Rabu, 28 September 2011

30 September 2011 tarikh akhir permohonan Ujrah! Jangan lepaskan peluang ini!


30 September 2011 (Jumaat ini) adalah tarikh akhir untuk para peminjam PTPTN mengemukakan permohonan pertukaran pinjaman berasaskan faedah kepada pembiayaan yang menggunakan prinsip ujrah. 

Mereka yang memohon untuk pertukaran ini akan menggantikan kadar faedah pinjaman sebanyak 3% kepada upah pengurusan pada kadar 1% (sekiranya layak). Walau bagaimanapun, kadar 1% ini hanya dikira bermula dari baki pinjaman yang ada pada bulan Julai 2008, bukan dari jumlah keseluruhan pinjaman. Jika dikira-kira, ribu-ribu juga yang dapat dikurangkan.

Permohonan ini tidak susah. Tak sampai lima minit. Cuma masuk ke laman web PTPTN untuk memohon pertukaran berkenaan dan kemaskini maklumat peribadi.


Kemudiannya nanti baru PTPTN akan kemukakan tawaran baru melalui emel yang akan memakan sedikit masa. Selepas memperolehnya, peminjam hanya perlu membuat sedikit langkah untuk  membolehkan tawaran ujrah diluluskan.

Buat rakan-rakan yang belum mengemukakan permohonan pertukaran, masuk cepat ke laman web PTPTN di sini. Ia akan berakhir pada Jumaat ini! Yang akan ditutup adalah permohonan, dokumen-dokumennya adalah kemudian nanti.

Jangan lepaskan peluang ini. Kerajaan telah memberi peluang kepada kita untuk kesenangan diri sendiri, jangan pula di sia-siakan. 

Sekadar berkongsi kerana ramai yang buat tidak peduli.

Wassalam.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt,
    trima kasih utk info ni. sy pn sbnrnye keliru tentang tarikh tutup pd 30 sept ni sbnrnye tarikh tutup permohonan & kemaskini maklumat atau tarikh tutup htr dokumen

    BalasPadam
  2. "Peminjam yang telah ditawarkan pertukaran pembiayaan Ujrah dan belum menghantar dokumen perjanjian walaupun telah tamat tempoh sah laku iaitu 90 hari daripada tarikh tawaran adalah dikehendaki menyerahkan dokumen terbabit dengan kadar segera kepada PTPTN. Tempoh penghantaran dokumen dilanjutkan sehingga 30hb September 2011."
    -http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung-

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 4.38, 30hb adalah tarikh tutup permohonan dan kemaskini bagi yang BELUM memohon/mengemaskini.

    edi, betul tu. bagi yang telah ditawarkan, maknanya telah mohon dan kemaskini tetapi belum hantar dokumen dan tarikh sahnya (90 hari dari tarikh mohon) dah tamat, mereka perlu kemukakan sebelum 30hb. ini bermakna, PTPTN telah memberikan kelonggaran kepada mereka yang telah tamat tempohnya.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...