Isnin, 25 Februari 2013

Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 2 - Menangi wang tunai RM200


Seperti yang dimaklumkan semalam, tiada pemenang untuk Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 1. Justeru, hadiah wang tunai dari Siri 1 dibawa ke Siri 2 yang menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM200.

Bagi mereka yang belum maklum mengenai peraduan ini, ia merupakan kerjasama antara Notakanan dan Kelab Warisan Malaysia (KERIS).

KERIS adalah badan bukan kerajaan yang bergerak di seluruh negara bagi menerapkan nilai-nilai kenegaraan di kalangan warga Malaysia. Suara KERIS boleh dicapai di suaris.wordpress.com. Ia sentiasa dikemaskini dan banyak membincangkan isu-isu semasa negara sama ada dari aspek sosial, politik dan ekonomi. 

Bagi Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 2, tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Mac 2013 (Jumaat). Menariknya, soalan-soalan bagi Siri 1 termasuk slogan dikekalkan sepenuhnya dalam Siri 2. Bagi rakan-rakan yang telah menyertai Siri 1, ini peluang kalian untuk memperbetulkan beberapa kesilapan yang dilakukan sebelum ini. 

Syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia kecuali ahli Kelab Warisan Malaysia dan keluarga mereka.
  2. Peserta diwajibkan untuk Like page Notakanan di Facebook atau menyertai tapak blog Notakanan di http://notakanan.blogspot.com.
  3. Peserta dikehendaki untuk menjawab dengan tepat 30 soalan mudah yang dikemukakan dan melengkapkan slogan dengan tidak melebihi 20 patah perkataan.
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu borang peraduan sahaja.
  5. Borang penyertaan Siri 1 perlu dihantar melalui emel ke notakanan@gmail.com sebelum jam 12.00 pagi 9 Mac 2013.
  6. Hanya satu pemenang yang akan dipilih. Beliau akan dihubungi melalui telefon dan emel.
  7. Sekiranya tiada pemenang dalam Siri 2 ini, wang tunai akan dikumpulkan ke Siri 3.
  8. Keputusan peraduan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan oleh penganjur.
  9. Sebarang pertanyaan berhubung peraduan ini boleh dikemukakan secara terus pada ruangan komen blog ini atau di page Facebook Notakanan.

Borang peraduan Teka Silang Kata Warisan Malaysia @ Notakanan Siri 2 dalam format Microsoft Excel boleh dimuat turun melalui dua langkah di bawah:


 1. Klik URL berikut:


 2. Pilih File dan klik Download atau tekan Ctrl + S

Selamat mencuba.

Wassalam.

3 ulasan:

  1. Assalam...Tuan Zairi..,mohon dipautkan blog saya Uruk agar menjadi Uruk sebahagian dari rakan nota tuan diahalamn notakanan...,mediauruk.blogspot.com...blog ini telahpun dipautkan didalam halaman Uruk....terima kasih tuan notakanan,tuan Zairi.....

    BalasPadam
  2. file corrupt pula di laptop saya . tidak boleh buka. walaupun sudah download.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...