Selasa, 21 Februari 2012

Tuah: Model terbaru Proton 2012. Wajah-wajah Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi!


Proton dijangka akan melancarkan model terbarunya Tuah pertengahan bulan hadapan dan diikuti dengan Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Sebelum ini, Tun Mahathir telah memberi bayangan model-model terbaru ini menyamai kualiti kereta-kereta dari Jepun dan Eropah. Ia juga lebih superior berbanding model-model Proton yang terdahulu. Ulasan penuh Tun mengenainya boleh dibaca melalui blog beliau.

Penggunaan nama  "lima Hang bersaudara"  menampakkan kembalinya identiti kenegaraan Proton yang sebelum ini hilang melalui logo bulan dan bintangnya yang digantikan kepala harimau. Diharapkan model-model ini akan mengembalikan kegemilangan Proton di bawah pentadbiran baru. 

Tuah yang dijangka akan dikeluarkan pertengahan bulan hadapan akan menggunakan enjin Campro 1.6 turbo dan berharga di sekitar RM60,000 hingga RM70,000.


Berikut merupakan gambar-gambar model konsep berkenaan yang saya petik dari laman web Proton.  Kesemua model dilihat memberikan penekanan kepada "cinta pandang pertama" pelanggan. Satu perubahan yang baik oleh Proton. Secara peribadi saya rasa Jebat yang paling mengancam! Boleh lah berkira-kira nak tukar kereta nanti ya :)

Tuah




Jebat




Lekir





Lekiu




Kasturi






Wassalam. 

3 ulasan:

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.