Semalam DAP mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan meminta pawagam di Pulau Pinang tidak menayangkan filem Tanda Putera yang memulakan tayangannya di seluruh negara hari ini. Hanya meminta!
Baca laporan Malaysiakini semalam bertajuk K'jaan PP minta pawagam tak tayang Tanda Putera yang dengan jelas menyatakan, "Exco Kerajaan Negeri, Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, dan oleh itu juga ke atas lesen pawagam, berkata, pihaknya akan mengeluarkan permintaan bertulis hari ini". Ya, hanya meminta!
Hakikatnya, surat yang dikeluarkan semalam adalah surat arahan kepada pemilik pawagam untuk tidak menayangkan Tanda Putera, bukannya satu permintaan! Menariknya ia dibuat secara tergesa-gesa, hingga terlupa nombor rujukan.
Ayuh tafsir secara ringkas surat yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang ini:
Surat ini dimulakan dengan INGATAN kepada para pemilik pawagam di para 2 bahawa lesen perniagaan mereka adalah di bawah bidang kuasa MPPP (baca DAP). Saya lebih suka mentafsir para ini seperti berikut, "Kami ada kuasa untuk batalkan lesen anda!"
Penggunaan kata mula "Oleh itu" di para 3 sebagai lanjutan dari para 2 surat berkenaan dapat ditafsirkan sebagai, "Oleh kerana kami ada kuasa untuk batalkan lesen anda," tuan/puan diarahkan supaya tidak menayangkan Filem Tanda Putera di premis pawagam tuan/puan...
Nampak? Exco kata hanya akan meminta, tapi surat yang keluar adalah surat arahan. Adakah Azman bin Sirun, Pengarah Bahagian Perlesenan berani engkar arahan Exco dan Lim Guan Eng? Beranikah dia?
Hari ini dalam RoketKini, lidah rasmi DAP, dikeluarkan artikel Pulau Pinang Tak Haram Tanda Putera, hanya beri nasihat.
Soalnya, adakah penggunaan ayat tuan/puan diarahkan supaya tidak menayangkan Filem Tanda Putera di premis pawagam tuan/puan... merupakan satu nasihat?
Mengapa tidak menggunakan perkataan "dinasihatkan" dalam ayat berkenaan? Bukankah ia menampakkan sememangnya Bahagian Perlesenan MPPP mahu mengarahkan Tanda Putera tidak ditayangkan?
Ternyata DAP pakar putar belit!
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.