Sabtu, 6 Julai 2013

Solidariti kepada Dr Morsi bertukar menjadi fitnah terhadap TV3 dan Ally Iskandar


Mulai Khamis lalu, heboh di alam maya mengenai dakwaan TV3 telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Dr. Morsi, Presiden Mesir yang digulingkan tentera di negaranya sebagai seorang diktator.

Sejak isu ini dimainkan, page TV3 Malaysia diserang bertalu-talu oleh penyokong PAS, PKR dan DAP. Saya cuba untuk mencari bukti khususnya melalui rakaman Buletin 1:30 dan Buletin Utama namun tidak jumpa.

Akhirnya, rakaman berikut tersebar dan ia dipanjangkan oleh blog-blog pro-Pakatan (Era Pasca misalnya) dan para penyokong mereka:


"Dilakukan ketika proses pilihan raya semasa dan juga perlu demokrasi juga bukan lepas tu lepas tu lepas dilantik terus jadi diktator balik ........"

Setelah menontonya, saya berasa agak sangsi lantas teringat kepada video tahun 2008 yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU12 mengenai rakaman Tun Mahathir yang dikatakan "mengaku" telah menzalimi Anwar Ibrahim.


Ternyata apa yang saya sangsikan itu sangat berasas. Video di atas adalah suntingan daripada video di bawah :

Lihat minit 2:03

"Ada pihak pula ditemubual yang disiarkan di berita mengatakan bahawa memang pelantikan Morsi secara demokratik tetapi apabila memegang tampuk kuasa dia jadi diktator, itu yang mereka tidak suka. Maknanya kalau amalan demokrasi dilakukan ketika proses pilihan raya semasa dan juga perlu demokrasi juga bukan lepas tu lepas tu lepas dilantik terus jadi diktator balik ........"

Nampak kejahatan pihak yang edit video berkenaan?

Jika kita menonton tanpa menyelidiki kebenaran sebenar, pasti akan terpedaya dengan helah yang cuba dimainkan PAS, PKR dan DAP. Modus operandi mereka sejak dulu sama dan tidak pernah berubah. Sunting video agar dapat mengelirukan penonton dan seterusnya memberikan keuntungan politik.

Kali ini dengan menyunting video dia atas, apa yang cuba mereka terapkan di minda penonton ialah TV3, selaku media arus perdana di negara ini, telah melakukan satu kezaliman apabila menggelarkan Dr Morsi sebagai seorang diktator. Ia seterusnya akan mendatangkan kemarahan umat Islam di negara ini dan dengan sendirinya kerajaan Barisan Nasional akan dikaitkan.

Sangat malang apabila TV3 dan Ally Iskandar dipersalahkan sedangkan hakikatnya Ally sekadar membaca keratan akhbar mengenai laporan-laporan mengenai peristiwa di Mesir. Ini adalah rutin biasa dalam rancangan Malaysia Hari Ini setiap hari.

Menyedihkan di kala umat Islam seharusnya bersatu di seluruh dunia bagi menampakkan solidariti terhadap apa yang berlaku di Mesir, ada puak di negara ini yang hanya memikirkan kepentingan politik demi untuk merampas Putrajaya.

Kepada anda yang mungkin telah menyebarkan fitnah ini, sedarlah, kebathilan dan fitnah tidak akan dapat mengatasi kebenaran sampai bila-bila.

Wassalam.

4 ulasan:

  1. Morsi ni bkn diktator tp dia cuma gagal urus tadbir negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..awk duduk gua mana?sy nk join gak..boleh jadi bangang sama2..

      Padam
  2. Yup morsi bukan diktaktor dan dia juga pndai urus negara cuma dia dijatuhkn oleh musuh2 islam iaitu puak sekular mesir!!!

    BalasPadam
  3. aku peduli apa dia diktator ke tak.aku bukan duduk mesir buat apa aku nak ambil kisah hal politik sana?sebab aku pun tak suka orang lain masuk campur hal politik negara ni.pedulikan mereka kerana kita ada kementerian luar negara jika mereka ingin meminta tolong hal politik.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.