Memaparkan catatan dengan label Negeri Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Negeri Selangor. Papar semua catatan

Khamis, 28 Mac 2013

Mengapa MB Selangor tidak guna haknya membubarkan DUN?


Sana sini orang-orang PKR, PAS dan DAP heboh mengenai Parlimen yang belum dibubarkan oleh YAB PM. Dikatakan PM takut untuk memulangkan kuasa kepada rakyat. Dan ini petanda Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya.

Ironinya, YAB MB Selangor dari PKR sendiri tidak menggunakan haknya untuk membubarkan DUN. Kenapa agaknya?

Elok kita imbas kronologi drama pembubaran DUN Selangor oleh YAB Khalid Ibrahim atas nasihat Anwar Ibrahim:

Rabu, 19 Oktober 2011

Jika BERSIH boleh disokong, mengapa tidak HIMPUN?



Jika perhimpunan haram BERSIH sanggup disokong dan dihadiri, mengapa tidak perhimpunan sah HIMPUN?

Jika kerana kuasa dan undi sanggup diredah FRU, gas pemedih mata dan air longkang, mengapa mengenai akidah mahu pula menjauhkan diri?

Hadirkanlah diri jika berkesempatan. Bagi yang tidak, nyatakanlah sokongan di mana saja anda berada. 

Dan saya, sudah semestinya menyokong penuh perHIMPUNan ini!

Rabu, 10 Ogos 2011

Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan juga umum bonus Aidilfitri setengah bulan gaji


Selain penjawat awam Terengganu dan Pahang yang tersenyum girang hari ini, rakan-rakan penjawat awam di Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan turut sama merasakannya. BERNAMA melaporkan ketiga-tiga negeri berkenaan turut sama mengikut langkah kerajaan Persekutuan memberikan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan mereka.

Ini bermakna, tinggal tujuh lagi negeri yang belum mengumumkan berita gembira kepada penjawat awamnya. Dan juga, Kelantan, yang ditadbir PAS, mengambil pendekatan berbeza berbanding Selangor apabila turut memberikan setengah bulan gaji.


Bonus Aidilfitri untuk penjawat awam Terengganu dan Pahang pula


Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Pahang hari ini masing-masing mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam mereka. Kadar ini adalah sama seperti yang diumumkan oleh YAB PM untuk penjawat awam Pesekutuan dua hari yang lalu.

Pasti ini akan menyebabkan rakan-rakan penjawat awam di negeri-negeri lain ternanti-nantikan pengumuman dari big boss masing-masing. Namun saya percaya, semua MB dan KM akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Cuma mungkin akan ada kadarnya yang berbeza. Mungkinkah?

Setakat artikel ini ditulis, hanya tiga buah negeri yang mengumumkan pemberian bonus sempena Aidilfitri kepada penjawat awamnya. Hanya Selangor, dengan pemberian RM 500.00 secara sama rata untuk Gred 54 kebawah, yang tidak memberikan kadar setengah bulan gaji.  

Isnin, 8 Ogos 2011

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam sempena Aidilfitri 2011


Pasti penjawat awam yang menantikan saat-saat berbuka puasa hari ini tersenyum girang jika mereka membaca kenyataan Perdana Menteri mengenai pembayaran bonus setengah bulan yang disiarkan oleh BERNAMA. Para pesara juga pasti akan tersenyum lebar ketika melangkah ke masjid untuk menunaikan Terawikh kerana mereka akan turut menerima RM 500.00 sebagai bayaran khas Aidilfitri.

Walaupun pengumuman PM ini khusus untuk penjawat awam Persekutuan namun jika mengikut kebiasaannya sebelum ini, kerajaan-kerajaan negeri yang bersekutu dengan Persekutuan (BN) akan turut sama mengikut langah dari aspek jumlah pemberian bonus kepada penjawat awamnya. Konvensyen ini tidak pernah diengkari dan semoga tahun ini ia akan terus diamalkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...