Selasa, 2 Oktober 2012

Senarai insentif untuk Penjawat Awam dalam Bajet 2013


Agak menarik apabila membaca komen-komen di dalam media sosial mengenai Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lalu. Sebagaimana biasa, ada yang pro dan ada yang kontra.

Menariknya dalam Bajet 2013 kali ini, mungkin kerana ia lebih menyeluruh dan kurangnya lompang yang membuka peluang, isu mengenai kadar hutang negara lebih ditekankan oleh pihak yang pro-pembangkang bagi menampakkan sisi negatifnya.

Mungkin data anggaran berikut yang saya petik dari Facebook seorang rakan dapat menambah ilmu kita mengenai kadar hutang negara-negara lain. Menariknya, Jepun yang berada di tangga pertama dengan hutang sebanyak 233.1% daripada KDNK tidak mengalami kebangkrapan berbanding Greece yang berada di tangga kedua dengan hutang sebanyak 168.2%.

Insyaallah Malaysia yang mencatatkan anggaran kadar hutang 55.1% daripada KDNK pada tahun 2011 akan terus mampu mengekalkan kemampanan untuk menjadi Negara Maju Berpendapatan Tinggi menjelang 2020. Berikut merupakan sepuluh negara paling tinggi kadar hutangnya berbanding KDNK bagi tahun 2011.

Debt 2011 Ranking:

10. The United Kingdom has $1.99 trillion in government debt and a debt-to-GDP ratio of 80.9%

9. Germany has $2.79 trillion (81.8%)

8. France has $2.26 trillion (85.4%)

7. The United States has $12.8 trillion (85.5%)

6. Belgium has $479 billion (97.2%)

5. Portugal has $257 billion (101.6%)

4. Ireland has $225 billion (108.1%)

3. Italy has $2.54 trillion (120.5%)

2. Greece has $489 billion (168.2%)

1. Japan has $13.7 trillion (233.1%) 

This is based on the debt-to GDP ratio of each country. Whereby for Malaysia, our debt-to-GDP ratio of 55.1 percent or amounted around RM 455.7 billions. - Wall Street.

Sumber Data: http://online.wsj.com/article/SB10001424052748703789104576272891515344726.html


Berbalik kepada tajuk artikel ini, saya kongsikan senarai insentif yang diterima oleh penjawat awam dalam Bajet 2013. Bukan bonus saja ya, banyak lagi sebenarnya. Insentif-insentif ini datang secara langsung dan tidak langsung. Antara sedar atau tidak, antara tahu atau buat-buat tidak tahu :-)

1. Bonus satu setengah bulan gaji untuk semua penjawat awam Persekutuan. RM 500 untuk pesara.
- Setengah bulan telah dibayar, setengah bulan akan dibayar Disember 2012, setengah bulan Januari 2013.

2. Pelarasan pencen untuk pesara yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan kadar minimum dinaikkan kepada RM820.

3. Pesara dalam kategori warga emas (60 tahun keatas) menikmati diskaun 50% bagi caj pemprosesan pasport.

4. Kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah turun menikmati diskaun 50% caj pemprosesan pasport.

5. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0
- RM 500.00  bagi yang berkahwin dengan pendapatan isi rumah bawah 3,000.
- RM 250.00 bagi yang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan berpendapatan bawah 2,000

6. Kemasukan ke dalam ATM bagi Pegawai dinaikkan kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan Laskar pula SPM dan Diploma.

7. Kenaikan pangkat time-based 8 tahun
- Prebet ke Lans Koperal
- Lans Koperal ke Koperal

8. Insentif RM200 sebulan kepada pegawai dan anggota ATM

9. Latihan Higher Order Thinking Skills untuk guru subjek teras dengan peruntukan RM500 juta.

10. Bekas tentera berkhidmat kurang 21 tahun diberi RM1000 one-off

11. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota polis dan tentera dengan had perlindungan maksimum RM15,000.

12. Wang proses pinjaman perumahan ditetapkan hanya RM100 berbanding sebelum ini RM1000 untuk pinjaman pertama dan RM2000 untuk pinjaman kedua.

13. Elaun pra-perkhidmatan di naikkan bagi pelatih Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian.

14. Ujian Mammogram percuma untuk wanita berusia 40 tahun ke atas.

15. Rebat RM200 one-off pembelian telefon 3G bagi belia berusia 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3000 dan kebawah.

16. Diskaun 50% perkhidmatan komuter bagi yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

17. Diskaun 50% perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak.

18. Penurunan kadar cukai pendapatan individu sebanyak 1 mata peratusan (penjawat awam juga pembayar cukai ya!)

19. Skim Pelindungan Insuran Kemalangan Diri hilang upaya kekal dan kematian untuk murid sekolah yang menggunakan bas berpermit dengan perlindungan maksimum sebanyak RM100,000.

21. Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

22. Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 untuk pelajar IPT (termasuk penjawat awam yang menyambung pengajian secara separuh masa atau sepenuh masa).

23. Pelepasan cukai pengajian tinggi anak-anak RM6,000 seorang.

24. Pelepasan tabungan SSPN anak-anak sebanyak RM6,000.

25. Diskaun pembayaran PTPTN
- 20% bagi mereka yang membayar sekaligus dalam tempoh setahun (1 Oktober 2012 - 31 September 2013)
- 10% bagi mereka yang membayar secara konsisten dari 1 Oktober 2012 mengikut jadual selama setahun.

Demikian senarai sebahagian daripada insentif yang diterima oleh mereka yang bergelar penjawat awam (dan pesara) di dalam Bajet 2013. Senarai ini tidak meliputi insentif tidak langsung lain seperti bantuan Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks, PR1MA dan penyeragaman harga barang.

Semoga ia meningkatkan semangat kita untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Terima Kasih Dato' Sri Najib.

Wassalam.

5 ulasan:

  1. SALAM

    soalan ni lari dr apa yg di post oleh en. tp artikel2 sblm ni en ada post. mengenai rumah prima presint 11. sebelum ni datuk najib ada kata pengecualian duti setem, tp skrg apa jadi, pembeli2 rumah tersebut kena byr duti setem tersebut. skrg sape yg susah rakyat jgk.kata bantu rakyat.

    BalasPadam
  2. salam. macam mana mahu apply rumah mampu milik ni?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 10 Oktober 2012 12:27 PTG, Waalaikummusalam. Saya akan cuba dapatkan ulasan dari PR1MA.

    Tanpa Nama 10 Oktober 2012 1:19 PTG, Waalaikummusalam. Rumah mampu milik yang mana ya? Kalau PR1MA Putrajaya dah habis agihan. Setahu saya PR1MA yang dibuka kini di Negeri Sembilan.

    BalasPadam
  4. terima kasih kerna cuba dpt kan penjelasan. alasan putrajaya holding bkn utk projek ni.sdgkan ni projek yg pertama.

    BalasPadam
  5. Jika elaun pra - perkhidmatan dinaikkan bagi pelatih Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian, bagaimana pula dengan elaun perkhidmatan bagi KAKITANGAN SEDIA ADA (yg sudah bekerja bg jawatan yg sama)..adakah mereka menikmati kenaikan elaun? Sepatutnya ia perlu diselaraskan bersama..

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...