Memaparkan catatan dengan label Negeri Sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Negeri Sembilan. Papar semua catatan

Rabu, 10 Ogos 2011

Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan juga umum bonus Aidilfitri setengah bulan gaji


Selain penjawat awam Terengganu dan Pahang yang tersenyum girang hari ini, rakan-rakan penjawat awam di Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan turut sama merasakannya. BERNAMA melaporkan ketiga-tiga negeri berkenaan turut sama mengikut langkah kerajaan Persekutuan memberikan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan mereka.

Ini bermakna, tinggal tujuh lagi negeri yang belum mengumumkan berita gembira kepada penjawat awamnya. Dan juga, Kelantan, yang ditadbir PAS, mengambil pendekatan berbeza berbanding Selangor apabila turut memberikan setengah bulan gaji.


Ahad, 3 Julai 2011

Karnival Usahawan Desa Zon Selatan 2011, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (1 - 3 Julai 2011)


Pada 2 Julai 2011 telah berlangsung Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa Zon Selatan 2011 di Stadium Mini Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Dato Hasan Malek, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Saya turut hadir ke majlis berkenaan bagi mewakili Bahagian. 

Perjalanan ke Kuala Pilah dari Lembah Klang sekarang ini tidak lagi berliku-liku. Ini kerana kewujudan Lebuhraya LEKAS dan jalan pintas yang memotong Bukit Putus telah menyingkatkan masa perjalanan.

Jika dulu kesesakan di sepanjang jalan berbukit di Ulu Bendul dan Bukit Putus menjadi suatu kemestian di hujung minggu tetapi sekarang jalan pintas tersebut bukan saja menyelesaikan masalah berkenaan malah menyediakan pemandangan yang indah. Menariknya, di laluan tersebut, kita juga akan melalui jambatan kedua tertinggi di Malaysia. Yang tertinggi sudah semestinya jambatan di Lebuhraya KL-Karak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...