Yang ditunggu-tunggu telah menjelma! Tempahan rumah PRIMA di Presint 11 Putrajaya kini telah dibuka kepada mereka yang berkelayakan bermula 30 September lalu.
Perumahan yang dibangunkan Perbadanan Putrajaya itu mempunyai dua jenis rumah dengan pecahan kuantiti, saiz dan harga seperti berikut:
- 420 unit rumah bersaiz 815 kaki persegi dengan harga RM120,000.00 setiap satu.
- 140 unit rumah berukuran 1,006 kaki persegi berharga RM150,000.00 setiap satu.
Syarat-syarat untuk memohon pula seperti di bawah:
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia 21 tahun ke atas
3. Bekerja ATAU menetap di Putrajaya
4. Pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM 6,000.00
5. Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125)
Pertama kali membaca syarat kelima, saya terasa amat musykil, kenapa perlu dikhususkan kepada pengundi di Putrajaya? Cuba untuk mencari rasionalnya, saya membuka laman web PMO dan menemui jawapan yang diberikan dalam ruangan FAQ.
"PR1MA percaya semangat kepemilikan di kalangan pemilik rumah adalah amat penting, dan PR1MA ingin memupuk semangat ini di kalangan pemilik bukan sahaja terhadap rumah yang didiami malah komuniti di mana mereka tinggal. Pengundi di Putrajaya adalah berkemungkinan besar bermastautin Putrajaya. Dengan memperuntukkan rumah-rumah ini kepada mereka, PR1MA memupuk semangat kepemilikan dan kemasyarakatan yang lebih utuh di kalangan mereka."
Saya berpandangan, penetapan syarat-syarat untuk rumah pertama PR1MA ini amat berkait dengan permohonan YB Raja Nong Chik ketika ucapan aluannya di majlis pelancarannya pada 4 Julai lalu yang meminta agar YAB PM mempertimbangkan agar PR1MA pertama di Putrajaya ini diberikan keutamaan kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang bertugas di Putrajaya. Nampaknya, permohonan berkenaan telah mendapat lampu hijau dari YAB PM :)
Saya percaya, pembangunan-pembangunan PR1MA lain yang bakal dibuka untuk tempahan akan mempunyai syarat yang "lebih terbuka" untuk golongan berpendapatan sederhana di bandar secara umumnya.
Sesuatu yang menarik mengenai PR1MA di Putrajaya ini dan di kawasan-kawasan lain yang akan dibuka tempahannya kelak ialah penentuan mereka berjaya di dalam permohonan ditentukan melalui cabutan terbuka dan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah. Langkah ini pastinya akan memberikan keadilan kepada para pemohon dan menampakkan ketelusan dalam pemilihan mereka yang berjaya.
Berikut merupakan rekabentuk konsep PR1MA di Putrajaya sebagaimana yang dipaparkan pada hari pelancaran. Cantik dan lengkap dengan kemudahan para penghuninya.
Rekabentuk dalaman PR1MA pertama di Malaysia
Kepada rakan-rakan yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan, jangan berlengah lagi, mohon segera melalui laman web Pejabat Perdana Menteri di sini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Oktober 2011 dan cabutan penentuan mereka yang berjaya akan diadakan pada 15 Oktober 2011 di Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya.
Semoga PR1MA di kawasan-kawasan lain akan segera dibuka tempahannya. Ramai yang dah tak sabar menanti.
Notalalu:
080711 Tempahan Rumah PR1MA (Program Perumahan 1Malaysia)040711 Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) untuk Golongan Berpendapatan Sederhana di Bandar
Artikel berkaitan dari BERNAMA:
PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Sebanyak 560 unit pangsapuri di Presint
11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
kini dibuka untuk tempahan.
Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata sebanyak 470 permohonan tempahan telah diterima sejak dibuka pada 30 Sept lalu dan akan berakhir pada 12 Okt ini.
"Proses pemilihan pembeli akan dilakukan secara pengundian dan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah bagi memastikan pemilihan dilakukan secara telus," katanya pada sidang media di pejabat Perdana Menteri di sini Isnin.
Katanya proses cabutan pemohon unit pangsapuri akan dilakukan pada 15 Okt ini.
Abdul Mutalib berkata pemohon yang ingin membuat tempahan haruslah memenuhi syarat kelayakan antaranya warga negara Malaysia berusia 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di kawasan Putrajaya.
Selain itu, pemohon hendaklah mempunyai tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah kasar yang tidak melebihi RM6,000 sebulan, katanya.
Menurutnya pemohon juga terbahagi kepada dua kategori iaitu senarai yang dipanggil yang akan melalui proses saringan dan menunggu.
Beliau berkata permohonan tempahan unit pangsapuri itu terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan tidak terhad kepada hanya penjawat awam.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian unit pangsapuri itu boleh melayari laman web www.pmo.gov.my.
Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata sebanyak 470 permohonan tempahan telah diterima sejak dibuka pada 30 Sept lalu dan akan berakhir pada 12 Okt ini.
"Proses pemilihan pembeli akan dilakukan secara pengundian dan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah bagi memastikan pemilihan dilakukan secara telus," katanya pada sidang media di pejabat Perdana Menteri di sini Isnin.
Katanya proses cabutan pemohon unit pangsapuri akan dilakukan pada 15 Okt ini.
Abdul Mutalib berkata pemohon yang ingin membuat tempahan haruslah memenuhi syarat kelayakan antaranya warga negara Malaysia berusia 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di kawasan Putrajaya.
Selain itu, pemohon hendaklah mempunyai tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah kasar yang tidak melebihi RM6,000 sebulan, katanya.
Menurutnya pemohon juga terbahagi kepada dua kategori iaitu senarai yang dipanggil yang akan melalui proses saringan dan menunggu.
Beliau berkata permohonan tempahan unit pangsapuri itu terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan tidak terhad kepada hanya penjawat awam.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian unit pangsapuri itu boleh melayari laman web www.pmo.gov.my.
it's not fair anywhere...dah la kakitangan kerajaan mudah buat loan lepas tu rumah nie hanya untuk kakitangan kerajaan...nasib pekerja swasta memang tak pernah diendahkan...sebab rasanya rumah2 di Putrajaya pun dah banyak dan semua tu memang untuk kakitangan kerajaan dan yang ini pun hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja...nie la baru btol2 dinamakan kami pekerja swasta merempat di tanah sendiri...boleh pandang dari jauh saja la...
BalasPadamx lh kna faham bekerja di putrajaya....mslah nya kna rumah prima ni org swsta yg ramai dapat
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAgak2 ada peluang tak orang2 yang bukan bekerja dan pengundi di putrajaya untuk membeli rumah pr1ma putrajaya?
BalasPadamDah lama saya tunggu waktu pendaftaran rumah pr1ma putrajaya dibuka. Tapi apabila pendaftaran dibuka, saya sangat kecewa dengan syarat yang ditetapkan.
Saya adalah pekerja swasta kelas pertengahan yang mahu memiliki rumah sendiri. Sekurang-kurangnya berikanlah kuota untuk pemohon yang bukan pengundi dan bekerja di putrajaya untuk memiliki rumah pr1ma ini.
Harap2 next batch, syarat2nya adalah lebih terbuka.
amat kecewa setelah menunggu beberapa bulan.. kerana saya tidak mempunya pendaftaran mengundi di putrajaya dan tidak bermastautin di putrajaya
BalasPadamTanpa Nama 10:59, sebenarnya PR1MA di Presint 11 ini BUKAN KHUSUS untuk kakitangan kerajaan, pekerja swasta juga boleh memohon. hakikatnya, banyak syarikat swasta yang ada di putrajaya. mungkin kerana ia adalah pusat pentadbiran kerajaan, maka kehadiran syarikat2 swasta ini tidak disedari. selain itu, pekerja swasta yang menyewa di putrajaya tetapi bekerja di luar putrajya (contohnya di kl, kajang, bangi dll) juga layak memohon. juga pasangan kepada kakitangan kerajaan yang bekerja di putrajaya tetapi menetap di kuarters, juga layak.
BalasPadamBila dah ada umah baru ar bleh mgundi disana.sy dah pun terpilih ats cabutan.surat sampai untk kemaskini..tapi phujung ditolak...knapa baru sekarang???knapa tak smasa pendaftaran dtolak!!!cakp tak serupa bikin ni msty angkara koroni2kerajaan punya keja!!!
Padamshu & ed,
BalasPadamberdasarkan syarat yang dinyatakan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada yang memenuhinya. walau bagaimanapun saya percaya, permohonan PR1MA yang seterusnya akan menetapakan syarat yang berbeza dan lebih terbuka jika dilihat kepada FAQ seperti di link posting di atas, "PR1MA akan mengumumkan kediaman-kediaman serupa di lokasi-lokasi lain, berserta dengan syarat-syarat kelayakan dan prosedur-prosedur tertentu bagi projek-projek
tersebut, apabila tiba masanya nanti."
untuk senarai projek2 PR1MA yang lain, boleh rujuk posting saya terdahulu. Insyaallah, sebaik saja mengetahui tempahan projek2 berkenaan dibuka, saya akan kongsikan di blog ini.
Sekarang Rumah pr1ma Presint 11 putrajaya kebanyakan isi rumah melebihi RM6000 keatas yang mendapat rumah tersebut. Saya berasa kesal membeli rumah tersebut. disebabkan maintance tinggi bertambah pula sistem berpagar tanpa ada pagar disekeliling kawasan pr1ma. patut nya kita sebagai hak duduk situ boleh bantah. tapi apa daya pengurusan tersebut tidak berfikir orang yang berpendapatan rendah tak mampu bayar maintaince yg di perolehi antara rm130-rm165 sebulan plus dengan sistem berpagar kad kedua yg berharga rm140 sebulan. ada kah rumah pr1ma presint 11 kondominium? rumah pr1ma persint 11 ini kebanyakan orang yg senang duduk situ..
Padamsyarikat swasta ape ye yg ade kat putrajaya?aku keje kat site putrajaya..bleh ke?tp part tempat mengundi tu yg fail..haizz..nk bantu tapi tak ikhlas..len kali tulis laa siap2 ni hanya untuk org2 gov je..!!!
BalasPadam1. Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas
Padam2. Bekerja atau menetap di Putrajaya
3. Pengundi berdaftar di Parlimen Putrajaya (P125)
4. Tidak memiliki lebih dari satu rumah di Malaysia
5. Pendapatan isi rumah (suami + isteri atau bujang) tidak melebihi RM6,000.00 sebulan
SIMPLE jer....so..
Salam Mohd Zairi,
BalasPadamSaya pekerja badan berkanun di Putrajaya tetapi tinggal/menyewa di Puchong (ada juga kwn2 yg berulang dr selayang, rawang, seremban, dsb).. saya pn ada masalah dgn syarat no 5 tu.. saya rasa sepatutnya program ni lebih fleksibel.. sbb sekurang2nya dpt meringankn beban saya dan mereka berulang alik ke Putrajaya utk bekerja.. harap ada kelonggaran utk saya dan mereka yg senasib ni..andai mengikut syarat2 itu shj mgkin golongan tertentu shj yg dpt..
saya dah tanya pd SPR jwpnnya alamat tempat mengundi kene sama dgn ic, xleh ikut tempat keje..since 2002 dah kuatkuasa.. sedihnya..
jgn risau pasal undi tu.. sy sentiasa sokong kerajaan..tp biarlah berpada2 dgn syarat2 yg ditetapkn tu..
Tanpa Nama 12:20, kebanyakan syarikat swasta berada di presint diplomatik dan presint 9. kalau kerja di site putrajaya maknanya boleh. tapi bab tempat mengundi tu memang tak boleh. saya berpandangan ia bukan berniat untuk tidak ikhlas, tapi mengutamakan mereka yang bekerja dan pengundi di putrajaya. kebiasaannya, golongan ini adalah mereka yang masih menyewa atau tinggal di kuarters. tak kira kakitangan kerajaan atau swasta
BalasPadamSalam Tanpa Nama 3:21,
BalasPadamMemang diakui ramai di kalangan rakan yang agak kecewa dengan penetapan syarat kelima berkenaan. walupun demikian, saya merasakan penetapannya hanya untuk PR1MA di putrajaya ini. selainnya, syarat berkenaan mungkin akan disemak semula.
mungkin juga tujuannya adalah untuk mengekalkan pengundi yang berdaftar di putrajaya untuk tinggal di sana. maklumlah, kebanyakan orang yang tinggal di sana akan berhijrah apabila pencen atau berpindah jabatan/balik ke negeri.
untuk alamat tempat undi, ia terkecuali bagi mereka yang mendaftar sebelum 2002. maknanya, mereka yang daftar selepas 2002 perlu mengundi mengikut alamat di IC tetapi mereka yang mendaftar sebelumnya, tidak terikat kepada syarat berkenaan.
phuiii..beribu2 org nak apply umah..umah yg di offer brapa bijik jer..phuiii...
BalasPadamTanpa Nama 8:20, beribu-ribu atau berjuta-juta itu bukan persoalan, yang penting adalah soal kelayakan. kalau ikutkan, tokey balak pun nak rumah PR1MA ni untuk disimpan sementara dan dijual semula. apapun Alhamdulillah ada juga syarikat yang mahu berkejasama dengan kerajaan untuk menjayakan PR1MA. mungkin saudara patut fahami konsep pelaksanaannya dan lihat senarai projek2 yang telah dirancang sebelum phuii sana phuii sini.
BalasPadamSalam...
BalasPadamsaya amat2 menunggukan rumah PR1MA di area Sungai Buloh...ini adalah tanda kerajaan membantu rakyat yang benar2 memerlukan rumah2 macam nie...cume pada saya harap2 tiada birokrasi atau pilih kasih dalam pemilihan siapa yang layak membeli rumah ini dan juga saya sangat2 berharap,kondisi dan material rumah ni berkeadaan baik dan dari segi material yang kalau boleh ada cop SIRIM...kerajaan perlu pantau pembangunan oleh syarikat2 swasta yg membangunkan rumah PR1MA,takot2 baru setahun dua dah retak sana sini,roboh lak sana sini...kadang2 kami faham rumah2 yang banyak defect bukan salah kerajaan,tetapi salah pemaju yang menggunakan bahan yang tiada kualiti....saya berharap sangat ini sangat2 diberi penekanan dalam pembangunan rumah PR1MA...
Saya harap pihak tuan umumkan sesegera yang boleh tentang projek2 rumah PR1MA yang lain...rasa2 area Sungai Buloh bila akan dibina ye?...
mcm mana dr segi pemilihan saiz rumah..kalo nk yg besar cmne?n cmne kita nk tau kita layak atau x utk gi cabutan undi nnt?
BalasPadamSalam Manusia Kerdil, sama-sama kita harapkan agar perkara berkenaan dapat diberikan perhatian.
BalasPadamSebagai makluman, saya tidak bertugas di PMO namun sebagai penjawat awam, Insyaallah saya akan membantu sebarang pertanyaan rakan-rakan pembaca. berkaitan PR1MA di sungai buloh, puan boleh rujuk dalam posting saya terdahulu, ada di dalamnya :) walaupun dijangka lewat lagi akan dibina tapi saya percaya, permohonan untuk membelinya akan dibuka sebelum pembinaannya lagi. dan juga, selepas ini dikhabarkan akan banyak lagi PR1MA akan dimasukkan ke dalam senarai. lebih banyak ia dibina, makin banyaklah rakyat mendapat manfaatnya.
Tanpa Nama 5:13,
BalasPadamdifahamkan kelayakan saiz rumah akan ditentukan melalui jumlah pendapatan isirumah. untuk pengundian, kalau tak pergi pada hari cabutan (15hb) tetapi nama naik, beliau akan tetap diberikan hak untuk membeli rumah berkenaan. ia ada dinyatakan dalam FAQ. untuk semakan status penghantaran, saudara boleh semak di link berikut:
http://www.pmo.gov.my/pr1ma/mycheck.php
bila ye masa cabutan undi..?sebab tidak dinyatakan masa.haye tarikh saja
BalasPadamsalam,bila nak tahu result nombor yundi yang layak?pergi tapi tak sempat nak tengok sampai habis cabutan.macamana nak semak?
BalasPadamTanpa Nama 14 Oktober, saya mohon maaf kerana terlepas pandang soalan saudara sebelum ini.
BalasPadamTanpa Nama 18 Oktober, rujuk posting terkini saya atau di laman web PMO.
Kenapa ada cabutan juga untuk mereka yang telah memiliki rumah. jika rumah PR1MA ini program rumah pertama sepatutnya permohonan utk sesiapa yang telah memiliki rumah terus di tolak. Dahulukan dulu kepada mereka yang masih belum memiliki rumah.
BalasPadambila ye surat rasmi nk dikeluarkan setelah nombor cabutan naik?
BalasPadampada yg dok kate tu kate ni..ape la...sy sndiri pun xdpt..smua pada nsib n rezeki..xyah la kate gov la..dah ada kemudahan cmni, nak blaku adil pun kena gak..kazen sy keja swasta keja kat putrajaya pun xnk apply cz dia tau dia leh dpt rmh len..apalg nak.. kalo yg dok putrajaya keja putrajaya,bole je apply..fhm n buka sikit minda tu .tukar je ic..alamat mgundi..undi terbuka pun salah..kira adil ler kan..kite ni dah dpt kelebihan, nak lebih lg. plz laa bfikir cara open n brtimbg rasa..Pm kita manusia juga..smua org nak rumh sndiri..bkn smua yg dinginkan akan dapt. pasti ada reason..smua kntntuan takdir.(kita xtau)..letih la asyik nak pointg2 ni. manusia x smpurna.gov pun manusia gak. esok lusa mana tau anak2 kita keja gomen,..pastu kita ni mbsar dgn mostly bantuan gomen gak yer..fkir2kan..apa yg ada skg ni..hargai.. kalo xdapat sni, dapat sana lak..kwn sy sndiri ramai keja gomen, xdapat, ni nak kate apa.. saling fhm mmahmi la kita. kata nak 1 msia..so, sisihkan sifat dengki tu.
BalasPadamsetuju.
PadamAssalam.
BalasPadamAlhamdulillah saya dapat beli rumah ni dan dah sain agreement pun. Ramai je kawan2 yg keje gov duduk sini tak dapat. Rezeki saya dapat. Saya percaya semuanya bergantung juga pada rezeki dari Allah. :)
Assalam.
BalasPadamAlhamdulillah saya dapat beli rumah ni dan dah sain agreement pun. Ramai je kawan2 yg keje gov duduk sini tak dapat. Rezeki saya dapat. Saya percaya semuanya bergantung juga pada rezeki dari Allah. :)
saya ini bekerja ..mengundi di putrajaya pun x dapat rumah ini..susah betul nak dapat..sepatutnye bagi lah golongan yang tidak pernah memiliki rumah kerana kesian pada kami ini lansung tiada rumah.yang dah berumur kebanyakan nya semua dah ada rumah.tidak payah lah tamak sangat.bagi lah peluang pada golongan muda2 yang tiada rumah ini.rasa macam x nak mengundi d putrajaya lepas ini kerana tidak dapat keistimewaan lansung....
BalasPadamAlhamdulillah..sye pown dpt..semua 2 rezeki dr Allah...Allah xbg rumah prima 2..mgkn Allah nk bg rumah lg selese..xpyh nk menyalahkn sape2..mse cabutan undi dbuat 2011..sye xdpt...2013 bru dpt call..dpt..syukur..sye rse syarat yg dberi Ade sbbnye..gov ddk kuartes..elaun semua kene tolak..baek beli rumah sndri..bbaloi..yg pndi ckp tp xkaji..jgn la nk memandai2..
BalasPadamnak beli rumah ni bukan just cakap je...saya antara pekerja swasta yg dapat rumah prima p11 nih.dugaan jugak masa dpt rumah ni. sampai tahap nk give up dh. habis jugak around 12.5k utk rumah ni.sebab kena bayar deposit.dan sebab bukan kerja gov kena bayar 10 percent dari pinjaman.belum cerita pergi bank loan rumah ni x de dlm sistem.tapi alhamdulillah Allah permudahkan.nak sesuatu benda bukan semudah cakap dan apply sahaja.bersyukurlah.
BalasPadamsurat dah dapat dah pening plakkkk nak fikir ..............sewa dulu dah 30 tahun sewa baru jadi hak milik ....fikir masak-masak apa akan berlaku dlm waktu tu .....dulu saya beriya-iya bagai nak rak apply dah dapat saya jugak yg beriya-iya pening kepala plakkk dahhh ...........kalo duk kuaters tolak elaun rumah Rm180.00 setiap bulan umur 60 wajib keluar ...rumah prima plakkk bayar tiap bulan Rm 400.00 ( bayar sewa) ..........jadi lebih baik duduk rumah prima and then buat bisness jadi pengasuh kat rumah jaga 3 org dah cukup utk cover bayar sewa bulanan ..........
BalasPadam