Khamis, 11 April 2013

Tuah PRU pertama Perdana Menteri bakal dinikmati Najib 5 Mei 2013?


Sejarah Pilihan Raya Umum di Malaysia menyaksikan individu baru yang dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan individu sebelumnya berjaya memperoleh kejayaan besar dengan mencatatkan kemenangan lebih dari 80% kerusi yang dipertandingkan.

Mari kita imbas secara ringkas satu per satu. 

PRU Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada tahun 27 Julai 1955. PRU ini juga merupakan satu Referendum bagi melihat sejauh mana penduduk Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada 1948 mahu bebas, menjadi sebuah negara yang merdeka. 

PRU 1955 menyaksikan Tunku Abdul Rahman (1957 -1970 : 13 tahun) telah mengetuai Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO, MIC dan MCA menghadapi PRU Pertama menentang parti lawan seperti IMP, PAS, PPP dan juga calon-calon bebas. Perikatan menggunakan logo kapal layar berlatar belakangkan warna biru.

Dalam PRU ini, Tunku Abdul Rahman telah mencatat kejayaan besar seperti berikut:

Jumlah kerusi: 52
Perikatan: 51 (98.02%)
Pembangkang: 1 (1.92%)

--- * ---

PRU 1974 merupakan pilihan raya pertama yang diketuai oleh Tun Abdul Razak (1970 - 1976 : 6 tahun) setelah beliau mengambil alih kepimpinan negara pada tahun 1970. PRU ini merupakan kali pertama Barisan Nasional bertanding dan menggunakan logo dacing dengan pertambahan jumlah parti komponen Perikatan.

Keputusan yang diperoleh Tun Abdul Razak ialah:

Jumlah kerusi: 154
Barisan Nasional: 135 (87.66%)
Pembangkang: 19 (12.34%)

--- * ---

PRU 1978 menyaksikan Tun Hussein Onn (1976 - 1981 : 4 tahun) berjaya meneruskan tradisi kemenangan Barisan Nasional dalam PRU pertamanya dengan memperoleh keputusan berikut:

Jumlah kerusi: 154
Barisan Nasional: 130 (84.42%)
Pembangkang: 24 (15.58%)

--- * ---


PRU 1982 pula Tun Mahathir (1981 - 2003 : 22 tahun) telah mencatatkan kemenangan pertama beliau selaku Perdana Menteri dengan pencapaian berikut:

Jumlah kerusi: 154
Barisan Nasional: 132 (85.71%)
Pembangkang: 22 (14.29%)

--- * ---

PRU 2004 yang dikemudi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003 - 2009 : 6 tahun) merakamkan rekod kejayaan terbesar Barisan Nasional apabila memperoleh kemenangan terbesar dalam sejarahnya. Ini merupakan PRU pertama beliau setelah menerima jawatan daripada Tun Mahathir.

Jumlah kerusi: 219
Barisan Nasional: 198 (90.41%)
Pembangkang: 21 (9.59%)


--- * ---

2009 - kini
PRU 2013 merupakan pilihan raya pertama bagi Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri. 

Jika diimbau semula, terdapat persamaan yang wujud di antara Najib dan bapanya, Tun Razak:

1. Tun Razak menerima jawatan selepas Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan. Najib juga menerima jawatan setelah Tun Abdullah melepaskan jawatan.

2. Tun Razak mengambil alih UMNO dan Perikatan yang lemah selepas gagal memperoleh majoriti 2/3 dalam PRU 1969. Najib juga mengambil alih UMNO dan BN yang lemah selepas gagal memperoleh majoriti 2/3 dalam PRU 2008.

3. Empat tahun diambil oleh Tun Razak sebelum beliau membubarkan Dewan Rakyat dan mengetuai PRU pertamanya. Najib juga membubarkan Dewan Rakyat selepas genap empat tahun pentadbirannya.

Menariknya hasil dari tiga faktor ini, dalam PRU 74, Tun Razak telah menang besar dengan memperoleh 87.66 peratus undi.

Sekali lagi jika kita teliti, kesemua Perdana Menteri sebelum ini memenangi PRU pertama mereka dengan kerusi lebih 80% dari jumlah yang dipertandingkan.

98.02%   -   Tunku Abdul Rahman 
87.66%   -   Tun Abdul Razak 
84.42%   -   Tun Hussein Onn 
85.71%   -   Tun Mahathir 
90.41%   -   Tun Abdullah 

Adakah Najib akan turut memperoleh tuah sebagaimana bapanya dan bekas Perdana Menteri yang lain pada 5 Mei nanti?

Kemenangan BN saya optimis. Namun 80% kerusi, masih ada masa untuk Najib.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...