Selasa, 11 Jun 2013

Kad transit pintar ganti tiket di Lebuhraya PLUS bermula 18 Jun 2013

Ketika melalui lebuh raya ELITE tengah hari tadi, saya turut diberikan sehelai kertas seperti di bawah sewaktu mengambil tiket.


Rupanya ia adalah makluman pihak PLUS kepada semua pengguna lebuh raya mengenai penggunaan kad transit pintar bagi menggantikan tiket transit yang diamalkan sekarang. Penggunaan kad transit ini akan bermula pada 18 Jun 2013. Bagi mereka yang pernah menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur pasti sudah biasa dengan penggunaan kad sebegini.

Penggantian tiket kepada kad pintar ini tidak memberikan kesan kepada pengguna. Mereka yang membayar tunai seperti biasa akan mengambil kad di plaza tol masuk dan mengemukakan kad di plaza tol keluar. Sama juga seperti penggunaan tiket.

Adakah penggunaan kad pintar di Lebuh Raya Utara Selatan dan ELITE ini akan memberikan alasan untuk PLUS menaikkan harga tol? Sangat tidak releven.

Ini kerana penggunaan kad pintar sebenarnya lebih menguntungkan PLUS kerana perolehannya dilakukan dalam bentuk one-off dan hanya perlu diganti apabila rosak. Berbanding dengan penggunaan tiket yang perlu sentiasa ditempah/dicetak, kos yang ditanggung adalah lebih besar. Justeru, tidak harus timbul polemik tol lebuh raya akan dinaikkan (yang saya jangkakan akan timbul. Maklumlah sekarang musim tiada elektrik!).

Keterangan lanjut mengenai penggunaan kad pintar ini boleh dilayari di laman web PLUS.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.