Memaparkan catatan dengan label Kementerian Sumber Manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kementerian Sumber Manusia. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mac 2013

Penjawat awam kontrak dan sambilan dilindungi PERKESO mulai 1 April


Pengumuman YB Menteri Sumber Manusia mengenai keputusan kerajaan untuk memanjangkan faedah PERKESO kepada kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak dan sambilan mulai 1 April mengingatkan saya kepada seorang rakan yang pernah mengalami kecederaan serius ketika bertugas.

Pada waktu itu, beliau yang berstatus Pekerja Khidmat Singkat telah patah tangannya dalam satu majlis yang sedang berlangsung. Akibat dari itu beliau mengalami kesulitan untuk menanggung kos rawatan pemulihan kerana di hospital kerajaan beliau tidak diiktiraf sebagai penjawat awam.

Akibatnya rakan saya itu memendam saja kesakitan dan kedukaan yang perlu ditanggung. Pihak majikan pula hanya dapat membantu dari kutipan sumbangan ikhlas kakitangan di ibu pejabat.

Jumaat, 16 Mac 2012

Satu Amah, Satu Kerja: Jangan sampai jadi seperti SBPA!


Gila. Itu reaksi pertama saya apabila membaca laporan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star yang memetik laporan BERNAMA bahawa amah dari Indonesia yang akan dibawa masuk ke negara ini bemula dari bulan hadapan akan hanya melaksanakan satu tugas pembantu rumah sahaja. 

Dinyatakan, amah-amah yang akan dibawa masuk ini akan dilatih dalam empat bidang khusus iaitu sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah. Mereka hanya akan menjalankan tugas sebagai "pembantu rumah" dalam bidang yang dilatih sahaja. Tidak lagi multi-tasking. 

Juga, gaji minimum yang perlu dibayar ialah RM 700.00 bagi setiap amah untuk setiap bidang. Demikian menurut kata-kata pegawai dari Indonesia yang bertanggungjawab dalam perjanjian bagi penghantaran amah Indonesia ke Malaysia.

Ini bermakna, sekiranya rakyat negara ini ingin mendapatkan "pembantu rumah" dari Indonesia yang dapat melaksanakan tugas sebenar sebagai pembantu rumah, kita perlu menggaji empat orang amah bagi melaksanakan tugasan yang berasingan. Ia akan menjadikan jumlah gaji yang perlu dibayar sekurang-kurangnya RM 2,800.00. Biar betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...