Proton dijangka akan melancarkan model terbarunya Tuah pertengahan bulan hadapan dan diikuti dengan Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Sebelum ini, Tun Mahathir telah memberi bayangan model-model terbaru ini menyamai kualiti kereta-kereta dari Jepun dan Eropah. Ia juga lebih superior berbanding model-model Proton yang terdahulu. Ulasan penuh Tun mengenainya boleh dibaca melalui blog beliau.
Penggunaan nama
"lima Hang bersaudara" menampakkan kembalinya identiti kenegaraan Proton yang sebelum ini hilang melalui logo bulan dan bintangnya yang digantikan kepala harimau. Diharapkan model-model ini akan mengembalikan kegemilangan Proton di bawah pentadbiran baru.
Tuah yang dijangka akan dikeluarkan pertengahan bulan hadapan akan menggunakan enjin Campro 1.6 turbo dan berharga di sekitar RM60,000 hingga RM70,000.
