Khamis, 12 Januari 2012

Intipati Pertemuan TKP (ICT) MAMPU bersama Pegawai Skim Teknologi Maklumat pada 12 Januari 2012


Pagi tadi saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perjumpaan TKP (ICT) MAMPU bersama para pegawai Skim Teknologi Maklumat (F & FT) di Auditorium Kompleks B JPM. Apa yang menariknya mengenai perjumpaan ini, ia merupakan perjumpaan pertama Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat sektor awam dengan pihak atasan. Sejak saya mula berkhidmat pada tahun 2005, rasanya belum pernah pertemuan sebegini diadakan.

Majlis pagi tadi yang dihadiri kira-kira 400 pegawai dimulakan dengan Ucaptama oleh YBhg Dato' Dr Nor Aliah selaku Government Chief Information Officer (GCIO). Mendengar ucapan yang disampaikan oleh Dr Nor Aliah sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan apa akan cuba disampaikan dalam pertemuan ini.  Sesi pembentangan seterusnya hanya menjelaskan apa yang diperkatakannya. Antara intipati penting yang disebut beliau ialah:


1. Para pegawai dari Skim Teknologi Maklumat (F & FT) akan mempunyai Ketua Perkhidmatan sendiri yang mungkin menggunakan nama Ketua Perkhidmatan Teknologi Maklumat. Ini berdasarkan kepada maklumbalas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam pertemuan yang telah diadakan dengan Panel Penasihat Perkhidmatan Teknologi Maklumat pada 11 Ogos 2011. Selain itu, Di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS 2/11 pada 27 Oktober 2011 juga KPPA sekali lagi telah menekankan akan pentingnya Perkhidmatan Teknologi Maklumat ini dipecahkan dan dijaga oleh seorang Ketua Perkhidmatan.

2. Susulan daripada itu, bengkel dan mesyuarat kerja telah diadakan untuk membincangkan pelan tindakan dan hala tuju Perkhidmatan Teknologi Maklumat. Hasilnya, tiga cadangan dikemukakan:

i. Perubahan Ketua Perkhidmatan F & FT kepada Ketua Perkhidmatan sendiri. Ini bermakna urusan pentadbiran termasuk urusan kenaikan pangkat berada di tangan KP berkenaan. 

ii. Rancangan pemusatan perkhidmatan ICT kerajaan secara berperingkat.

iii. Rancangan untuk mewujudkan entiti baru dengan organisasi sendiri.

Oleh itu menurut Dr. Aliah, perjumpaan ini diadakan untuk memberi ruang kepada para pegawai yang hadir untuk memberikan maklumbalas dan pandangan berkaitan rangka yang telah mereka buat.

Menurutnya lagi, sesi ini amat penting kerana kertas cadangan yang telah dirangka akan diangkat kepada KPPA dalam perjumpaan yang dijadualkan pada awal Februari 2012 dan akan dimasukkan dalam Mesyuarat JTIK pada Mac 2012.

Itu intipati utama ucaptama Dr Aliah.


Sesi seterusnya diteruskan dengan pembentangan Cadangan Pengwujudan Organisasi ICT Sektor Awam. Ia disampaikan oleh Timbalan Pengarah (ICT) MAMPU yang juga merupakan Presiden Perjasa. Intipati yang diperoleh dari pembentangan beliau ini ialah:

1. Cadangan Struktur baru yang beliau nyatakan akan diketuai oleh seorang CEO (Ketua Perkhidmatan Teknologi Maklumat) dengan tiga orang dibawahnya iaitu CIO (Chief Information Officer), CTO (Chief Technical Officer) dan COO (Chief Operational Officer).

a. Dibawah CIO, bidang yang diliputi adalah:
i. Strategy and policy
ii. Portfolio and Programme Manangment
iii. ICT Consultancy
- Strategic
- Planning
- Technical
iv. Knowledge Managment

b. Dibawah CTO, ia meliputi
i. Solution Development
ii. Services Managment
iii. Business Continuity Mangment
iv. Research

c. Dibawah COO pula,
i. Human Capital Development & Managment
ii. Financial Managment
iii. Public ICT Procurement

2. Pelan Tindakan untuk menjayakan perancangan ini meliputi:

Penubuhan entiti baru - ICTN. Proses penubuhan ICTN meliputi
- GCIO sebagai KPICT
- Pemindahan sektor ICT MAMPU & Pasukan Perunding ICT Sektor Awam ke ICTN
- Pemindahan fungsi pengurusan sumber manusia gunasama PTM JPA ke ICTN
- Pemusatan perjawatan PTM ke ICTN dan penempatan dikekalkan di organisasi asal

Dari aspek tempoh masa, sasarannya adalah seperti berikut:

2012
- Pemusatan/gabung khidmat ICT Agensi-agensi ke Kementerian-kementerian. Sebagai contoh, katakan Kementerian A mempunyai 10 agensi, semua agensi berkenaan khidmat ICT akan dipusatkan di Kementerian tersebut. Ia akan bermula tahun ini. Jumlah data center juga akan dikecilkan dari 700++ menjadi enam sahaja.

- Gabung khidmat ICT di JPA

2013
- Penstrukturan semula ICTN berdasarkan fungsi
- Pemindahan perkhidmatan & personel PTM aensi terpilih ke ICTN

2014
- ICTN sebagai sebuah BADAN BERKANUN

Itu merupakan intipati kepada pembentangan pertama.


Pembentangan kedua disampaikan oleh Encik Syahmi Yusuf dari JPA. Tajuk pembentangan ialah Pembentangan Pelan Strategik Skim F 2012-2020. Initipati pembentangan beliau adalah seperti berikut:

Diperingkat awal, diceritakn senario semasa Skim F dengan kedudukan perjawatan seperti berikut:

Perjawatan 10,438 - Pengisian 10,114

JUSA/KHAS - 25 (isi 31)
PTM - 2,495 (isi 2,369)
PPTM - 2,778 (isi 2,617)
JTK - 5,140 (isi 5,097)

a. Matlamat utama Pelan Strategik ini diperkenalkan adalah untuk melahirkan PTM yang profesional, kompetan dan berketerampilan selaras dengan SBPA yang mahu ICT menjadi RAKAN STRATEGIK transformasi Perkhidmatan Awam.

b. Pelan Strategik ini menekankan kepada tiga aspek utama:
i. Menetapkan halatuju yang dinamik
ii. Menguruskan modal insan ICT terbaik
iii. Membangunkan modal insan yang berdaya saing

c. Sebanyak sebelas strategi telah digariskan dalam pelan strategik ini:
1. Strategi mengukuhkan perjawatan dan organisasi
2. Strategi pengambilan
3. Strategi penempatan
4. Strategi kemajuan kerjaya
5. Strategi latihan
6. Strategi peningkatan peranan dan profesionalisme
7. Strategi peningkatan kompetensi & kepakaran
8. Strategi pembangunan kepimpinan & pelan penggantian
9. Strategi pengurusan prestasi
10. Strategi kesejahteraan pegawai
11. Strategi keluar perkhidmatan

Penjelasan mengenai sebelas strategi ini ada baiknya kita nantikan slaid pembentangan yang akan dikeluarkan oleh MAMPU memandangkan agak rumit untuk saya terangkan di dalam ruangan ini :)


Pembentangan ketiga disampaikan oleh wakil FT dengan tajuk Pembentangan Pelan Strategik Hala Tuju Juruteknik Komputer 2012-2020. Secara ringkasnya, saya dapat simpulkan 90% dari pembentangan beliau menyamai dengan apa yang disampai oleh pembentang kedua.


Sesi seterusnya dibuka untuk soal jawab dan saya menjadi orang pertama yang mengemukakan pandangan kepada ahli panel. 

1. Secara peribadi saya merasa musykil mengapa di dalam struktur yang dicadangkan tidak dimaksukkan sektor komunikasi. Sedangkan jika kita menterjemah ICT, ia membawa maksud teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru, saya mencadangkan agar diwujudkan satu lagi cabang di bawah CEO selain CIO, CTO dan COO iaitu CCO (Chief Communication Officer). Ia juga akan membuka peluang untuk pertambahan jawatan dan kenaikan pangkat.

2. Saya juga mencadangkan agar di dalam struktur organisasi dimasukkan bidang merapatkan jurang digital (digital divide). Ini kerana tidak ada gunanya kita menyediakan sistem yang canggih tetapi masyarakat luar bandar tidak dapat mengaksesnya malah tidak tahu menggunakan komputer. 

Bagi kedua-dua pandangan saya ini, Dr Aliah tidak menjawabnya dan sekadar memaklumkan ia akan dibawa untuk perbincangan seterusnya :)

Soalan-soalan seterusnya yang dikemukan berkisar kepada peluang kenaikan pangkat dan gaji yang melanggar dinding. Semua ini telah dijawab oleh panel dari bahagian saraan. Juga yang menariknya, Dr Aliah memaklumkan wujudnya satu Tabung Wang Amanah yang akan digunakan sebagai ganjaran kepada agensi-agensi yang dapat menjimatkan kos pembangunan sistem. Mereka ini akan diberikan ganjaran dalam bentuk latihan kemahiran. Satu pekeliling akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk menjelaskan pelaksanaannya.

Rumusan yang dapat saya berikan hasil dari pertemuan ini ialah semua pegawai perkhidmatan teknologi maklumat harus bersedia dengan perubahan yang bakal berlaku. Amat menarik apabila dicadangkan perkhidmatan ini akan dijadikan sebagai sebuah badan berkanun yang akan menjana pendapatan sendiri. Walaupun mungkin sesetengah di kalangan kita akan merasa gusar apabila tidak lagi bergelar penjawat awam/ kakitangan kerajaan, namun bagi saya, inilah peluang untuk membuktikan bahawa perkhidmatan teknologi maklumat ini adalah catalist dan bukannya sekadar "penyokong" kepada pembangunan negara.

Semoga perkongsian ini berguna kepada rakan-rakan yang tidak sempat menghadirkan diri.

26 ulasan:

  1. Terima Kasih buat En. Mohd Zairi Said atas kesudian berkongsi laporan ini.

    BalasPadam
  2. sama-sama Nas. moga ia bermanfaat.

    BalasPadam
  3. Jadi badan berkanun ? Mcm nk kena buang je semua F nie.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh ada maksud tersirat tu. sebenarnya ada pro ada kontra. tapi tak perlu tergesa-gesa rasanya. 2014 macam nak mengejar sesuatu. takut nanti termampu kita.

      Padam
    2. takut nnt downsizing dan jadi close service..kalo close service,umum tau ssh skit dr segi kenaikan pgkt..adakah kat kementerian/jbtn/agensi lain masih akan wujud golongan F dan FT?

      Padam
    3. rasanya berdasarkan pembentangan aritu memang kita akan jadi close service. maknanya kita dibawah Ketua Perkhidmatan sendiri dan semua diuruskan sendiri. penempatan di kem/jab/agensi lain akan tetap ada mugkin cuma kuantitinya akan lebih kecil sebab majoriti akan ditarik ke agensi yang diwujudkan.

      Padam
  4. salam..ade tak dimaklumkan berkenaan pemberian tangga gaji mengikut kelayakan cthnya:SPM,sijil teknologi maklumat dsbgainya..padahal bidang tugas dan fail meja sama...memandangkan saya yang memiliki sijil elektrik dan elektronik hanya menerima gaji mnggunakan spm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. berkaitan dengan tangga gaji langsung tak dibincangkan sama ada untuk kumpulan pengurusan atau pelaksana. tapi isu itu ada dibangkitkan. saya rasa perkara yang saudara bangkitkan akan dilihat dalam semakan semula SBPA yang sedang dijalankan.

      Padam
  5. Salam, Saya bersetuju dengan cadangan wujudkan CCO kerana sepanjang pengalaman saya, orang IT sering dikatakan lemah dalam komunikasi. But anyway.. communication yang dimaksudkan oleh en zairi dari aspek yg berbeza. Walau bagaimanapun saya tetap sokong pandangan berkenaan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. sebenarnya bukan kita lemah dalam komunikasi, tapi tak "berpeluang" sebenarnya untuk menunjukkan bakat yang besar. baru nak bagi idea, dah kena potong. terbantut la komunikasinya heheh Yup, konteks yang saya maksudkan ialah komunikasi maklumat. Amat mudah jika ia juga berada di bawah kita. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia pun secara automatik akan jatuh di bawah CITN. mudah nak pastikan network sentiasa reliable :)

      Padam
  6. elok sangat PERSATUAN ditukar kpd KESATUAN agar lebih memudahkan urusan gred F.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sangat setuju jika Perjasa, Pesima dan kumpulan FT disatukan di bawah satu KESATUAN yang dapat memayungi para pegawai F. Mungkin boleh letak nama Kesatuan Perkhimatan Teknologi Maklumat Awam Malaysia atau apa saja yang bersesuaian. dah tiba masanya kita bersatu.

      Padam
  7. salam,dalam perbentangan ni sy ada sedikit tanda tnya,mengapa mereka langsung tidak menyentuh soal ft yang bekerja disekolah,ape peluang kami untuk memajukan diri dan profesion kami? seandainya unit ict ditukar ke badan berkanun,bagai mane pl nasib kami yang masih berkhidmat disekolah-sekolah ni,dengan kerja yang menimbun dan bnyk menangung tugas yang diluar bidang kami? sama ada pihak pengurusan sektor ict mengeluarkan kami dari sekolah ni,atau terus biarkan kami menangung tugas yang tidak setimpal dengan jawatan kami? dengan masalah pertukaran yang payah diluluskan sbb xde pengganti.maaf ye encik zairi,sy sekadar bertanya bagi mewakili rakan2 yang berkhidmat disekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusalam. sebagaimana yang dinyatakan oleh Tanpa Nama 16 Jan di bawah, perjumpaan ini memfokuskan kepada hala tuju Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat secara keseluruhannya (F & FT). Hala tuju di sini bermaksud ke mana hendak dibawa Perkhidmatan Sektor Awam dan yang pasti, akan mempunyai seorang Ketua Perkhidmatan sendiri.

      Mengenai skop tugas (F atau FT), tidak dibincangkan secara mendalam. Hanya dinyatakan bidang-bidang yang akan diliputi dibawah CIO, CTO dan COO di bawah organisasi baru.

      Walaubagaimanapun, persoalan di atas telah dibangkitkan oleh wakil FT yang membentangkan kertas kerja. Sesi soal jawab juga ada dibangkitkan perkara berkenaan. Maklum balas yang diberikan Dr Aliah ialah mereka akan mengambilkira perkara berkenaan dalam menetapkan skop tugas FT dalam struktur organisasi baru.

      Padam
    2. dan juga, tak perlu minta maaf. kita berkongsi apa yang boleh dikongsi :)

      Padam
  8. ini menyeluruh mengenai skim f secara total..lebih kepada dasar...perlaksannaannya kite tunggu kelulusan kppa..

    menyentuh soal ft..sila rujuk di sini

    https://www.facebook.com/notes/nik-hafiz-firdaus/copyright-from-che-matt-parang-tajam/193288034103064

    BalasPadam
  9. tuan, terima kasih atas perkongsian link berkenaan

    BalasPadam
  10. Buatlah roadshow...briefing...soal jwb...saya tunggu... :-)

    BalasPadam
  11. baik outsource terus ICT nie kpd private sector .... lagi jimat ..... no more skim F dlm gomen ,,,,

    BalasPadam
  12. Ada update ICTN. A year passed and JPA still soul searching for KPPA.

    BalasPadam
  13. Nanti kita cakap dengan Presiden CUEPEC untuk sama membantu penambahbaikan Skim F ini boss boss lah cakap

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...