Selasa, 12 Mac 2013

Teka Silang Kata Warisan Malaysia Siri 3 - Wang tunai RM300 mesti dimenangi

Ramai rakan-rakan pembaca yang tidak lagi sabar untuk menyertai Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3 memandangkan wang tunai untuk pemenang kini berjumlah RM300.00. Jumlah ini adalah hasil terkumpul dari dua siri terdahulu yang tiada pemenang.

Memandangkan hadiah terkumpul telah meningkat, maka Siri 3 ini adalah siri wajib menang atau dengan kata mudahnya, sekiranya selepas tarikh tutup peraduan belum juga ada pemenang maka sesiapa saja yang paling awal dapat memberikan jawapan tepat dengan slogan yang lengkap akan diistiharkan sebagai pemenang peraduan ini.

Bagi makluman rakan-rakan yang baru mengetahui mengenai peraduan ini, ia adalah kolaborasi di antara blog ini dengan Kelab Warisan Malaysia (KERIS).

KERIS adalah badan bukan kerajaan yang bergerak di seluruh negara bagi menerapkan nilai-nilai kenegaraan di kalangan warga Malaysia. Suara KERIS boleh dicapai di suaris.wordpress.com. Ia sentiasa dikemaskini dan banyak membincangkan isu-isu semasa negara sama ada dari aspek sosial, politik dan ekonomi. 

Tarikh tutup Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3 ialah pada 31 Mac 2013 (Ahad). Soalan-soalan bagi Siri 3 ini adalah kekal 100% sebagaimana Siri 1 dan Siri 2. Oleh itu, ia memberi peluang kepada semua rakan pembaca yang telah sertai sebelum ini untuk memperbaiki prestasi masing-masing :-)

Kepada yang belum menyertai Siri 1 dan Siri 2, buktikan anda hanya perlukan satu saja peluang untuk memenangi wang tunai dalam peraduan ini.

Syarat-syarat Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3 ini adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia kecuali ahli Kelab Warisan Malaysia dan keluarga mereka.
  2. Peserta diwajibkan untuk Like page Notakanan di Facebook atau menyertai tapak blog Notakanan di http://notakanan.blogspot.com.
  3. Peserta dikehendaki untuk menjawab dengan tepat 30 soalan mudah yang dikemukakan dan melengkapkan slogan dengan tidak melebihi 20 patah perkataan.
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu borang peraduan sahaja.
  5. Borang penyertaan Siri 3 perlu dihantar melalui emel ke notakanan@gmail.com sebelum jam 12.00 pagi 1 April 2013.
  6. Hanya satu pemenang yang akan dipilih. Beliau akan dihubungi melalui telefon dan emel.
  7. Keputusan peraduan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan oleh penganjur.
  8. Sebarang pertanyaan berhubung peraduan ini boleh dikemukakan secara terus pada ruangan komen blog ini atau di page Facebook Notakanan.

Borang peraduan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 3 dalam format Microsoft Excel boleh dimuat turun melalui dua langkah di bawah:

 1. Klik URL berikut:


 2. Pilih File dan klik Download atau tekan Ctrl + S

Kita mencari pemenang. Selamat mencuba.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...