Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH 3.0: Anwar nodai perjuangan A. Samad Said!


A. Samad Said bukan marhaen biasa, beliau sasterawan negara. Sasterawan berjuang di alamnya, dengan cara tersendiri. Sasterawan berjuang dengan pena, puisi dan lenggok susuknya. Saya percaya, "DUDUK, BANTAH", slogan BERSIH 3.0 lahir dari idea beliau. 

Puas saya mencari di ruang maya ini "kelibat" Pak Samad ketika BERSIH 3.0 berlangsung namun wajah-wajah kebobrokan peserta yang menguasai. Mujur terjumpa catatan langsung Malaysiakini pada hari kejadian. Ternyata, Pak Samad melaksana apa yang diperkatakan. Beliau berpegang kepada apa yang dijanjikan. Pak Samad DUDUK, BANTAH pada hari kejadian!

 

Pak Samad tidak perlu ke Dataran Merdeka. Beliau hanya perlu DUDUK, BANTAH sebagai protes terhadap apa yang diperjuangkannya. Pasti Pak Samad menjangkakan mereka yang berada berhampiran Dataran dan lokasi-lokasi yang lainnya juga akan DUDUK, BANTAH sebagaimana yang beliau lakukan.

Ramai di kalangan peserta yang turun pada hari kejadian mengimpikan DUDUK, BANTAH yang aman sebagai simbolik bantahan. Sebab itu jika dilihat dengan paparan-paparan di Youtube dan blog-blog, para peserta yang berada berhampiran dengan Dataran dari awal pagi sehinggalah ke kira-kira jam 2.00 petang berada dalam keadaan terkawal. Mereka benar-benar DUDUK, BANTAH.  

Dapat dilihat terdapat sebilangan peserta yang berpuisi, bersajak, berlakon malah ada yang memberikan bunga kepada polis yang bertugas. Walaupun ada segelintir penyokong BERSIH yang mencerca dan melaung-laungkan slogan yang menghentam kerajaan namun keadaan masih terkawal kerana pasukan polis yang bertugas tidak melayan provokasi yang dilakukan.

MALANGNYA, kehadiran Anwar berhampiran Dataran telah menyebabkan segalanya berubah. Ucapan-ucapan para pemimpin pembangkang telah menghangatkan suasana. Para penyokong yang pada awalnya tertib memenuhi aspirasi Pak Samad untuk DUDUK, BANTAH mula melaksanakan provokasi melampau kepada pihak berkuasa. Puisi, sajak dan lakonan berganti dengan cacian, celaan dan penghinaan. Inilah sebenarnya yang dimahukan Anwar. Demonstrasi yang tertib tidak akan menampakkan "kekejaman" kerajaan. DUDUK, BANTAH hanya akan menampakkan toleransi dan menguntungkan kerajaan. Sesuatu perlu dilakukan. Dataran perlu ditawan!


Dapat disaksikan dengan jelas di dalam video di atas bagaimana Anwar memberikan arahan kepada Azmin agar peserta merempuh masuk ke Dataran. Dua kali Azmin bertanya untuk pengesahan. "Masuk? Masuk?"! Dan kemudiannya setelah mendapat kepastian Azmin mengarahkan seorang lelaki India di sebelahnya untuk memulakan langkah menawan Dataran. Inilah arahan yang dinanti-nantikan oleh para pendemo. Inilah arahan yang menggagalkan DUDUK, BANTAH! Inilah arahan yang mencalarkan maruah Pak Samad!

Bermula dari sini, aspirasi Pak Samad tiada lagi. Para pendemo sudah tidak terkawal. Pasukan polis terpaksa bertindak. Akhirnya pertembungan terjadi. Kebobrokan seterusnya dapat kita ikuti dan layari. Bukan saja kita warga Malaysia, malah seluruh dunia menyaksikan satu lagi titik hitam sejarah negara.

Hakikat bahawa Anwar sebagai punca kegagalan DUDUK, BANTAH tidak dapat dinafikan. Walaupun Ambiga dan para pemimpin (termasuk pendemo) pembangkang melaungkan mereka berjaya, namun luahan hati pendemo BERSIH berikut membuktikan sebaliknya. Beliau marah pembangkang mengambil alih BERSIH 3.0 demi kepentingan politik. Beliau marah Anwar MENGGAGALKAN DUDUK, BANTAH!



Baca pendedahan ini dan bagaimana Anwar dihentam wartawan di Agendadaily


Jelas ternyata Pak Samad tersilap memilih haluan. Tanpa sedar Pak Samad merelakan dirinya dikudakan. Namun apa nak dikata, Pak Samad Sasterawan Negara.

Saya berdoa Pak Samad tak jadi Shahnon Ahmad kedua. Terbuang sendiri dipenghujung usia.

Di akhir nota ini, saya sekadar ingin bertanya, kemana Anwar dan Azmin selepas mereka memulakan durjana? Mengapa mereka tidak ke Dataran bersama? Sesiapa ada jawapannya?

Wassalam.

Notakaki: Video yang dikeluarkan oleh PDRM


8 ulasan:

  1. Sorry,i have no respect for such people as this Pak Samad.This prove how stupid he is and not worth to be sympatized.it is his own doings and clearly a man with own vendetta towards the govt,bukan pejuang bangsa yg sejati.Anyway he has no value in bringing up this nation,only as a man who lost in playing with words!!!sigh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. agree with 1 Mei 9.16 PG. Pak Samad Pak Samad....yang pelik tu kenapa duduk sorang2 tidak bersama para pemimpin bersih yang lain? tak ada ke para penggiat seni yang menyokong aspirasi perjuangan Pak Samad?

      Padam
  2. Opposition party completely hijacked the peaceful assembly!!!

    Anwar & kuncu2 tlh mempergunakan Pak Samad & Bersih sbg kuda tunggang utk kepentingan politik mereka.

    BalasPadam
  3. Kita sokong Bersih utk masadepan rakyat. Bukan utk sokong Anwar Ibrahim yg curi tulang!

    I am a citizen too!!!

    BalasPadam
  4. masih ada manusia yang tidak tahu bahawa bersih sebenarnya-benarnya dirancang olih anwar ibrahim. anwar ibrahim hanya gunakan pak samad dan ambiga bagi mengaburi mata rakyat kerana dia tidak mahu kelihatan bahawa semua hal itu dia yang rancang. dia adalah master plan kepada semua yang berlaku semasa bersih. kenapa pak samad tidak mengadakan sebarang sidang akhbar. bahkan sidang akhar yang dibuat olih anwar tanpa kehadiran orang tua itu. nampaknya orang tua itu telah tidak berguna setelah anwar merampas kuasa dari orang tua itu dalam program bersih. dan itulah yang dia akan lakukan kelak apabila dia merampas kuasa dari kerajaan yang sedia ada. semua mereka yang bersekongkol dengannya tetapi pada pandangannya tidak berguna akan ditendang begitu sahaja. itulah perangainya yang sebenar. bahkan dalam umno pun dia pernah berbuat demikian. ditendang pak lah dan gafar baba demi cita-cita politiknya. manusia seperti inikah yang anda (citizenfarizal) harapkan memerentah malaysia.

    BalasPadam
  5. kalau pilih anwar serupa pilih kerajaan lama jugak lah. Salah sorang pelopor budaya budaya/sistem yg sekarang ni dia pulak claim tak bersih.

    BalasPadam
  6. Dua kali Azmin bertanya untuk pengesahan. "Masuk? Masuk?"!

    Anwar: Bila masuk baru rasa sedap! ;)

    BalasPadam
  7. shahnon ahmad?siapa kamu mahu ckp pasal shahnon ahmad?kamu x tahu apa2 jgn pakai main ckp...saya bertalian keluarga dgn beliau...

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...