Selasa, 22 Januari 2013

Rebat Telefon Pintar: Jangan tertipu dengan wakil telco tidak jujur


Mereka yang layak untuk menebus rebat telefon pintar RM 200 harus berhati-hati ketika melaksanakan urusniaga di wakil sah telco. Ini kerana keghairahan untuk memiliki telefon pintar boleh mengakibatkan mereka tertipu oleh wakil telco yang sah tetapi tidak jujur.

Pengalaman yang dialami oleh seorang rakan pembaca, Tanpa Nama22 Januari 2013 8:20 PG, mengenai muslihat wakil sah sebuah telco yang meletakkan harga permulaan telefon pada kadar yang lebih tinggi wajar dimaklumi dan dikongsikan agar hasrat murni Kerajaan ini tidak diambil kesempatan oleh kapitalis tamak.

"Sya nak ingatkan kawan2 supaya berhati2 guna rebate rm200 tu sebab tu duit rakyat gak jangan tertipu dengan penjual2 cina yang mark up hrga phone untuk membolehkan guna rebate...
sya da pergi 3 lokasi area sentosa,city plaza kedah, n perlis...semuanya adalah dealer2 yang tersenarai dalam tune talk..

tapi bila nk beli samsung s3 mini harga yang ditawarkan 1399 after rebate rm1199 or harga tawar 1299 after rebate 1099...
padahal harga samsung s3 mini retail price di mana2 telco hanya rm1199 after rebate rm999..so hati2 jangan tertipu..
ada plak yang try menipu cakap set original padahal phone tu set ap...jangan terpedaya...
better beli kt maxis senderi or celcom or seng heng..,
jangan beli dekat dealer tune talk..menipu je...nasib baik saya x tertipu....
manusia ni rakus da untung nak lagi untung lagi..jual dengan harga x logik"


Walaupun mungkin lokasi yang dinyatakan adalah jauh dari Kuala Lumpur, apa pun alasan untuk mark-up harga telefon pintar disebabkan adanya rebat seharusnya tidak berlaku.

SKMM dan syarikat-syarikat telco wajar melihat perkara ini agar ia tidak berlaku secara berleluasa. Jangan biar peniaga tamak mengambil kesempatan.


Kepada para belia yang berhasrat untuk menebus rebat telefon pintar ini, sebaiknya lakukan tinjauan harga di dua atau tiga wakil sah telco sebelum membuat keputusan. Jangan beri peluang diri anda ditipu.

Biar lambat asal jimat ;-)

Wassalam.

Notakini:
150213 Tempoh sah rebat telefon pintar dilanjutkan kepada 3 bulan

Notalalu:
160113 Panduan mendapatkan slip permohonan telefon pintar bagi yang hilang atau lupa cetak
120113 Rebat Telefon Pintar: Hanya kad pengenalan diperlukan jika tiada nombor rujukan
040113 Panduan Permohonan Rebat Telefon Pintar RM200

18 ulasan:

  1. kalau area utara ni, tak payah pakai rebat pon dorang memang suka tipu ngan naik harga sendiri. ada skali tu pegi kat area arau, tanya dia boleh beli apa2 jenis smartphones ke? die kate ye. bila saya mintak nak beli tab dengan harga yg dipaparkan RM299 terus dia kata kalau guna rebate kena pakai harga retail iaitu RM 400 ++. memang xmasuk akal. so berhati2 la.jangan sampai tertipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian. sememangnya wujud peniaga yang tamak dan sentiasa mahu mengambil kesempatan. moga semua berhati-hati

      Padam
  2. x boleh buat aduan ke pasal peniaga2 penipu ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat setuju aduan dibuat sama ada kepada SKMM atau KPDNKK.

      Padam
  3. sy nak rebat fon kat sebuah kdai celcom area mersing tp pekerja kat c2 ckap kne bli smartfon yg harge rm1000 bru bleh lpas 2 dye ckap lau nak yg kurang rm1000 kne byar duit pndahuluan dlu n brape hari kmudian bru dpat fon..mmg sy tekejut sgat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat simpati dengan saudara/i. ini ternyata satu penipuan oleh peniaga tersebut.

      Padam
  4. Kalau nak beli, beli la s3 mini. Xbyk beza sgt dgn s3.Abg sy baru beli Dlm mggu lepas kt maxis. Total rm800+. Harga hp 799.tmbah sim baru rm5+topup rm 30.ni untuk pakej prepaid. Klu dlu, s3 mini ni lepas rebat pun, rm 999.da turun harga skrg. Berbaloi2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian :-)

      Padam
    2. BOLE TAU TAK ABG AWK BELI KAT KEDAI MAXIS MANA? DH BNYK TMPT SAYA TANYA SEMUANYA MARK UP PRICE

      Padam
  5. boleh bt aduan ke ttpm x klau ditipu penjual smartphone yg naikkan hrga ni? si penjual letak hrga rm 580, hrg sbnr phone rm280 shj,

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. saya sangat bersetuju. buat dua aduan. satu kepada ttpm dan satu kepada skmm. kita perlu ajar penjual yang tamak sebegini.

      Padam
  6. nak tanya mereka yang da tebus rebat, korang langan juga ke jalur lebar??? sebab kawan saya ada yg mengatakan mereka tidak langan jalur lebar pun dapat rebat 200 tu, sila bagi pendapat.. dalam soal jawab memang wajib ambil tetapi saya kurang faham bila dengar klenkawan kata tidak ada yang mereka langgan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin mereka yang tidak langgan itu telah sedia ada jalur lebar berkenaan.

      Padam
    2. Kat tempat saya trg, byk kedai xperlu langgan apa2 data internet utk dapatkan rebate sedangkan dalam rebate memang belum daftar apa2 jalur lebar... ada juga kedai yg wajib kena ambik pakej internet walaupun dah ada pelan data... mungkin bergantung atas kedai... saya ambik galaxy w harga rm999 lepas rebate bayar rm799 sahaja dan ninetology bp2 harga rm599 tolak rebate rm200 tolak manufacture rebat rm100, jadi kena bayar rm299 sahaja...

      Padam
  7. Maxis center di kluang tipu.dia buat promosi bagi ic nt dpt 60.dia tak de sebut pasal rebet rm200..dan bila nk daftar rebet kt tempat lain .kdai ckp rebet dahtebus.kat maxis center tu ambik duit. duit dia bg rm60 cash.30 topup.5simcard so total rm95.... Lagi rm105 kedai telan....rasa tertipu la nk wat aduan kt mane ek?

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...