenderaan yang membawa pasangan diraja ke pintu kompleks.
Ketibaan baginda berdua di pintu utama kompleks itu disambut Najib dan isteri, serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais.
Setiba baginda berdua ke peterana khas di kompleks itu, seramai 40 pesilat membuat persembahan, diikuti jamuan ringan sebelum baginda berangkat ke pesawat khas.
Ini disusuli persembahan 'Daulat Tuanku' oleh peserta perarakan dan diikuti bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebelum baginda berdua menaiki pesawat untuk berlepas pulang ke Terengganu.
Laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali berserta lambaian dari semua yang hadir mengiringi keberangkatan pulang baginda berdua.
Pesawat khas yang membawa baginda berdua selamat berlepas meninggalkan KLIA menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada pukul 1.15 petang.
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, 42, dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Ini adalah kali kedua Tuanku Abdul Halim dipilih melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah pada 1970 iaitu dari 21 Sept 1970 sehingga 20 Sept 1975.
Baginda akan berangkat bagi menghadiri istiadat melafaz dan menandatangani sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa.

KUALA TERENGGANU, 12 Dis (Bernama) -- Sultan Mizan Zainal Abidin dan
Sultanah Nur Zahirah selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan
Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pada kira-kira 2.02 minit petang
Isnin.
Keberangkatan balik baginda berdua ke Terengganu adalah bersempena
tamatnya tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong.
Sebelum itu, baginda berdua yang diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk
Seri Ahmad Said, dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek, menaiki pesawat yang diiringi dua jet pejuang Sukhoi dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ketibaan baginda berdua disambut oleh anakanda Tengku Muhammad Ismail
yang juga Pemangku Sultan Terengganu serta anggota kerabat diraja
Terengganu yang lain.
Turut menyambut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat negeri.
Kira-kira 15,000 rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat
termasuk penjawat awam, warga institusi pengajian tinggi, dan golongan
pelajar bertumpu ke jalan raya dari lapangan terbang hingga ke Istana
Maziah sejauh kira-kira 16 kilometer bagi menyambut baginda berdua. -- BERNAMA
terima kasih kerana memberikan maklumbalas
BalasPadam