Selasa, 9 Ogos 2011

6 langkah mudah untuk laporkan group mempromosi murtad di Malaysia kepada Admin Facebook. Mohon laksana dan sebarkan!

Klik pada gambar untuk membaca komen-komen menghina Islam

Pertama sekali saya ingin bertanya, apakah perasaan anda setelah membaca komen-komen di atas? Marah, sakit hati atau tidak berasa apa-apa?

Sebenarnya, itulah "keterbukaan" yang cuba ditonjolkan oleh golongan murtad yang mempelopori usaha untuk mempromosikannya di negara ini melalui Facebook. Saya telah mengulas perkara ini di dalam posting terdahulu.

Hari ini, saya telah menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan PDRM untuk mendapatkan status tindakan mereka terhadap aduan saya mengenai kewujudan group yang mempromosikan murtad ini. 


Jawapan yang diterima dari pegawai SKMM yang bertanggunjawab untuk mengendalikan aduan saya sedikit mengecewakan kerana mereka tidak dapat menyekat group berkenaan berdasarkan kepada URLnya memandangkan tindakan berkenaan akan menyebabkan aplikasi Facebook tersekat sepenuhnya 100% tanpa boleh dilayari langsung di negara ini. Ini disebabkan group, page atau apa saja aplikasi yang ada di dalam Facebook hanya menggunakan satu IP yang sama untuk masuk ke Malaysia. Jika IP itu disekat, semua sekali tersekat.

Walau bagaimanapun, pegawai berkenaan memaklumkan pihak SKMM akan menghantar surat kepada Administrator Facebook agar menutup group tersebut. Namun, keputusan sama ada pihak Facebook mahu menutupnya ataupun tidak, ia terpulang kepada mereka. 

Nampaknya, kita (SKMM/ Malaysia) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat "kebebasan bersuara" yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang mereka. Inilah hakikat sisi negatif globalisasi yang kita terpaksa terima!

Menurut pegawai PDRM dari IPD Serdang yang mengendalikan kes ini pula, pihak mereka telah memanjangkan perkara ini kepada SKMM untuk tindakan lanjut dan PDRM menyiasat aduan ini dalam konteks yang berbeza berbanding SKMM. Memandangkan ia masih dalam siasatan dan tindakan pihak polis, saya tidak akan mengulas lanjut.

Selain mengharapkan tindakan pihak berkuasa, sebagai pengguna Facebook, saya merayu kepada rakan-rakan pembaca sekalian untuk mengambil 6 langkah mudah berikut untuk Report Group berkenaan kepada Administrator Facebook. 6 langkah ini amat mudah dan hanya mengambil masa tidak sampai dua satu minit. Pihak Administrator Facebook akan menutup group berkenaan jika ramai pengguna Facebook yang melakukannya.

Langkah 1
Pastikan anda telah log-in ke akaun Facebook. Klik URL berikut http://www.facebook.com/groups/117676498244829/ untuk ke group bernama Murtads in Malaysia and Singapore.

Langkah 2
Scroll page group berkenaan ke bawah sehingga jumpa perkataan Report Group seperti dalam gambar berikut dan klik perkataan Report Group tersebut.

 

Langkah 3
Selepas paparan seperti di bawah muncul, pilih perkataan Hate speech dan Targets a religious group. Seterusnya klik Continue.


Langkah 4
Selepas paparan seperti di bawah muncul, Check (tandakan) pada kotak ayat Message the administrators of this group dan kotak ayat Report to Facebook.
Seterusnya, klik Continue.


Langkah 5
Selepas paparan seperti di bawah muncul,  Check (tandakan) pada kotak nama Elias Hakimi. Inilah orangnya yang menjadi Administrator group berkenaan.
Seterusnya, klik Continue.


Langkah 6
Selepas paparan di bawah muncul, klik Continue.


Mesej berikut akan muncul sebagai tanda report anda telah dihantar kepada Administrator Facebook dan Administrator Group berkenaan.



Mohon panjangkan kepada rakan-rakan Facebook lain sama ada dengan publish URL blog ini di wall, emelkan kepada mereka, masukkan artikel ini di blog atau apa saja kaedah yang bersesuaian asalkan ribuan pengguna Facebook Muslim yang ada di Malaysia dapat mengambil tindakan ini. 

Semoga sedikit usaha kita ini akan diberkati oleh Allah SWT.

Wassalam.

21 ulasan:

  1. siap..hhiihihi saya dah jalankan kewajipan...

    BalasPadam
  2. terima kasih wawa, mohon panjangkan kepada rakan-rakan yang lain.

    BalasPadam
  3. mohon share artikel ini di blog saya tuan admin...akan saya panjangkan artikel ini kpd followers saya...mendidih hati membaca post dan status di group tuh...ya Allah turunkan lah hidayah mu pada mereka2 yg telah murtad tu...

    BalasPadam
  4. sudah hantar report.mari memperjuangkan agama islam.Allahuakbar

    BalasPadam
  5. Sehina-hina manusia adalah manusia yang menghina.

    Jom lah reramai report. Ni je minimum kita mampu buat. Dan hopefully, it'll make a huge success..
    sukses! sukses! sukses!

    hehe

    \(^^)/

    BalasPadam
  6. I Love Pahang, tak perlu mohon-mohon. Silakan. Terima kasih kerana sudi memanjangkannya di blog anda.

    kembangserii, Loqman & SiXTH SiCK, terima kasih. Jika setiap muslim yang ada facebook di Malaysia melakukan tindakan seperti kalian, pasti group berkenaan ditutup tanpa perlu tindakan pihak berkuasa. Mohon dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain.

    BalasPadam
  7. Ada sebuah grup lg yg wajar kita beri perhatian:

    http://www.facebook.com/groups/22863906024/

    BalasPadam
  8. dah buat report dan publish kat wall fb jugak...sgt sakit hati baca psl ni..semoga kita semua dilindungi Allah swt..

    BalasPadam
  9. Vargatron, agak menghairankan bagaimana mereka itu mengiktiraf diri sebagai warganegara Malaysia sedangkan Rukun Negara pertama yang harus dipegang adalah Kepercayaan kepada Tuhan. Jom report group itu juga :) terima kasih atas makluman.

    RahimiAbdRahim, terima kasih.

    kejora, terima kasih kerana memanjangkan kepada rakan-rakan. semoga kita ditetapkan dengan iman dan Islam. Amin.

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...sy dah bt report...semoga kt dilindungi ALLAH swt...dan ditetapkan iman kita...

    BalasPadam
  11. alhamdulillah, makasih ya coz bgtau cara ni... mmg geram btol dgan golongan mcam 2... moga islam dpat ditegakkan dgan segara dan merka yg terlibat pasti akan dhukum...

    BalasPadam
  12. https://www.facebook.com/groups/22863906024/ (Malaysian Atheists, Freethinkers, Agnostics and their friends) manusia yg rosak dan hendak merosakkan.. sy dh jlnkn tgungjwb... Assalamualaikum...

    BalasPadam
  13. Askum saudara....terima kasih byk2 coz bg info ini....mudah2an mereka akan menerima pembalasan yg setimpal dr ALLAH S.W.T

    BalasPadam
  14. sampai langkah ke-5 sy xdpt nk wat per la sbb dia x kuar senarai admin group..cam ner nk wat?

    BalasPadam
  15. check di ruang nama admin tu Lee Yna pastu submit.

    BalasPadam
  16. diorang create page baru ke ni???? astaghfirullah..
    http://www.facebook.com/MurtadsInMalaysiaAndSingapore

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.