Jumaat, 16 Mac 2012

Satu Amah, Satu Kerja: Jangan sampai jadi seperti SBPA!


Gila. Itu reaksi pertama saya apabila membaca laporan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star yang memetik laporan BERNAMA bahawa amah dari Indonesia yang akan dibawa masuk ke negara ini bemula dari bulan hadapan akan hanya melaksanakan satu tugas pembantu rumah sahaja. 

Dinyatakan, amah-amah yang akan dibawa masuk ini akan dilatih dalam empat bidang khusus iaitu sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah. Mereka hanya akan menjalankan tugas sebagai "pembantu rumah" dalam bidang yang dilatih sahaja. Tidak lagi multi-tasking

Juga, gaji minimum yang perlu dibayar ialah RM 700.00 bagi setiap amah untuk setiap bidang. Demikian menurut kata-kata pegawai dari Indonesia yang bertanggungjawab dalam perjanjian bagi penghantaran amah Indonesia ke Malaysia.

Ini bermakna, sekiranya rakyat negara ini ingin mendapatkan "pembantu rumah" dari Indonesia yang dapat melaksanakan tugas sebenar sebagai pembantu rumah, kita perlu menggaji empat orang amah bagi melaksanakan tugasan yang berasingan. Ia akan menjadikan jumlah gaji yang perlu dibayar sekurang-kurangnya RM 2,800.00. Biar betul!


Secara logiknya, adalah lebih baik sekiranya amah-amah yang dilatih dalam bidang-bidang khusus ini digaji untuk menjana pendapatan kita (baca majikan). Sebagai contoh, majikan boleh membuka kedai tomyam dan amah yang dilatih sebagai tukang masak boleh diletakkan di sana. Majikan juga boleh membuka pusat asuhan bayi dan kanak-kanak untuk menempatkan amah yang dilatih dalam penjagaan bayi. 

Bagi amah yang dilatih dalam mengemas rumah pula, mereka boleh diarahkan bekerja secara part-time bagi pihak majikan untuk mengemas rumah-rumah pelanggan. Yang menjaga orang tua pula, boleh dibuka tempat jagaan warga tua khususnya di kawasan-kawasan bandar. Semua tindakan ini pasti akan menjana pendapatan kepada pihak majikan. Cuma soalnya, adakah ini hasrat sebenar yang diinginkan oleh Kementerian Sumber Manusia apabila menandatangani perjanjian berkenaan?

Andai benar apa yang dilaporkan oleh BERNAMA dan apa yang diperkatakan oleh pegawai Indonesia itu, ternyata ada sesuatu yang tidak kena di dalam perjanjian yang dipersetujui di antara Malaysia dan Indonesia. Dengan lebih tepat lagi, pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk meneliti intipati perjanjian tersebut tidak mengambil kira kepentingan majikan (rakyat Malaysia) secara keseluruhannya.

Dalam konteks ini, harapnya pihak yang berkenaan, khususnya KSU Kementerian Sumber Manusia tampil segera untuk menjelaskan sama ada benar atau tidak kenyataan yang dibuat oleh pegawai dari Indonesia itu.  

Janganlah sampai terjadi seperti SBPA dimana YAB PM terpaksa campur tangan (dua kali pula!) untuk membetulkan perancangan yang tidak mengikut aspirasi sebenar. Kalau itu berlaku, amat tepatlah keputusan untuk menarik semula gaji kumpulan atasan! 

Wassalam.

3 ulasan:

  1. tak kisah kalau nak minta gaji macam tu...tapi kita kenakan sewa rumah, bayaran bil air dan elektrik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok juga tu. RM 200.00 sewa bilik, RM 100.00 makan minum, RM 100.00 eletrik dan air, RM 100.00 caj perkhidmatan hehehe. dah RM 500.00. :)

      Padam
  2. Mengabis beras je amah2 ni. dah kita dptkn permit.dia lari pula.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.