Jumaat, 15 Februari 2013

Tempoh sah rebat telefon pintar RM200 dilanjutkan kepada 3 bulan


Sebagai makluman kepada para belia yang sedang memikirkan untuk menebus rebat telefon pintar, sukacita dimaklumkan pihak SKMM telah memanjangkan tempoh sah rebat berkenaan dari satu bulan kepada tiga bulan mulai 6 Februari 2013.

Selaras dengan perkembangan ini, ruangan Soalan dan Jawapan Lazim (FAQ) bagi soalan 6 turut telah dikemaskini seperti berikut:


Mereka yang telah sedia memohon sebelum 6 Februari juga turut layak menebus dalam tempoh tiga bulan walaupun di dalam slip telah dicatatkan tempoh sah atau luputnya hanya sebulan. Ia adalah secara automatik dan tidak perlu mendaftar semula.

Setakat 6 Februari lebih 440,000 permohonan telah diluluskan. Ini bermakna kira-kira RM88 juta daripada RM300 juta yang diperuntukan bagi pakej komunikasi belia ini. Masih banyak lagi peluang untuk mereka yang berkelayakan memohon inisiatif kerajaan ini.

Semoga ia digunakan sebaiknya.

Wassalam.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum.. mcm mne sy nk knal pasti wakil telco yg trlibat.. masih bntu n agk keliru dlm knteks mudah.. (masih xfham)

    BalasPadam
  2. Waalaikummusalam. Senarai wakil sah telco ada dinyatakan dalam setiap laman web telco yang berkenaan. Untuk link ke telco yang terlibat, saya ada kongsikan dalam artikel 4 Januari 2013, Panduan Permohonan Rebat Telefon Pintar RM200. Baca di sana

    BalasPadam
  3. salam bro cna nk beli gua bru nk beli td tgk3 dia kta da tamat tmpoh aduii....

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.