Rabu, 19 Oktober 2011

Jika BERSIH boleh disokong, mengapa tidak HIMPUN?



Jika perhimpunan haram BERSIH sanggup disokong dan dihadiri, mengapa tidak perhimpunan sah HIMPUN?

Jika kerana kuasa dan undi sanggup diredah FRU, gas pemedih mata dan air longkang, mengapa mengenai akidah mahu pula menjauhkan diri?

Hadirkanlah diri jika berkesempatan. Bagi yang tidak, nyatakanlah sokongan di mana saja anda berada. 

Dan saya, sudah semestinya menyokong penuh perHIMPUNan ini!



Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut: 

  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
     
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik  (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan). 
     
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
     
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
     
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.


Tentatif awal program Himpunan Sejuta Umat: 
  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan  
  • Alunan Asma Ul-Husna  
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan  
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam  
  • Ucapan tetamu utama Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
  • Bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lanjut boleh dilayari di http://himpun.org/ dan fan page Facebook HIMPUN.

Wassalam.

10 ulasan:

  1. insyaallah...

    tapi, rakyat kita lebih suka perhimpunan2 haram jer.. :D

    BalasPadam
  2. klw rakyat suka apa salahnya, selagi tidak menyalahi undang2..

    yg tafsirkan halal@haram tu puak2 umno saja yg boleh..

    jgn lupe.. judi halal pun ada..:D

    BalasPadam
  3. sedikit lagi pandangan sy..

    sepatutnya kerajaan telah lama mengunapakai undang2 islam ini dan menguatkuasakannya..

    dulu ada mufti tangkap ratu cantik, umno pecat..

    ada mufti kata murtad telah lama berlaku sejak 2008, umno kata tipu..

    ada ulamak bg nasihat agama, umno tarik balik tauliah..

    sekarang umno terhegeh2 baru nk himpun sana sini..

    tak logik langsung macam mana sebuah negara islam, pemimpinnya islam, agama rasminya islam, rakyatnya majoriti islam tetapi terpaksa berhimpun untuk memartabatkan islam..

    ini semua kerja umno yg dari dulu, kini dan selamanya menipu rakyat..

    pergilah berhimpun tuan2.. yg penting PRU akan datang umno mesti ditumbangkan..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama 6:32 & 7:04,
    saya faham saudara hanya mampu untuk menyatakan kesalahan tanpa mengemukakan bukti kerana taksub kepada pemimpin idola dan parti pujaan saudara. Jika mahu menyalahkan umno atas perkara2 yang saudara merasakan mereka zalim, ada baiknya pergi menyatakan mengenai perkara berkenaan kepada orang-orang umno. persoalan sama ada umno akan ditumbangkan bukan di tangan saudara, saya atau sesiapa, itu keputusan majoriti rakyat yang akan tentukan. jika saudara percaya umno akan tumbang pada pru13, orang lain pula percaya pr akan hilan kerusi yang ada. jadi, saya sentiasa faham mengapa orang2 seperti saudara telah didoktrin untuk berpolitik 24 jam atas apa saja isu.

    jika saudara tidak berminat untuk menyertai himpun, itu terpulang. kami yang akan sertai akan sentiasa faham, mereka yang kononnya memperjuangkan islam hanya lebih berminat untuk menjaga undi berbanding menjaga akidah. teruskanlah dengan kepercayaan saudara itu.

    BalasPadam
  5. jika tuan tidak tahu bukti2 utk kes2 yg sy telah nyatakan di atas, tuan mungkin baru dlm politik.. tuan mungkin dikelilingi oleh mereka2 yg mengampu umno dan maklumat yg diberikan adakala langsung tidak tepat atau diputarbelitkan..

    tanggapan tuan yg orang2 spt sy 24 jam didoktrin utk berpolitik, saya rasakan kenyataan itu dangkal sekali.. tuan belum memahami gerak hati rakyat untuk berubah. tuan mungkin lupa ramai bijak pandai dalam negara sudah semakin menjauhi umno.. wlwpun mereka menjauhi umno dan masih bekerja dgn kerajaan, mereka ttp menunaikan tggjwb utk rakyat.

    sekali lagi tuan tersilap mengira bahawa org2 spt sy hny digunakan utk menjaga undi drpd menjaga akidah.. ini lgsg tidak tepat sama sekali.. apa yg tuan tahu mengenai jg undi dan menjaga akidah..?

    satu saja sy nk tny tuan.. apakah 'expected output' selepas tuan pergi berhimpun esok..?

    mungkin tuan hendak tahu juga. esok akan ada org umno yg pergi himpun di siang hari, malam harinya berhimpun pula di kelab malam @ pusat2 hiburan.. tuan masih mahukan bukti..?

    BalasPadam
  6. mungkin tuan mahukan sedikit pandangan bernas sebelum perhimpunan di stadium esok:

    bacalah dengan lapang dada dan renung2 kan..:
    http://malaysiakini.com/letters/179328

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama 22 Oktober 12:07 & 12:24,
    kejayaan doktrinisasi yang dibuat dan hegemoni yang ditanam telah menyebabkan saudara mempertahankan pihak2 pencetus tanpa perlu mereka untuk bersuara. sikap menyalahkan umno atas segala perkara adalah jawapan yang cukup tepat untuk menggambarkan hegemoni itu. saudara adalah seperti juga mereka2 yang suka untuk melihat satu titik hitam di atas keras A4 berbanding keputihan yang ada di atasnya. golongan2 inilah yang lebih percaya kepada perbezaan, bukannya titik pertemuan.

    berkaitan dengan artikel berkenaan, itulah juga bentuk psywar yang digunakan ketika perhimpunan bersih diadakan. ada orang peduli? dan sekarang, mereka yang berkejaran membela ambiga mahu pula "mengikut perturan" hanya kerana membaca artikel itu? kelakar bukan? demi undi dan kuasa, orang lain tak boleh, tapi aku boleh? demi menjatuhkan orang, berhimpun haram boleh, pertahan akidah yang sah tak boleh pula. itulah padahnya mahu melihat segala perkara dari aspek politik. hegemoni. oh hegemoni!

    BalasPadam
  8. mungkin tuan boleh mengandaikan ramai orang mempunyai hegemoni mereka masing2..tidak terkecuali juga tuan sendiri.

    apa yg tuan dapat dari himpunan itu? adakah matlamat himpunan itu tercapai? adakah kerajaan pusat akan meminda mana2 akta@peraturan sedia ada yang akan memberi kelebihan kpd islam..? adakah dakyah kristianisasi akan dihentikan..?

    boleh tuan huraikan..? kita berbnicang di sini..khusus utk isu murtad ini.. ke mana selepas himpunan ini..?

    BalasPadam
  9. apa salahnya hegemoni jika ia untuk mempertahankan akidah? jika saudara masih mahu bersikap sinikal silakan, tetapi telah terbukti wujud sekumpulan masyarakat Islam di malaysia yang percaya pentingnya untuk membanteras gerakan memurtadkan orang Islam. Ini baru permulaan. baru fasa pendedahan. outcome atau impaknya akan menjelma dalam fasa seterusnya. terpulang jika masih tidak mahu peduli. yang penting, ada yang peduli. peduli tentang akidah ummah. bukan hanya peduli tentang mendapatkan undi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.