Memaparkan catatan dengan label Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2011

Pakatan serang Kedai Rakyat 1Malaysia lagi. Siapa di sebalik agenda ini?


Sehari selepas usaha mereka mencipta isu kononnya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menipu rakyat telah dipatahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pakatan Rakyat tampil dengan tiga individu yang sama untuk melemparkan tohmahan terbaru terhadap KR1M.

Menurut laporan Sinar Harian, YB Tony Pua (DAP), YB Nurul Izzah (PKR) dan YB Dzulkefly Ahmad (PAS) mendakwa produk KR1M tidak berkualiti tetapi lebih jahat dari itu, Malaysiakini melaporkan ketiga-tiga ahli parlimen PR itu mendakwa susu segar yang dijual KR1M mempunyai virus E-Coli. Tony Pua mendakwa perkara berkenaan telah disahkan melalui ujian oleh makmal yang dilantik mereka. 

Apa yang menariknya, Pua tidak pula mahu mendedahkan nama makmal yang terlibat apabila didesak wartawan.  Persoalan timbul, adakah mereka benar-benar pasti makmal berkenaan telah mengikuti prosedur yang betul ketika ujian dilakukan? Juga, adakah orang yang mengendalikan ujian berkenaan mempunyai tauliah? Mungkinkah juga mereka sebenarnya telah kawtim terlebih dahulu dengan makmal berkenaan?

Umum mengetahui E Coli adalah virus yang boleh memudaratkan kesihatan sehingga boleh membawa maut. Berita ini pasti akan menyebabkan rakyat akan berfikir beberapa kali sebelum mengunjungi KR1M. Dan ia sudah semestinya akan mengurangkan jumlah pengunjung dan pendapatan KR1M.

Mengulas perkara ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membidas PR kerana tidak mengemukakannya kepada pihak Kerajaan tetapi memilih untuk mencari populariti. Ismail Sabri seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia menyatakan PR sebenarnya "berniat jahat dan berterusan memburuk-burukkan Kedai Rakyat dengan pelbagai fitnah"

Katanya lagi, "Inilah jahatnya pembangkang, apabila kerajaan sediakan alternatif terbaik untuk mendapatkan produk murah kepada rakyat, mereka buat pelbagai cerita bohong. Mereka tidak mahu rakyat beli di kedai yang murah."


Jumaat, 11 November 2011

Benarkah harga barang Kedai Rakyat 1Malaysia mahal dan menipu rakyat seperti dakwaan Pakatan?



Pada 9 November lalu, Pakatan Rakyat melalui YB Tony Pua (DAP), YB Nurul Izzah (PKR) dan YB Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) telah senada mendakwa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menipu rakyat dengan menjual barang pada harga tidak semurah seperti yang diwar-warkan.

Kenyataan mereka ini telah dilaporkan di dalam Malaysiakini dan mengundang komen-komen negatif di kalangan pembaca yang rata-ratanya percaya bulat-bulat dengannya tanpa usul periksa. Berikut merupakan petikan laporan berkenaan:


Selasa, 12 Julai 2011

Astro ingkar larangan Kabinet: Harga tetap dinaikkan bermula 11 Julai!


MENGECEWAKAN!

Itu luahan yang dapat saya nyatakan selepas menerima jawapan daripada Pegawai Khidmat Pelanggan Astro (bernama Liana) bahawa penyelarasan harga Astro (hakikatnya KENAIKAN kepada saya dan majoriti pelanggan) akan tetap diteruskan bermula dari 11 Julai 2011 mengikut surat yang telah diedarkan kepada semua pelanggannya sebelum ini.

Berulang kali saya bertanyakan kepadanya adakah pihak Astro telah mendapatkan kelulusan SKMM memandangkan Kabinet sebelum ini telah membuat ketetapan untuk tidak membenarkan kenaikan harga tersebut.

Jawapan yang diberikan adalah YA, Astro telah mendapat kelulusan dari SKMM! Apabila ditanyakan bilakah kelulusan berkenaan diperoleh, beliau memaklumkan ia sebelum dari 11 Julai lagi.

Bagi mendapatkan kepastian, saya terus menghubungi SKMM di talian 1-800-888-030 dan bercakap dengan Puan Erni. Saya memaklumkannya telah menghubungi Astro dan diberitahu bahawa SKMM telah memberikan kelulusan kepada pihak mereka untuk menaikkan harga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...