Khamis, 16 Jun 2011

Penjawat Awam Wajib Isytihar Status Pinjaman Pelajaran untuk Naik Pangkat

Semalam saya baru pulang dari Batu Pahat menjalankan kajian lapangan di lima buah sekolah di sekitar Rengit. Ketika di sana, saya sempat berjumpa dengan sahabat sebilik ketika menuntut di Matrikulasi dulu.

Banyak topik yang kami bualkan. Rakan-rakan lama, kenangan di UUM, kerjaya, politik, keluarga dan macam-macam lagi. Maklumlah, kali terakhir bersua pada 27 Ogos 2009, ketika mini reunion buka puasa di Putrajaya. Masa tu sahabat saya ni sanggup untuk turun dari Batu Pahat semata-mata untuk hadir ke reunion tu. Semangat kan? 

Antara topik dominan yang kami bualkan sudah semestinya perjawatan dalam skim perkhidmatan masing-masing. Kebetulannya sahabat saya ini juga penjawat awam (guru) maka topik yang dibualkan saling berkait.


Sahabat saya menceritakan bagaimana beliau dilantik lewat sebulan untuk kenaikan pangkat (Guru Cemerlang) secara automatik tahun ni. Lebih menarik lagi, orang rumahnya pula dulu sehari lewat dari tarikh yang dikelilingkan. Mereka telah berjumpa dengan pihak berkenaan namun dimaklumkan, perlu tunggu tahun hadapan. Ia diterima dengan hati terbuka oleh keduanya.

Bercerita mengenai kenaikan pangkat, pengalaman ketika ditawarkan untuk memangku jawatan pada tahun 2009 menyebabkan saya baru menyedari hanya mereka yang membayar pinjaman pelajaran saja akan diluluskan untuk pemangkuan dan seterusnya dinaikkan pangkat. Sebelum tu saya memang tak tahu. Ingatkan kena blacklist ke luar negara saja, rupanya tak leh naik pangkat sekali! Naya tuh!

Pada masa tu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia memberikan borang untuk diisi bagi urusan pemangkuan dan ia turut disertakan mengenai maklumat pinjaman pelajaran. Alhamdullillah saya memang telah sedia buat potongan gaji masa mula-mula bekerja. Dengan itu, proses kelulusan pemangkuan tak bermasalah. Tak sampai sebulan dah lulus.

Selepas tu baru saya dengar-dengar ada senior dan rakan-rakan yang lewat diluluskan pemangkuan sebab belum mula bayar pinjaman walaupun dah lulus PTK.

Sememangnya ada surat edaran yang menyatakan penjawat awam perlu membayar pinjaman pelajaran untuk memangku jawatan yang lebih atas. Dan terbaru, pada 3 Jun lalu, JPA telah mengeluarkan surat edaran terkini yang memutuskan semua penjawat awam yang BELUM MELANGSAIKAN pinjaman perlu mengemukakan Surat Akuan Pinjaman / Pembiayaan Pendidikan kepada pihak yang meminjamkan wang pengajian kepada mereka (lihat sini).

Bila baca surat edaran tu saya agak konfius sama ada perlu mengemukakan Surat Akuan berkenaan atau tidak. Saya dah sedia potong gaji cuma belum habis bayar lagi. Kena hantar juga kah? Takkan institusi pinjaman perlu dimaklumkan lagi sedangkan mereka ada rekod bayaran saya. Konfius, konfius.

Untuk kepastian saya telah hubungi pegawai di Bahagian Perkhidmatan JPA dan disahkan bahawa semua penjawat awam yang baru dilantik dan mempunyai baki pinjaman (walaupun telah sedia potong gaji), perlu mengemukakan surat akuan berkenaan. 

Bila saya tanyakan mengapa perlu bagi orang yang dah buat potongan gaji untuk mengemukakan Surat Akuan tu sedangkan mereka mempunyai rekod bayaran yang dibuat, jawapan yang diberikan ia adalah untuk rekod jabatan. Errkkkk....

Kepada rakan-rakan penjawat awam yang meminjam dari JPA, PTPTN, MARA, YP Johor, YP Terengganu, Yayasan TM, MAIS, Yayasan Sarawak, YISJ atau KWSP, jangan tunggu lagi, jom kita hantar segera Surat Akuan berkenaan. Kalau tidak, tak merasa peluang naik pangkat lagi nanti :)

Dan kepada rakan-rakan yang belum membayar lagi, mulakan lah pembayaran, seronok tau tengok hutang kita makin berkurangan dalam penyata tahunan. Jangan berlengah lagi :)

Wassalam.

11 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Maklumat dan info baik ..Terima kasih kerana berkongsi

    BalasPadam
  3. Blog saudara akan dipautkan ke sini sebagai perkongsian. boleh ya sahabat di kejauhan :)

    BalasPadam
  4. If we could reduce those people a hundred and twenty calories we'd be that much nearer to our five hundred calorie objective.

    Here is my website; Report abuse

    BalasPadam
  5. Pave your strategy to a healthier you without pointless
    investing.

    my web page - bowflex selecttech 552

    BalasPadam
  6. It was an unbelievably active time for Debbie as she
    sought a method to interrupt in the national amount.


    Here is my web-site - http://www.getfitnstrong.com/bowflex-dumbbells/fit-strong-bowflex-552

    BalasPadam
  7. The following is chin ups, that's essentially a similar motion as lat pull downs, except you're using your very own body fat.


    my blog post :: dumbbells for sale

    BalasPadam
  8. These are generally quickly ways to move up
    the neck and include a lot of notes into your solos.

    Here is my page :: adjustable dumbbells

    BalasPadam
  9. The keys are conveniently located to adjust speed configurations within the fly, which has a
    hill incline location to get a a lot more robust exercise.



    Visit my blog - additional reading

    BalasPadam
  10. These are typically several of the health and fitness gear which your person will enjoy.



    My blog weights and dumbbells for sale

    BalasPadam
  11. The easy-to-use equipment facilitates a chance to generate
    a whole new software at just about every workout session if wished-for.


    My website View Results

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...