Jumaat, 24 Januari 2014

Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau 2014 pada 15.2.2014 di Pantai Pasir Panjang


Insya Allah pada 15 Februari depan Gabungan Belia Aspirasi Balik Pulau dengan kerjasama Biro Tatanegara Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau 2014. Ia akan diadakan di Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau yakni bersebelahan dengan Kem Bina Negara.

Borang penyertaan boleh diperoleh dari link berikut atau barisan Urus Setia seperti yang dinyatakan di atas:



Berikut intipati penting pertandingan:

Syarat-syarat Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau 2014

  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
  2. Setiap peserta dibenarkan mendaftar seberapa banyak joran yang dimahukan namun hanya dua mata kail dibenarkan untuk setiap joran.
  3. Setiap peserta perlu mendaftar kehadiran di meja Urus Setia pada hari pertandingan sebelum jam 8.45 pagi.
  4. Resit rasmi pembayaran perlu dikemukakan semasa pendaftaran pada hari pertandingan.
  5. Setiap joran yang didaftarkan akan diberikan pelekat berdaftar (sticker) untuk dilekatkan di batang joran. Hanya ikan-ikan yang dinaikkan dengan joran yang dilekatkan pelekat berdaftar akan diberi kedudukan oleh juri.
  6. Pertandingan ini hanya mempertandingkan ikan terberat sahaja. Masa serahan ikan terawal akan diambil kira untuk menentukan kedudukan bagi ikan yang mempunyai berat yang sama.
  7. Para peserta diwajibkan menggunakan kaedah pancing dasar dalam pertandingan ini.
  8. Umpan tiruan tidak dibenarkan sama sekali.
  9. Para peserta tidak dibenarkan memancing dan menaikkan ikan di luar zon yang ditetapkan.
  10. Juri hanya akan memberikan kedudukan kepada ikan yang dinaikkan dalam tempoh pertandingan sahaja iaitu antara tanda bunyi permulaan dan tanda bunyi penamat (9.00 am - 12.00 pm). Tiada masa tambahan diberikan kepada peserta yang menaikkan ikan di luar tempoh tersebut.
  11. Sebarang spesis ikan buntal tidak akan diambil kira dalam pertandingan ini.
  12. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan bagi peserta yang telah mengemukakan Borang Pertandingan namun gagal menghadirkan diri pada hari pertandingan.
  13. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan akan membatalkan penyertaan peserta.
  14. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Nota Tambahan
  1. Para peserta digalakkan menaiki motorsikal ke lokasi pertandingan memandangkan tempat letak kereta yang terhad.
  2. Para peserta dipohon untuk bersama-sama menjaga kebersihan pantai sepanjang pertandingan berlangsung.
     
Tentatif Pertandingan

        8.00 am    Pendaftaran Peserta
        8.45 am    Taklimat Urus Setia
        9.00 am    Pelancaran Pertandingan oleh YB Muhamad Farid Saad,
                        ADUN Pulau Betong
       12.00 pm   Pertandingan Berakhir
       12.30 pm   Ucapan dan Penyampaian Hadiah oleh YB Dato' Seri Hilmi Yahaya
                        Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau
       1.30 pm     Bersurai

Kepada rakan-rakan di Parlimen Balik Pulau khususnya, kalian dijemput untuk sertai. Hadiah menarik menanti.

Wassalam.

1 ulasan:

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...