Jumaat, 27 Januari 2012

Bayaran pelarasan gaji SBPA pada 31 Januari ini. Ya atau tidak?



 
Thursday, January 26, 2012 12:30

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Dato' / Tuan / Puan

Per : Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Terlebih dahulu mohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang timbul akibat tidak ketentuan / kepastian tindakan terhadap keputusan penangguhan pelaksanaan SBPA ini.

Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah BPOPP bahawa YBhg. Datuk ANM telah diarah oleh YBhg. Tan Sri KSP bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan nanti. 

Bayaran perbezaan yang dijadualkan sebelum ini pada 31 Januari 2012 hendaklah dibatalkan dan adalah menjadi tanggungjawab YBhg. Dato'/Tuan/Puan Pengarah JANM Negeri dan Cawangan termasuk Ketua Akauntan di SAD agar memberi arahan kepada bank-bank untuk membuat stop payment atau mengarahkan bank-bank agar tidak membuat sebarang proses terhadap cek yang telah dihantar untuk bayaran perbezaan ini dengan serta merta. (Cek dan juga EFT)

Sehingga kini, lain-lain perubahan LPC hendaklah menggunapakai skim SSM. 

Sekian, untuk makluman dan tindakan segera YBhg. Dato'/Tuan/Puan. 

Terima kasih. Wassalam.


-- VERSUS --



Thursday, January 26, 2012 12:37 PM

Perlaksanaan Pembayaran Pelarasan Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Persekutuan (PPP) Selain Daripada Kumpulan Premier.

Salam 1 Malaysia,

Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan /Puan,

Adalah saya dengan segala  hormatnya diarah merujuk kepada email daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Putrajaya rujukan ANM.CWp 07/02-21 (18) bertarikh 25 Januari 2012  mengenai perkara di atas.

2.  Jabatan Akauntan Negara Malaysia Putrajaya telah memutuskan pembayaran pelarasan gaji SBPA Pegawai Perkhidmatan Persekutuan (PPP)  Selain Kumpulan Premier akan di bayar pada 31 Januari 2012.

3.  Untuk makluman, bagi PPP yang tidak menerima opsyen SBPA, sebarang pelarasan (jika ada) akan dimaklumkan kemudian.

4.  Sebarang perubahan berhubung perlaksanaan pembayaran gaji SBPA akan dimaklumkan kemudian dan tertakluk kepada arahan semasa.

Sekian, terima kasih.


Notakanan:
Notis pertama (12:30) banyak berlegar di ruangan Internet dan saya tidak dapat memastikan kesahihannya. Notis kedua (12:37 PM) masuk ke inbox saya pada masa yang dinyatakan.

Sekiranya notis pertama benar, adakah ia akan membatalkan notis kedua? Atau notis kedua adalah arahan tekini pihak atasan?

Mana satu keluar dulu dan mana pula yang keluar kemudian? Kebarangkalian penghantarnya lewat memanjangkannya juga boleh memberikan kesan.

Namun yang pasti, bayaran berkenaan akan tetap diperoleh. Cuma tarikhnya belum jelas. Tak dapat 31 Januari nanti, pasti akan dibayar melalui tunggakan kelak.

Dan juga tak perlu bimbang, bukankah KSN telah beri jaminan semakan semula SBPA tidak akan mengurangkan gaji sebagaimana yang ditawarkan/ditandatangani sebelum ini.

Oleh itu, tak perlu pening-pening, tak perlu berhenti berharap. Akan masuk ke akaun jua akhirnya :)

Wassalam.


Kemaskini 27 Januari 2012:
Fri 27/1/2012 10:16 AM

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Y.Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Adalah dengan hormatnya email daripada saya bertarikh 26 Januari 2012 seperti di attachment dan email daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Putrajaya bertarikh 27 Januari 2012 yang disertakan bersama mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2. JANM Putrajaya memaklumkan bahawa bayaran pelarasan gaji pada 31 Januari 2012 dan perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah DITANGGUHKAN sehingga dimaklumkan kemudian. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

Sekian, terima kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...