Isnin, 17 Disember 2012

Kongres DAP, calon PRU Melayu dan feri



Semalam berakhir sudah Kongres DAP ke-16 yang berlangsung selama dua hari di Penang International Sports Arena (PISA) Pulau Pinang. 

Saya tidak berniat untuk memperkatakan mengenai keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang menyaksikan tiada wakil Melayu mendapat tempat. Ia sememangnya telah dijangka. Sejak bila perwakilan DAP memilih wakil Melayu bagi menampakkan semangat "Malaysian Malaysia" atau "Middle Malaysia" yang mereka sendiri utarakan? Penggal lepas, hanya seorang wakil Melayu terlepas dari 20 tempat. Dan sepanjang beliau ada, macam juga tiada. Ada dalam tiada.

Walaupun wakil Melayu tidak mendapat tempat di dalam Jawatankuasa Eksekutif dalam pemilihan kali ini (terpaksa lantik dua orang untuk jaga imej), Guan Eng tetap bertegas untuk meletakkan calon Melayu DAP dalam PRU akan datang. Ini menarik untuk dibincangkan.

Jumaat, 9 November 2012

Dua minggu di Malaysia, warga Amerika peluk Islam


Majlis pengislaman saudari baru ini berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 9 November 2012. Ia disaksikan oleh ratusan jemaah sejurus selepas solat Jumaat.

Menariknya, hanya selepas dua minggu berada di Malaysia, saudari baru ini telah memutuskan untuk memeluk agama Islam. Alhamdulillah, beliau diberikan hidayah oleh Allah di bumi bertuah ini.

Dalam majlis ini juga Fatimah (nama Islamnya), memaklumkan akan tinggal dua minggu lagi di negara ini untuk mempelajari Islam. Ternyata, kesederhaan kita telah membuka hatinya.

Moga Fatimah, kita dan lebih ramai umat manusia terus menikmati nikmat iman dan Islam.

Wassalam.

Khamis, 1 November 2012

Borang BR1M 2.0


Bermula hari ini, Borang BR1M 2.0 boleh diisi secara atas talian atau diperolehi untuk pengisian secara manual daripada laman khas yang diwujudkan oleh pihak LHDN.

Berikut URL laman berkenaan:



Panduan pengisian secara atas talian boleh dicapai di SINI atau alternatifnya di :





Borang BR1M 2.0 manual pula boleh dimuat turun di SINI atau alternatifnya di :




Selamat mengisi  :-)

Wassalam.

Rabu, 31 Oktober 2012

Kenyataan Media BR1M 2.0: Borang boleh dimuat turun mulai esok, 1 November 2012


SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA
(BR1M 2.0)


1. Pada pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2.0) kepada isi rumah dan individu bujang. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.

2. Kriteria penerima BR1M tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah. Sebagai tambahan, pemberian BR1M ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.

3. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tidak berpuas hati dengan perkhidmatan awam? Cadangkan penambahbaikan sebelum 31 Oktober


Sehingga 31 Oktober ini, Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak untuk mentransformasi perkhidmatan awam ke arah yang lebih baik.

Siapa pun anda, orang awam, penjawat awam, pekerja swasta, pelajar, suri rumah atau penganggur sekalipun, gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melihat perkhidmatan awam yang lebih baik diberikan kepada rakyat. 

Marah, kecewa, gembira, berterima kasih atau apa sekalipun pengalaman anda berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan sebelum ini, inilah ruang untuk mencadangkan penambahbaikan.

Kemukakan cadangan anda di laman berikut. Tapi ingat, cadangkan penambahbaikan ya, bukan luahan rasa semata-mata :-)

             http://docs.jpa.gov.my/skmtpa/

Wassalam.

Rabu, 10 Oktober 2012

Pasar Lama Balik Pulau menagih janji YB Yusmadi


Semalam saya ada terbaca di NST Online mengenai cadangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk mengubah wajah tapak Pasar Lama Balik Pulau, yang lebih dikenali sebagai "Market Lama Kongsi" di kalangan penduduk setempat. Artikel berkenaan terus membuatkan saya tersengih sendirian kerana ia mengingatkan saya kepada saudara YB Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau.

Kemenangan Yusmadi pada tahun 2008 sebenarnya memeranjatkan banyak pihak kerana dalam PRU 12 itu, BN melalui UMNO menyapu bersih ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Balik Pulau. Beliau menewaskan seorang calon ternama, Datuk Dr Norraesah Mohamad dengan majoriti 708 undi.

Isu utama yang dimainkan pada ketika itu untuk menghentam Dr Norraesah ialah beliau digambarkan sebagai "orang luar', bukan anak Balik Pulau. Walaupun hakikatnya bekas Pengerusi Bank Rakyat itu anak kelahiran Bayan Lepas dan merupakan salah seorang AJK UMNO Bahagian namun beliau yang lebih banyak menonjol di peringkat Pusat terpaksa akur kepada penolakan bukan saja di kalangan pengundi, bahkan juga di dalam parti sendiri yang mahukan calon "tempatan".

Selasa, 2 Oktober 2012

Senarai insentif untuk Penjawat Awam dalam Bajet 2013


Agak menarik apabila membaca komen-komen di dalam media sosial mengenai Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lalu. Sebagaimana biasa, ada yang pro dan ada yang kontra.

Menariknya dalam Bajet 2013 kali ini, mungkin kerana ia lebih menyeluruh dan kurangnya lompang yang membuka peluang, isu mengenai kadar hutang negara lebih ditekankan oleh pihak yang pro-pembangkang bagi menampakkan sisi negatifnya.

Mungkin data anggaran berikut yang saya petik dari Facebook seorang rakan dapat menambah ilmu kita mengenai kadar hutang negara-negara lain. Menariknya, Jepun yang berada di tangga pertama dengan hutang sebanyak 233.1% daripada KDNK tidak mengalami kebangkrapan berbanding Greece yang berada di tangga kedua dengan hutang sebanyak 168.2%.

Jumaat, 28 September 2012

Live Bajet 2013 di Notakanan


Berikut merupakan sebahagian daripada intipati secara langsung Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Tekan kekunci F5 atau klik pada tajuk posting / NOTAKANAN untuk kemaskini.

- Bajet 2013 merupakan manifestasi Janji Ditepati atas kepercayaan rakyat selama 55 tahun.

- Peruntukan 201.9 billion untuk Peruntukan Mengurus 49.7 billion untuk Peruntukan Pembangunan

- 208.6 billion pendapatan dijangka bagi tahun 2013

- Fokus tingkat taraf hidup rakyat, perbelanjaan berhemah, kurangkan defisit dengan matlamat keseluruhan kesejahteraan rakyat.

- Tema Bajet 2013: Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji ditepati

- 5 fokus utama.

Isnin, 6 Ogos 2012

Negara atasi politik: Wujudkan perspektif positif terhadap Malaysia di luar negara


Baru-baru ini saya berkesempatan untuk berbicara bersama sekelompok mahasiswa bertuah yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Master dan PhD ke luar negara. Salah satu ingatan yang saya sampaikan kepada mereka ialah betapa pentingnya untuk menjaga imej Malaysia ketika mereka berada di perantauan.  Imej Malaysia bermaksud imej diri mereka sendiri, sama ada yang dapat dinilai oleh mata kasar mahupun mata hati. 

Warga Malaysia yang berada di luar negara atas apa kapasiti sekalipun merupakan DUTA KECIL negara, sama ada mereka mahu ataupun tidak. Orang luar, terutamanya yang tidak pernah ke negara ini, akan menilai Malaysia berdasarkan kepada pembawaan dan corak pemikiran yang dipamerkan mereka. Jika baik pembawaan diri dan penceritaan yang disampaikan, maka baiklah persepsi Malaysia di mata orang luar. Jika sebaliknya, maka Malaysia akan dilihat dari sisi yang negatif.

Isnin, 30 Julai 2012

Pekeliling Bonus Raya: Pekerja Sambilan Harian, guru sandaran dan kakitangan kontrak turut nikmati imbuhan


Pada 27 Julai lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memuat naik ke portalnya Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2012 bertajuk Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2012. Pekeliling ini adalah untuk menjelaskan kelayakan dan tatacara pembayaran bonus kepada penjawat awam sebagaimana yang diumumkan oleh YAB PM sebelum ini.

Sebagaimana tahun lalu, syarat-syarat yang dinyatakan tidak jauh berbeza bagi pekerja tetap. Bagi pesara dan Pekerja Sambilan Harian yang bertugas sekurang-kurangnya 30 hari dari 1 Januari hingga 25 Julai, mereka akan menerima RM 500.00. Guru sandaran pula akan menerima kadar mengikut Elaun Bulanannya dan bagi kakitangan kontrak pula, sama ada contract of service atau contract for service, mereka akan menikmati kadar separuh dari gaji terakhir pada bulan Julai. Alhamdulillah, imbuhan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pegawai pada 9 Ogos 2012.

Khamis, 21 Jun 2012

Tanggungjawab berat menanti Ketua Setiausaha Negara baru, Dato' Sri Dr Ali Hamsa


Berkuatkuasa Ahad ini, 24 Jun 2012, seluruh penjawat awam akan dipimpin oleh ketua yang baru, Dato' Sri Dr Ali Hamsa selaku Ketua Setiausaha Negara yang akan menggantikan Tan Sri Sidek Hassan. Dato' Sri Dr Ali, anak kelahiran Kluang, Johor ini merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). UKAS merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menggembling kolaborasi di antara pihak swasta dan kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan negara.

Seiring dengan jawatan baru sebagai Ketua Setiausaha Negara pertama yang dilantik di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib (Tan Sri Sidek walaupun pernah disambung perkhidmatan oleh Najib, beliau mula dipilih sebagai KSN oleh Pak Lah), semestinya tanggungjawab yang dipikul amat berat.

Beliau akan memegang status sebagai "orang kepercayaan Najib paling utama" dalam pentadbiran Perdana Menteri Keenam itu. Apatah lagi beliau dilantik ketika Parlimen bakal dibubarkan bila-bila masa. Ini menjadikan beliau secara tidak langsung memikul harapan besar Najib bagi memastikan rakyat, khususnya penjawat awam, terus menerus memberikan sokongan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan selama ini.

Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH 3.0: Anwar nodai perjuangan A. Samad Said!


A. Samad Said bukan marhaen biasa, beliau sasterawan negara. Sasterawan berjuang di alamnya, dengan cara tersendiri. Sasterawan berjuang dengan pena, puisi dan lenggok susuknya. Saya percaya, "DUDUK, BANTAH", slogan BERSIH 3.0 lahir dari idea beliau. 

Puas saya mencari di ruang maya ini "kelibat" Pak Samad ketika BERSIH 3.0 berlangsung namun wajah-wajah kebobrokan peserta yang menguasai. Mujur terjumpa catatan langsung Malaysiakini pada hari kejadian. Ternyata, Pak Samad melaksana apa yang diperkatakan. Beliau berpegang kepada apa yang dijanjikan. Pak Samad DUDUK, BANTAH pada hari kejadian!

Isnin, 2 April 2012

Memahami maksud Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Bagi menjelaskan pelaksanaan kenaikan gaji kakitangan awam sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB PM pada 8 Mac 2012, JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2012 bertarikh 30 Mac 2012 bertajuk Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatam Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Tajuk pekeliling tersebut sudah cukup untuk menjelaskan bahawa apa yang dinikmati oleh penjawat awam melaluinya adalah kenaikan gaji semata-mata dan ia belum meliputi penambahbaikan terhadap Sistem Saraan Malaysia. 

Melalui pekeliling berkenaan, Jadual Gaji Matriks SSM telah digantikan dengan Jadual Gaji Minimum Maksimum. Ini bermakna tangga gaji tahunan setiap pegawai tidak lagi statik (matriks) sebagaimana sebelum ini.

Contoh Jadual Gaji Minimum Maksimum

Jumaat, 16 Mac 2012

Satu Amah, Satu Kerja: Jangan sampai jadi seperti SBPA!


Gila. Itu reaksi pertama saya apabila membaca laporan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star yang memetik laporan BERNAMA bahawa amah dari Indonesia yang akan dibawa masuk ke negara ini bemula dari bulan hadapan akan hanya melaksanakan satu tugas pembantu rumah sahaja. 

Dinyatakan, amah-amah yang akan dibawa masuk ini akan dilatih dalam empat bidang khusus iaitu sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah. Mereka hanya akan menjalankan tugas sebagai "pembantu rumah" dalam bidang yang dilatih sahaja. Tidak lagi multi-tasking

Juga, gaji minimum yang perlu dibayar ialah RM 700.00 bagi setiap amah untuk setiap bidang. Demikian menurut kata-kata pegawai dari Indonesia yang bertanggungjawab dalam perjanjian bagi penghantaran amah Indonesia ke Malaysia.

Ini bermakna, sekiranya rakyat negara ini ingin mendapatkan "pembantu rumah" dari Indonesia yang dapat melaksanakan tugas sebenar sebagai pembantu rumah, kita perlu menggaji empat orang amah bagi melaksanakan tugasan yang berasingan. Ia akan menjadikan jumlah gaji yang perlu dibayar sekurang-kurangnya RM 2,800.00. Biar betul!

Selasa, 6 Mac 2012

Pindaan SBPA: JPA jangan ulangi kesilapan yang sama!


Khamis ini, 8 Mac 2012, YAB Perdana Menteri akan bertemu dengan warga penjawat awam di Pusat Konvensyen Putrajaya. Dijangka dalam pertemuan berkenaan beliau akan mengumumkan keputusan penting mengenai pindaan SBPA yang telah dilaksanakan oleh pasukan khas yang ditubuhkan untuk meneliti tuntutan-tuntutan dikemukakan oleh penjawat awam khususnya CUEPACS. Tuntutan-tuntutan ini hadir dari ketidakpuasan hati terhadap opsyen yang ditawarkan dalam SBPA.

Saya melihat, kesediaan YAB PM untuk hadir dan mengumumkan sendiri keputusan-keputusan yang sudah dicapai memberikan gambaran bahawa sebahagian besar tuntutan-tuntutan CUEPACS sebelum ini (walaupun mungkin kadarnya separuh) akan dipenuhi. Berita yang dinanti-nantikan ini dijangka akan memberikan kelegaan kepada 1.2 juta penjawat awam.

Disebalik keputusan yang bakal diumumkan oleh YAB PM, tidak kurang pentingnya seperti pengumumam berkenaan ialah kesediaan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tidak mengulangi kesilapan utama mereka ketika mengumumkan pelaksanaan SBPA iaitu gagal untuk menjelaskan intipati SBPA. Inilah jawapan yang sering saya berikan apabila ditanyakan mengenai kelemahan SBPA: "JPA GAGAL MEMBERIKAN PENJELASAN!"

Rabu, 29 Februari 2012

Isu Lynas bakal mengurangkan lagi pelajar jurusan sains di IPT?


Majlis Penyelidikan Sains Kebangsaan pada 30 Januari lalu telah melahirkan kebimbangan mengenai jumlah pelajar aliran sains di IPT yang menunjukkan tren penurunan kemasukan sejak tahun 2007. Antara faktor penyebab kepada situasi ini menurut Prof Dr Halimaton Hamdan (Ahli Majlis) ialah pelajar merasakan pembelajaran bidang sains tidak berbaloi, sukar dan membosankan. Selain itu, kurangnya minat dan anggapan bahawa bidang sains tidak menjanjikan gaji yang lumayan dalam kerjaya juga turut mendorong kepada kemerosotan jumlah pelajar yang memilih aliran sains di IPT.

Berdasarkan kepada senario politik semasa khususnya isu kilang Lynas yang sedang hangat diperkatakan oleh pihak pembangkang, saya berpandangan ia juga bakal memberikan kesan kepada pemikiran pelajar untuk terus tidak memilih pengajian dalam bidang sains sama ada di peringkat sekolah atau IPT. Ini kerana para pelajar melihat elemen-elemen politik telah berjaya menenggelamkan kesarjanaan mereka yang "bergelumang" di dalam bidang berkenaan.

Selasa, 21 Februari 2012

Tuah: Model terbaru Proton 2012. Wajah-wajah Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi!


Proton dijangka akan melancarkan model terbarunya Tuah pertengahan bulan hadapan dan diikuti dengan Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Sebelum ini, Tun Mahathir telah memberi bayangan model-model terbaru ini menyamai kualiti kereta-kereta dari Jepun dan Eropah. Ia juga lebih superior berbanding model-model Proton yang terdahulu. Ulasan penuh Tun mengenainya boleh dibaca melalui blog beliau.

Penggunaan nama  "lima Hang bersaudara"  menampakkan kembalinya identiti kenegaraan Proton yang sebelum ini hilang melalui logo bulan dan bintangnya yang digantikan kepala harimau. Diharapkan model-model ini akan mengembalikan kegemilangan Proton di bawah pentadbiran baru. 

Tuah yang dijangka akan dikeluarkan pertengahan bulan hadapan akan menggunakan enjin Campro 1.6 turbo dan berharga di sekitar RM60,000 hingga RM70,000.

Khamis, 16 Februari 2012

Senyum, tak perlu kata apa-apa :)



Terlalu ramai yang komen gambar di atas melebihi teguran Mufti Perak.
Daripada pemacak bendera sehingga Ketua Umum semuanya tak putus kata.
Semalam, mufti jumpa PM, penjelasan diberikan. Selesai.
 

Gambar-gambar di bawah bagaimana pula? Ada sesiapa nak komen?
Mungkin pemacak bendera boleh mulakan?

Komen saya, senyum sajalah... tak perlu kata apa-apa :)

Khamis, 9 Februari 2012

Karnival Mini-RTC di Kg Jelintoh, Kg Sg. Siputeh, Kg Batu 3 Temoh & Kg Pasir Salak sempena Pelancaran RTC Gopeng oleh YAB PM


Bersempena dengan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre - RTC) Gopeng pada 18 Februari ini oleh YAB Perdana Menteri, empat buah kampung di negeri Perak telah dipilih untuk menganjurkan Karnival Mini-RTC.

Keempat-empat kampung berkenaan ialah:

1. Kampung Jelintoh, Gopeng - 11 Februari (Sabtu)
2. Kampung Sg. Siputeh, Selama - 12 Februari (Ahad)
3. Kampung Batu 3, Temoh - 14 Februari (Selasa)
4. Kampung Pasir Salak - 15 Februari (Rabu)

Karnival Mini-RTC ini akan diadakan di Medan Infodesa di setiap kampung berkenaan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan Karnival ini. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:

Jumaat, 27 Januari 2012

Bayaran pelarasan gaji SBPA pada 31 Januari ini. Ya atau tidak?



 
Thursday, January 26, 2012 12:30

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Dato' / Tuan / Puan

Per : Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Terlebih dahulu mohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang timbul akibat tidak ketentuan / kepastian tindakan terhadap keputusan penangguhan pelaksanaan SBPA ini.

Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah BPOPP bahawa YBhg. Datuk ANM telah diarah oleh YBhg. Tan Sri KSP bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan nanti. 

Bayaran perbezaan yang dijadualkan sebelum ini pada 31 Januari 2012 hendaklah dibatalkan dan adalah menjadi tanggungjawab YBhg. Dato'/Tuan/Puan Pengarah JANM Negeri dan Cawangan termasuk Ketua Akauntan di SAD agar memberi arahan kepada bank-bank untuk membuat stop payment atau mengarahkan bank-bank agar tidak membuat sebarang proses terhadap cek yang telah dihantar untuk bayaran perbezaan ini dengan serta merta. (Cek dan juga EFT)

Khamis, 26 Januari 2012

Batu Uban dan sejarah Melayu Pulau Pinang

Selamatkan Sejarah Batu Uban




Artikel ini dipetik dari Utusan Online dan ditulis oleh DR. A MURAD MERICAN
Beliau ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak.

Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.

Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.

Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.

Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya.

Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.

Sabtu, 21 Januari 2012

Benarkah Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan sudah lapuk?



Ada pihak mengatakan Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan sudah lapuk dan perlu dipinda kerana peruntukan berkenaan dilihat "menyusahkan" golongan homoseksual.

Sebelum menilai, elok dilihat peruntukan seksyen berkenaan:

Seksyen 377 Kanun Keseksaan dalam undang-undang Malaysia adalah berkaitan jenayah seksual luar tabii dan ia dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman berbeza.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Isnin, 16 Januari 2012

Skim Teknologi Maklumat sebagai Badan Berkanun: PERJASA & PESIMA perlu adakan roadshow!


Kehadiran kira-kira 400 orang pegawai skim Teknologi Maklumat dalam Majlis Perjumpaan bersama TKP (ICT) MAMPU Khamis lalu hanya mewakili 3.95 peratus dari jumlah keseluruhan jawatan yang diisi (10,114 orang).

Walaupun mereka yang hadir mewakili pelbagai Kementerian dan agensi, peratusan yang kecil ini tidak menjamin maklumat-maklumat yang disampaikan pada hari berkenaan akan disebarluas dengan berkesan kepada pegawai-pegawai lain.

Rata-rata pandangan yang saya terima dari para pegawai mengatakan mereka bersetuju untuk Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat ini mempunyai Ketua Perkhidmatan sendiri. Walau bagaimanapun, penerimaan kepada cadangan untuk menjadikan organisasi ini kelak sebagai badan berkanun tidak disambut dengan baik.

Sabtu, 14 Januari 2012

KSN beri jaminan semakan semula SBPA tidak akan mengurangkan gaji yang telah ditawarkan


Apabila YAB Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan bagi memberi laluan untuk semakan semula, ramai di kalangan penjawat awam yang merasa "sedikit kecewa" apabila tidak dapat merasa gaji baru pada bulan Januari ini. Ramai juga yang menyalahkan CUEPACS sebagai punca kepada penanggguhan pelaksanaannya.

Sebenarnya wujud dua bentuk reaksi di kalangan penjawat awam apabila keputusan ini dibuat. Pertama, ia diterima dengan gembira oleh mereka yang merasakan kenaikan gaji yang ditawarkan "tidak mencukupi" atau tidak mencapai kadar sebagaimana yang dijanjikan oleh YAB PM (7% - 13%) ketika membentangkan Bajet 2012. Kelompok ini amat mengharapkan semakan semula ini akan memberikan kenaikan gaji mengikut kadar yang dijanjikan.

Khamis, 12 Januari 2012

Intipati Pertemuan TKP (ICT) MAMPU bersama Pegawai Skim Teknologi Maklumat pada 12 Januari 2012


Pagi tadi saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perjumpaan TKP (ICT) MAMPU bersama para pegawai Skim Teknologi Maklumat (F & FT) di Auditorium Kompleks B JPM. Apa yang menariknya mengenai perjumpaan ini, ia merupakan perjumpaan pertama Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat sektor awam dengan pihak atasan. Sejak saya mula berkhidmat pada tahun 2005, rasanya belum pernah pertemuan sebegini diadakan.

Majlis pagi tadi yang dihadiri kira-kira 400 pegawai dimulakan dengan Ucaptama oleh YBhg Dato' Dr Nor Aliah selaku Government Chief Information Officer (GCIO). Mendengar ucapan yang disampaikan oleh Dr Nor Aliah sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan apa akan cuba disampaikan dalam pertemuan ini.  Sesi pembentangan seterusnya hanya menjelaskan apa yang diperkatakannya. Antara intipati penting yang disebut beliau ialah:

Isnin, 9 Januari 2012

Esok (10.1.2012) hari terakhir penghantaran borang BR1M RM500


Sekadar ingin mengingatkan mereka yang layak tetapi belum menghantar borang berkenaan.

Esok, 10 Januari 2012 adalah hari terakhir untuk penghantaran Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500.

Pastikan borang berkenaan dihantar sebelum jam 5.00 petang di mana-mana pejabat LHDN seluruh negara.

Bagi yang belum memperoleh borang berkenaan, ia boleh dicetak di sini:


Jangan lupa, bawa sekali salinan kad pengenalan dan slip gaji bagi yang berkenaan.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban bagi mereka yang berkelayakan.

Wassalam.

Notalalu:
121211 Muat Turun Borang Bantuan RM500 (BR1M) di sini sebagai alternatif kepada portal Perbendaharaan
071211 Talian Hotline Bantuan RM500 telah dibuka & borang permohonan boleh dimuat turun pada 12 Disember

Jumaat, 6 Januari 2012

Jawatan PM: Mengapa mesti dia? Orang lain tidak layak?


Agak janggal apabila Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk melantik PM sementara jika Anwar dipenjarakan sekirannya mereka berjaya membentuk kerajaan pusat dalam PRU13. Jawatan itu akan diberikan kepada Anwar kembali apabila beliau dibebaskan kelak. Macam yang isterinya buat di Permatang Pauh tu :)

Saya tidak pasti sama ada kenyataan yang dikeluarkan Anwar melalui Malaysiakini itu bersifat peribadi atau telah diputuskan sepenuhnya oleh pimpinan tertinggi PR. Namun sebagai Pemimpin Agung PR, semestinya apa yang dibicarakan Anwar akan menjadi polisi gabungan berkenaan.

Jika ditelili kenyataan Anwar itu, ia menampakkan dua pegangan PR utama ketika ini dan ia akan kekal sehingga PRU 13 yang bakal menjelang:

1. Tiada orang lain yang layak untuk menjadi PM melalui gabungan PR. Hanya Anwar yang layak.
Hal ini menunjukkan bahawa PR sebenarnya tidak memperjuangkan isu-isu nasional atau melihat kepentingan negara melebihi kepentingan individu. Ini kerana sekiranya PR benar-benar berpegang kepada apa yang mereka perjuangkan, soal mengenai siapa yang akan menjadi PM tidak seharusnya timbul. Mengapa perlu ada PM sementara yang menjadi boneka untuk mengikut telunjuk Anwar dari penjara? Ke mana Malaysia hendak dibawa?