Isnin, 2 April 2012

Memahami maksud Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Bagi menjelaskan pelaksanaan kenaikan gaji kakitangan awam sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB PM pada 8 Mac 2012, JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2012 bertarikh 30 Mac 2012 bertajuk Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatam Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Tajuk pekeliling tersebut sudah cukup untuk menjelaskan bahawa apa yang dinikmati oleh penjawat awam melaluinya adalah kenaikan gaji semata-mata dan ia belum meliputi penambahbaikan terhadap Sistem Saraan Malaysia. 

Melalui pekeliling berkenaan, Jadual Gaji Matriks SSM telah digantikan dengan Jadual Gaji Minimum Maksimum. Ini bermakna tangga gaji tahunan setiap pegawai tidak lagi statik (matriks) sebagaimana sebelum ini.

Contoh Jadual Gaji Minimum Maksimum

Pegawai akan menikmati kenaikan 13% dari gaji terakhir mereka pada bulan Disember 2011 mulai 1 Januari 2012. Selain itu, pegawai juga akan memperoleh Kenaikan Gaji Tahunan mengikut kadar baru sehinggalah beliau naik pangkat ataupun gajinya mencecah tahap maksimum.

Sebagai contoh, katakan gaji pegawai pada bulan Disember 2011 ialah RM 2,500.00. Ini bermakna kenaikan yang akan dinikmatinya ialah RM 2,500.00 x 13% = 325.00. Oleh itu, pada Januari 2012 gaji barunya ialah RM 2,825.00. Ini asas bagaimana gaji dinaikkan. Sebagai kemudahan, JPA telah menyediakan kalkulator automatik pengiraan gaji pegawai di dalam portalnya.

Bagi kenaikan gaji tahunan pula, katakan pegawai mendapat kadar baru RM 225.00 pada bulan Julai. Ini bermakna, gaji bulan Julai 2012 beliau ialah RM 3050.00 (RM 2,825.00 + RM 225.00). Pada tahun 2013, kenaikan yang diperoleh juga RM 225.00 dan ia berterusan sehingga pegawai tersebut naik pangkat atau gajinya mececah kadar maksimum yang telah ditetapkan. 

Bagi kes mereka yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam selepas 1 Januari 2012, gaji permulaan yang akan diterima ialah pada kadar P1 skim masing-masing. Sebagai contoh, katakan seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41 baru dilantik pada 2 Februari 2012, beliau akan menerima gaji permulaan sebanyak RM 2,145.88 (minimum F41 P1). Gaji ini adalah gaji asas yang belum termasuk elaun-elaun lain. Mereka yang diterima masuk secara kontrak juga akan menikmati kadar yang sama.

Selain persoalan mengenai gaji, terdapat dua perkara penting yang turut perlu diambil perhatian oleh semua pegawai mengenai intipati pekeliling berkenaan. Pertama ialah mengenai pindaan lingkungan gaji baru bagi penetapan kadar Bayaran Insentif Wilayah.


Kedua, penetapan lingkungan gaji dan sukatan silinder kenderaan baru bagi menentukan kelas untuk tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan.


Kedua-dua kadar lingkungan gaji telah dinaikkan bagi disesuaikan dengan jumlah gaji baru yang diterima oleh para pegawai. Ianya perlu dimaklumi bagi mengelakkan daripada terlebih bayaran dan terpaksa memulangkannya pula.

Artikel ini didedikasi khas buat beberapa orang rakan yang masih tertanya-tanya mengapa tiada senarai panjang gaji mereka untuk tahun-tahun mendatang. Bimbang tak dapat naik gaji agaknya :)

Wassalam.

9 ulasan:

  1. jadi xde lah "T" brape lagi ker...

    maknanya semua lantikan baru mesti P1 jerk... kan sebelum nie ada lantikan pertama dpt P1 T3 bukan P1 T1.. macam mana dengan kes nie? ada penjelasan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sememangnya tidak akan ada lagi T1, T2 dan seterusnya.

      Bagi kes yang dinyatakan, pekeliling tidak menjelaskan. Sebelum ini di dalam SBPA, pegawai untuk pelantikan baru akan dikelompokkan melalui kelayakan tertinggi untuk kemasukan berkhidmat di dalam kerajaan. SPM sekian gaji, PMR sekian gaji, Degree, Master dan PhD juga begitu. Bila SBPA dimansuh ia kembali kepada asal namun di dalam Jadual Gaji Minimum Maksimum ia tidak lagi bersifat matriks (T1, T2, T3 ....).

      Saya berpandangan mungkin lantikan itu akan memperoleh gaji P1 yang ditambah tiga kali (atau beberapa kali) kenaikan gaji tahunan (KGT) mengikut pengalaman dan kepakarannya.

      Padam
  2. You can definitely see your enthusiasm in the article you write.
    The world hopes for more passionate writers like you who aren't afraid to say how they believe. All the time follow your heart.

    Visit my webpage :: quantrim guarantee

    BalasPadam
  3. It is just like the most trusted wedding planner living next door to you.
    Kitchen: Coming to that most important of rooms where the lady of the house
    spends most of her time preparing meals three times a day.

    You should discuss all the details with your wedding planner and decide the decoration ideas according to your budget.


    Here is my web-site :: kids study table design

    BalasPadam
  4. Saya mohon mendapat jawapan bagi kes yang dikenaikan pangkat selepas tempoh pemangkuan, apakah benar tidak ada lagi penetapan gaji yang membolehkan diberikan satu kenaikan mata gaji yang berhampiran dengan skala gaji barunya.

    BalasPadam
  5. salam saya nak tanya saya baru baca. pertambahan 13% pada gaji pokok belaku satu kali sahajalah kan maksudnya pada dis 2011 ke Jan 2012. terdapat 13% pertambahan gaji pokok mengikut gaji pokok yang terakhir pada DIS 2011. selain itu , tahun yang seterusnya mengaharapkan anjakan gaji bulan 1, bulan 4 bulan 7 sahajala ye..

    BalasPadam
  6. salam saya nak tanya saya baru baca. pertambahan 13% pada gaji pokok belaku satu kali sahajalah kan maksudnya pada dis 2011 ke Jan 2012. terdapat 13% pertambahan gaji pokok mengikut gaji pokok yang terakhir pada DIS 2011. selain itu , tahun yang seterusnya mengaharapkan anjakan gaji bulan 1, bulan 4 bulan 7 sahajala ya..ke setiap awal tahun terdapat 13% kenaikan dari gaji akhir tahun sebelumnya

    BalasPadam
  7. Boleh tahu apa beza P1 dengan P2 untuk peringkat DG tu ?

    BalasPadam
  8. KGT adalah January setiap tahun rm100.
    lantikan n19 pada 23/2/2012.
    So pada 23/2/2022 genap 13tahun Dan KGT adalah rm115.
    Soalan:
    KGT Pada 1/1/2022 adalah rm100
    Perubahan kUP pada 23/2/2022,KGT keypada rm115.
    *Adakah pada mac 2022,KGT menampakkan perubahan dalam payslip kepada rm215 sepanjang tahun 2022?

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...