Khamis, 29 September 2011

Karya-karya agung Namewee sebelum dan selepas Nasi Lemak 2.0




Nama Namewee bukan lagi asing di negara ini. Beliau terkenal bukan kerana kehebatan berkarya tetapi beliau terkenal kerana keberaniannya, ya, keberanian untuk FU*K sesiapa saja yang dirasakan tidak memuaskan hatinya.

Umum mengetahui Namewee telah menghasilkan sebuah filem yang dinamakan Nasi Lemak 2.0. Beliau menyifatkan Nasi Lemak 2.0 adalah "tanda sokongan" beliau kepada gagasan 1Malaysia. Tapi Namewee terlupa, dua nilai-nilai murni dalam 1Malaysia ialah hormat menghormati dan berbudi bahasa. 1Malaysia tidak ajar orang FU*K sana sini.

1Malaysia berpaksikan Perlembagaan dan Rukun Negara. Rukun Negara ada menyatakan Kesopanan dan Kesusilaan. Adakah FU*K sana sini tu tanda Kesopanan dan Kesusilaan Namewee? Ataupun Namewee sebenarnya tidak tahu pun apa itu Rukun Negara?

Untuk mengenal Namewee dengan lebih "jelas", mari kita selami "Karya-Karya Agung" beliau sebelum dan selepas Nasi Lemak 2.0!



1. Negarakuku


Negarakuku merupakan "Karya Agung" pertama Namewee yang telah melonjakkan namanya di negara ini. Kehebatan karyanya ini adalah atas faktor berikut:

- Menghina lagu kebangsaan dengan menyanyikannya mengikut sedap rentak hati m*k bap*k dia.

- Menghina Polis dengan melahirkan persepsi semuanya menerima rasuah.
sebab polis dahaga nak tunggu rasuah (minit 1:18)

- Menghina azan Subuh bermula dari minit 2:13
ada morning call panggil saya bangun (berlatarbelakangkan gambar masjid)
beberapa buah serentak nyanyi, 
macam sedang nyanyi lagu cinta,
suara macam nyanyi R&B (sekali lagi gambar masjid diletakkan), 
walau kadang suara sampai lari (gambar suasana jamaah di dalam masjid)
juga kadang suara sampai pecah,
ada bunyi macam ayam tapi bangun awal,

- Menghina Bumiputera khususnya Melayu secara pukul rata pada minit 2:47
bumiputera selalu malas tunggu orang tolong,
jika tidak Melayu sampai sekarang minum susu lagi

- Menghina kakitangan kerajaan bermula minit 3:34
kakitangan kerajaan lagi teruk,
buat apa hal pun lambat macam siput malas,

- Menghina wanita Melayu Islam yang bertudung pada minit 3:55
melayu tutup kepala mereka lambat jalan kaki,

dan pelbagai lagi penghinaan yang dapat dilihat dalam klip video yang telah menerima banyak laporan polis itu. Cuma yang terlalu menghairankan saya, apabila Blogger Kickdefella dalam tahun 2008 menterbalikkan bendera Malaysia di dalam blognya, beliau telah didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Bendera Malaysia adalah simbol kedaulatan negara, sama seperti lagu Negaraku! Mungkin agaknya Kickdefella tidak sekreatif Namewee, sebab itu beliau dikenakan tindakan dan Namewee bebas begitu saja.


2. FU*K Pengetua di Johor



Lahirnya karya kedua ini pula berpaksikan kepada isu yang ditimbulkan mengenai tuduhan terhadap seorang Pengetua di Kulai, Johor yang dikatakan telah mengeluarkan ucapan perkauman ketika merasmikan sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah.

Namewee tanpa usul periksa, atas alasan kononnya menentang perkauman, telah FU*K Pengetua berkenaan dan KPM sesuka hati.

Cuma yang janggalnya, Namewee sendiri bersikap perkauman apabila pada minit 1:39 beliau menyatakan You tak baca? Siapa buat Malaysia kaya. Bukankah lirik itu dengan sendirinya cuba menyatakan Cikgu tidak sedarkah orang Cina sedang menguasai ekonomi Malaysia?

Ternyata, krisis nilai yang ada pada Namewee menyebabkan beliau tidak dapat menimbang sesuatu perkara secara rasional. Selepas siasatan dilakukan, rupa-rupanya analogi Pengetua berkenaan di dalam ucapannya telah disalah tafsir oleh para pelajar bukan Melayu, dan juga, ia disemarakkan lagi dengan perselisihan faham di antara seorang guru India dengan Pengetua berkenaan.

"Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proto Saga tersebut kerana saya tetap pemandu." Adakah analogi ini membawa maksud Ah Chong dan Muthu dihalau balik ke China dan India?

Akhirnya, polis dan KPM menutup kes berkenaan kerana ia berpunca dari salah faham. Pengetua berkenaan, guru terlibat, pelajar dan ibu bapa mereka setuju bermaafan akibat salah faham tersebut. 

Tetapi "karya agung" Namewee ini? Terus kekal sehingga ke hari ini dan entah sampai bila untuk ditonton oleh sesiapa saja di seluruh dunia. Di manakah silapnya?


3. FU*K TNB



"Karya agung" ini lahir akibat ketaksubannya untuk FU*K sesiapa saja, pada bila-bila masa, di mana saja, Namewee tidak lagi dapat membezakan di antara BREAKEDOWN dan SHUTDOWN. Dan juga, beliau tidak lagi rasional untuk mengetahui mengapa bangunan TNB perlu ada elektrik ketika di kawasan lainnya tiada elektrik. Kalau bangunan TNB juga tiada elektrik, bagaimana mereka mahu buat kerja?

Walaupun sesetengah pihak melihat keberaniannya ini bagus sebagai tanda pengajaran kepada TNB namun ia sebenarnya bukan saja dilihat memperbodohkan diri sendiri tetapi menampakkan kecelaruan minda yang ada Namewee. Dek kerana BREAKEDOWN dan SHUTDOWN tidak dapat dibeza, pekerja TNB pula yang menjadi mangsa FU*Knya! Entahlah!


4. FU*K UTUSAN


Ini merupakan karya terbaru dan pertama Namewee selepas Nasi Lemak 2.0 ditayangkan di pawagam. Namewee nampaknya sangat tidak rasional dan begitu marah apabila beliau dikritik di dalam Utusan melalui artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee karya Fauziah Arof.

Namewee amat marah dan telah FU*K Fauziah apabila tidak mahu menonton Nasi Lemak 2.0. Sebenarnya, Namewee tidak faham, Fauziah bukan mengkritik Nasi Lemak 2.0 itu tetapi mengkritik dirinya. 

Ya! Dirinya yang pernah menghina lagu kebangsaan, polis, Melayu Islam, seorang pengetua dan TNB. Fauziah mempersoalkan moral Namewee berdasarkan kebiadapannya terdahulu, bukannya mengkritik Nasi Lemak 2.0 itu.

Cuma yang menariknya di dalam karya kali ini, Namewee ada menyatakan pada minit 1:58
you judge orang macam apa? 
bukan tulis syiok sendiri punya, 
you punya certificate dari mana punya, 
longkang aaa?

Sepatutnya, Namewee cermin diri dulu sebelum mengeluarkan kata-kata berkenaan. Mungkin juga gamaknya Nasi Lemak 2.0 tidak mendapat sambutan sebagaimanya yang diharapkan beliau, itu yang dihentamnya Fauziah dan Utusan.


KESIMPULANNYA, isu Namewee bukan isu perkauman. Isu Namewee bukan isu antara Melayu dan Cina. Isu Namewee adalah isu individu, individu yang merasakan dia bebas untuk berbuat apa saja, bebas untuk FU*K orang sana sini. 

Isu Namewee bukan berkaitan kebebasan berkarya dan berbudaya, tapi "karya agung" Namewee amat merbahaya kerana mencemar budaya Malaysia. Budaya Malaysia; Budaya Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan lain-lain yang bersopan santun dan berbudi bahasa tenggelam dek kerana FU*K Namewee yang boleh ditonton di seluruh dunia!

Jika inilah orangnya yang nak diangkat sebagai ikon pengarah filem 1Malaysia selepas ketiadaan Allayarhamah Yasmin Ahmad, saya orang pertama yang akan FU*K penyanjung dan pemberi anugerah tersebut!

Wassalam.

8 ulasan:

  1. kena batang hidung sendiri.. padan muka lu lohhhh

    BalasPadam
  2. tp nmpknya namewee mndpt tmpat di hati menteri JPM dan PM sndri.. namewee pernah jumpa menteri umno dan tidak dikenakan apa2 tindakan..

    BalasPadam
  3. weh, bila namewee jumpa pm? setau aku dia jumpa nazri ja?

    BalasPadam
  4. bila aku kata namewee jumpa PM..? ni PM sokong namewee: http://www.malaysiakini.com/news/177372
    melayu umno kena kelentong lagi, perkasa diam membisu. patriot jadi pak turut..!

    BalasPadam
  5. kah kah kah, patut la bangang kena perbodoh dengan pembangkang, rupanya tak reti nak tafsir laporan kah kah kah. woi bengong, laporan malaysiakini tu petik pm kata, "saya difahamkan...." maksudnya, pm mendapat perkhabaran dari pihak lain. bukannya namewee jumpa pm. kah kah kah. lepas tu, hentam umno, hentam perkasa, hentam patriot. laporan camtu dikait macam-macam. begini nak tadbir malaysia? tuih!

    BalasPadam
  6. kihkihkih.. saudara menampakkan umno ni bodoh tak boleh diajar..

    siapa yang fahamkan pm tu..? siapa 'pihak lain' yg saudara maksudkan tu..? ni aku nak bagitaw..

    1. menteri2 umno yg sokong namewee..aka nazri.. kihkih

    2. penasihat2 media yang baca tentang namewee dan sokong namewee.. ada 11 org penasihat media pm..kihkihkih

    3. orang2 umno yg sokong gagasan 1malaysia dan sokong namewee..

    takkan pm nak keluar statement tanpa rujukan 'pihak lain' yang dekat dgn pm sendiri.. pm percaya rujukan tu la..

    lain kali google la sikit sebelum nk emo bro..kihkihkih..

    BalasPadam
  7. Rakan-rakan pengulas, mohon gunakan bahasa yg mulia. jangan bergaduh tentang namewee. kalau dia baca mau digelakkan kita. sepatutnya kita bersatu untuk mengeji perbuatannya, tapi dilihat dia berjaya pecah belahkan kita. fahamkanlah agenda halus yang tersirat.

    BalasPadam
  8. BUANG KERAKYATAN LAHANAT NAMEWEE NI....MANA PERKASA? TELOR DAH TERCABUT AGAKNYA!!!!

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.