Kehadiran kira-kira 400 orang pegawai skim Teknologi Maklumat dalam Majlis Perjumpaan bersama TKP (ICT) MAMPU Khamis lalu hanya mewakili 3.95 peratus dari jumlah keseluruhan jawatan yang diisi (10,114 orang).
Walaupun mereka yang hadir mewakili pelbagai Kementerian dan agensi, peratusan yang kecil ini tidak menjamin maklumat-maklumat yang disampaikan pada hari berkenaan akan disebarluas dengan berkesan kepada pegawai-pegawai lain.
Rata-rata pandangan yang saya terima dari para pegawai mengatakan mereka bersetuju untuk Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat ini mempunyai Ketua Perkhidmatan sendiri. Walau bagaimanapun, penerimaan kepada cadangan untuk menjadikan organisasi ini kelak sebagai badan berkanun tidak disambut dengan baik.

