Rabu, 31 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-54

 Ucapan klise nan penuh makna buat semua,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!


Dari runtuhan Kota Melaka, kita dirikan Putrajaya.
Dari jajahan jiwa dan raga, kita lahirkan minda merdeka!

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-54
Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Sabtu, 27 Ogos 2011

Mengapa SKMM masih membisu kenaikan caj Astro walaupun diarah Kabinet untuk mengambil tindakan?

 
Kelmarin, buat kali kedua, saya menerima bil Astro yang mengenakan caj baru yang lebih tinggi selepas pelarasan harga yang mereka laksanakan bermula 11 Julai 2011. Saya percaya, rakan-rakan lain yang turut melanggan Astro telah ataupun bakal menerima bil kedua berkenaan.

Saya sebenarnya amat kecewa dengan SKMM yang gagal menangani isu kenaikan harga ini walaupun telah diarahkan Kabinet untuk mengambil tindakan terhadap Astro kerana ia membebankan pengguna.

Sebelum ini, telah beberapa kali saya hubungi talian aduan SKMM untuk mengetahui status semasa tindakan mereka namun alasan retorik yang senantiasa didendangkan oleh Pegawai Khidmat Pelanggannya ialah, "Perkara berkenaan sememangnya dalam perhatian kami" dan "SKMM masih berbincang dengan Astro".

Rabu, 24 Ogos 2011

Jawapan rasmi SKMM terhadap aduan group mempromosi murtad di facebook


 Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas

Saya telah menerima surat jawapan rasmi dari pihak SKMM berhubung aduan mengenai kewujudan group mempromosi murtad di facebook. Surat berkenaan ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Kanan, Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM bertarikh 16 Ogos 2011.


Selasa, 23 Ogos 2011

Karnival Usahawan Desa 2011 di Laman 1Malaysia Putrajaya pada 21 - 25 September



Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk sekian kalinya akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2011 di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya dari 21 hingga 25 September 2011.

Tema penganjuran pada tahun ini ialah, "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA" dan majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB PM pada 22 September.


Selasa, 16 Ogos 2011

Politik Pulau Pinang: Imbasan Keputusan Pilihanraya Umum 2008 & 2004


Seorang rakan dari Kelantan bertanyakan pandangan saya mengenai rentetan isu-isu berkaitan umat Melayu Islam  di Pulau Pinang seperti larangan perarakan Maulidur Rasul, khatib menggantikan doa YDPA kepada Ketua Menteri, wang judi untuk warga emas, pilihanraya masjid dan terkini, larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu subuh. 

Bagi menjawab persoalan tersebut, saya memilih untuk tidak menyatakan secara langsung kepadanya sama ada menyokong ataupun tidak tetapi sebaliknya saya menceritakan mengenai real politik dalam kerajaan Pulau Pinang hari ini berbanding kerajaan dulu. Di akhir perbincangan, beliau hanya menangguk-angguk berulang kali tanpa berkata-kata.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna, Majoriti Mudah di Pulau Pinang ialah 21 kerusi dan Majoriti 2/3 ialah 27 kerusi.


Khamis, 11 Ogos 2011

Pekeliling Bil 8 Tahun 2011: Pekerja Sambilan Harian dan guru sandaran juga dapat bonus!


Susulan dari pengumuman bonus oleh YAB PM, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011: Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi 2011 bertarikh 9 Ogos 2011 bagi menerangkan pelaksanaannya.

Pekeliling ini menyatakan, selain dari pegawai berjawatan tetap, mereka yang berstatus sementara, Pekerja Sambilan Harian, contract of service, contract for service dan guru sandaran turut layak untuk mendapat imbuhan dari kerajaan ini. Selain itu, beberapa lagi kategori perjawatan yang layak turut dijelaskan dalam pekeliling tersebut.

Rabu, 10 Ogos 2011

Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan juga umum bonus Aidilfitri setengah bulan gaji


Selain penjawat awam Terengganu dan Pahang yang tersenyum girang hari ini, rakan-rakan penjawat awam di Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan turut sama merasakannya. BERNAMA melaporkan ketiga-tiga negeri berkenaan turut sama mengikut langkah kerajaan Persekutuan memberikan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan mereka.

Ini bermakna, tinggal tujuh lagi negeri yang belum mengumumkan berita gembira kepada penjawat awamnya. Dan juga, Kelantan, yang ditadbir PAS, mengambil pendekatan berbeza berbanding Selangor apabila turut memberikan setengah bulan gaji.


Bonus Aidilfitri untuk penjawat awam Terengganu dan Pahang pula


Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Pahang hari ini masing-masing mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam mereka. Kadar ini adalah sama seperti yang diumumkan oleh YAB PM untuk penjawat awam Pesekutuan dua hari yang lalu.

Pasti ini akan menyebabkan rakan-rakan penjawat awam di negeri-negeri lain ternanti-nantikan pengumuman dari big boss masing-masing. Namun saya percaya, semua MB dan KM akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Cuma mungkin akan ada kadarnya yang berbeza. Mungkinkah?

Setakat artikel ini ditulis, hanya tiga buah negeri yang mengumumkan pemberian bonus sempena Aidilfitri kepada penjawat awamnya. Hanya Selangor, dengan pemberian RM 500.00 secara sama rata untuk Gred 54 kebawah, yang tidak memberikan kadar setengah bulan gaji.  

Selasa, 9 Ogos 2011

6 langkah mudah untuk laporkan group mempromosi murtad di Malaysia kepada Admin Facebook. Mohon laksana dan sebarkan!

Klik pada gambar untuk membaca komen-komen menghina Islam

Pertama sekali saya ingin bertanya, apakah perasaan anda setelah membaca komen-komen di atas? Marah, sakit hati atau tidak berasa apa-apa?

Sebenarnya, itulah "keterbukaan" yang cuba ditonjolkan oleh golongan murtad yang mempelopori usaha untuk mempromosikannya di negara ini melalui Facebook. Saya telah mengulas perkara ini di dalam posting terdahulu.

Hari ini, saya telah menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan PDRM untuk mendapatkan status tindakan mereka terhadap aduan saya mengenai kewujudan group yang mempromosikan murtad ini. 

Isnin, 8 Ogos 2011

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam sempena Aidilfitri 2011


Pasti penjawat awam yang menantikan saat-saat berbuka puasa hari ini tersenyum girang jika mereka membaca kenyataan Perdana Menteri mengenai pembayaran bonus setengah bulan yang disiarkan oleh BERNAMA. Para pesara juga pasti akan tersenyum lebar ketika melangkah ke masjid untuk menunaikan Terawikh kerana mereka akan turut menerima RM 500.00 sebagai bayaran khas Aidilfitri.

Walaupun pengumuman PM ini khusus untuk penjawat awam Persekutuan namun jika mengikut kebiasaannya sebelum ini, kerajaan-kerajaan negeri yang bersekutu dengan Persekutuan (BN) akan turut sama mengikut langah dari aspek jumlah pemberian bonus kepada penjawat awamnya. Konvensyen ini tidak pernah diengkari dan semoga tahun ini ia akan terus diamalkan.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011 / 1432H Negeri-Negeri Seluruh Malaysia dan sumber rujukannya


Jadual di bawah merupakan kadar zakat fitrah 2011 untuk negeri seluruh Malaysia dan sumber rujukannya.  

Saya meletakkan sumber rujukan ini memandangkan ada beberapa pihak telah terkhilaf dengan memetik kadar fitrah tahun-tahun terdahulu bagi beberapa negeri untuk tatapan umum. Bukan apa, takut ada pula nanti yang menyoal amil disebabkan perbezaan kadar yang dibaca dengan kadar sebenar yang dikenakan tahun ini. Harap-harap tak begitu la hendaknya :)

Isnin, 1 Ogos 2011

Group mempromosi murtad di Malaysia: Mohon seluruh umat Islam laporkan kepada SKMM dan Polis

Di kala umat Islam bergembira dengan kehadiran Ramadhan bermula hari ini, saya berasa amat marah dan kecewa apabila membaca posting yang dibuat oleh seorang rakan mengenai satu group yang diwujudkan untuk mempromosikan murtad di Malaysia dan Singapura. 

Klik gambar untuk baca dengan jelas

Group berkenaan yang bertajuk Murtads in Malaysia and Singapore secara jelas dan berani menyatakan tanpa berselindung kenyataan berikut bagi menggambarkan agenda mereka:

"Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...