Sabtu, 3 September 2011

PAS sasar 60 kerusi Parlimen: Cukup untuk ganti UMNO?


Angka, nombor atau jumlah sangat penting dalam politik. Kelebihan satu undi cukup untuk memberikan kemenangan seseorang calon dalam pilihanraya. Kelebihan satu kerusi sudah cukup untuk membezakan parti yang menang dan yang kalah. Kekurangan satu sokongan juga boleh melepas satu negeri. Dan juga, satu sokongan boleh menentukan nasib seseorang Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Begitulah secara ringkas kepentingannya dalam politik.

Ketika ini, Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi. Ini bermakna, parti politik yang ingin menjadi kerajaan (sama ada secara tunggal atau campuran) perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi. Mengapa 112? Sebab lawannya, yang akan jadi pembangkang, hanya mendapat 110. Jadi, yang dapat kerusi lebih (atau lebih tepat, yang menang lebih) akan membentuk kerajaan.

Kelmarin, Presiden PAS menyasarkan untuk parti itu memenangi 60 kerusi dalam PRU-13 di Kuala Terengganu. Pengumuman ini mungkin atas keyakinan beliau terhadap maklum balas yang diterima dari penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti UMNO di setiap negeri yang diadakan sebelum ini untuk menarik pengundi Melayu Islam agar simpati kepada perjuangan mereka.

Untuk rekod, dalam PRU 2008, PAS bertanding 66 kerusi dan menang 23 (kalah 43). PKR pula bertanding 97, menang 31 dan DAP bertanding 47, menang 28. Ia menjadikan keseluruhan kerusi PR, 82. 

UMNO melalui BN pula bertanding 117 kerusi, menang 79 (kalah 38) dan parti komponen yang lainnya  bertanding 105, menang 61. BN membentuk kerajaan dengan jumlah keseluruhan 140 kerusi.

Berdasarkan kepada 60 kerusi yang disasarkan oleh PAS, sekiranya PR mengekalkan pembahagian kerusi 2008 dalam PRU-13, agak sukar bagi PAS untuk memenangi 60 dari 66 kerusi yang ditandinginya jika dilihat kepada persepsi semasa.

Walaupun tiada yang mustahil dalam politik, persepsi semasa menampakkan PAS hanya sebagai pelengkap kepada PR walaupun ia merupakan parti paling senior dan berpengalaman berbanding sekutunya.

Isu-isu yang melanda PR sama ada berbangkit atau dibangkit khususnya di Selangor (penjualan arak, pelantikan SUK, pemeriksaan JAIS) menampakkan seolah-olah PAS senantiasa diketepikan dalam pembuatan keputusan.

Atas faktor itu, para blogger pro-BN telah counter attack slogan PAS Ganti UMNO dengan slogan DAP Ganti PAS


Saya berpandangan, sekiranya PAS benar-benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti pilihan utama orang Melayu Islam di negara ini, ia perlu mengetuai PR. PAS perlu bertanding kerusi lebih dari 66, khususnya di kawasan-kawasan Melayu yang dimiliki PKR.

Daripada aspek agihan kerusi Melayu Islam ini, UMNO mempunyai kelebihan berbanding PAS kerana UMNO tidak perlu membahagikan kerusi Melayu Islam dengan parti-parti komponen BN yang lain sedangkan PAS terpaksa membahagikannya dengan PKR. Ia menyebabkan PAS tidak akan berpeluang untuk memiliki kerusi Melayu Islam sepenuhnya sebagaimana yang dinikmati UMNO.

Dalam BN, UMNO dominan. Umum mengetahui, jika BN menang PRU, Presiden UMNO akan dipilih menjadi Perdana Menteri.

Untuk menggantikan UMNO, PAS perlu dominan berbanding DAP dan PKR. Jika ditakdirkan PR menang, Presiden PAS perlu dilantik sebagai Perdana Menteri. Jika itu jaminan yang dapat diberikan, ternyata slogan PAS Ganti UMNO amat bertepatan. Jika tidak, ia tidak lebih dari retorik untuk memancing undi.

Kesimpulannya, persoalan sama ada PAS mampu atau tidak mencapai sasaran memenangi 60 kerusi sebenarnya tidak penting. Apa yang jauh lebih penting ialah adakah PAS sememangnya benar-benar mampu menggantikan UMNO untuk memegang kerusi nombor satu negara?

Apa yang pasti, para pengundi PRU-13 akan memberikan jawapan. Harapnya nanti, janganlah terjadi menang sorak, kampung tergadai. Akibatnya kepada Melayu Islam, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Wassalam.


Notakini:
181111 Kajian Ilham Centre mengenai kepimpinan Melayu Pulau Pinang: The Star melapor, Malaysiakini memanipulasi

Notalalu:
160811 Politik Pulau Pinang: Imbasan Keputusan Pilihanraya Umum 2008 & 2004

31 ulasan:

  1. ringkas dan terbaik...

    BalasPadam
  2. tiada masalah jika PR menang dan tiada masalah sebenarnya untuk perlantikan PM kemudiannya.
    perlantikan PM mesti mendapat perkenan YDPA selaku ketua negara. perkara ini pernah berlaku di Perak, Sultan berhak menolak atau menerima. pastinya Sultan akan memilih yg melayu dan Islam. jika DAP ada calon sekalipun, bg saya tiada masalah selagi PR blh bekerjasama.
    jika DAP menjadi dominan dalam PR,ia tetap memerlukan sokongan PAS dan PKR untuk bergabung. PAS tetap akan ganti umno. masa umno berkuasa pun, hanya kroni2 yg untung. rakyat merana dengan pelbagai kenaikan harga pelbagai barangan yg tidak munasabah.
    harap tuan tidak menulis dengan bias untuk sokongan kepada umno yg semakin tunggang langgang dan menipu rakyat melayu sendiri.
    mungkin ada masa boleh membaca Buku Jingga keluaran PR. umno sedang menelaah buku ni untuk diciplak ideanya.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 3:55, kes di perak dan persekutuan adalah berbeza memandangkan Undang-undang tubuh negeri telah mengetapkan MB Perak mesti Melayu dan Islam sedangkan di peringkat persekutuan, syarat berkenaan tidak diletakkan.
    Saudara perlu membezakan di antara dominan atau mengetuai. Mengetuai tidak semestinya dominan tetapi dominan sudah pasti akan mengetuai, sama ada secara nyata (jawatan PM/MB) atau tidak (proksi). malangnya pak kaduk jadi pak turut...
    saudara membangkitkan mengenai persoalan kroni-kroni umno yang untung ketika mereka berkuasa, bagaimana pula di negeri-negeri tidak bersekutu dengan pusat? Isu kronisma dan nepotisma ini adalah berkait dengan elit-elit yang memegang kuasa. yang berkuasa akan dijatuhkan dan diganti dengan yang menjatuhkannya. tanpa disedari, yang menggantikannya itu pun telah menjadi elit dan membentuk kroninya sendiri. bukankah itu pembalikan yang sama? orang politik sama saja. umno guna Melayu sebagai alat, PAS guna Islam sebagai alat, DAP guna sosialis sebagai alat, cuma PKR sy tak berapa nampak apa yg sebenarnya digunakan sebagai alat. pemain-pemain politik mahu mengekal dan mendapatkan kuasa. walaupun dalam kekangan berkenaan, rakyat mestilah pilih yang memberikan kemaslahatan yang banyak kepada majoriti bukan? dalam konteks itu, saya masih percaya kepada yang ada sekarang. tapi jika ditakdirkan ia tertewas, sy akan hormat walaupun tidak suka, dah pilihan majoriti rakyat. sy janji tak akan kata SPR menyebelahi lawannya. itu sy pasti!
    berkaitan penulisan sy, sama ada bias atau tidak, tuan dan pembaca lain yang menilaikan, terima kasih atas bacaan dan maklum balas. sy hanya melontarkan apa yang dirasa.
    berkaitan buku jingga, sy dah khatam sejak hari pertama dilancarkan. tapi menghairankan, bukankah patutnya PR berbangga umno sedang meniru karyanya, mengapa pula bimbang yang nampak di mata? atau mungkin langkah PM itu sebenarnya mengurangkan isu untuk PRU seterusnya. wallahualam.

    BalasPadam
  4. seperti yg sy katakan, apapun tetap memerlukan perkenan yg dipertuan agong utk perlantikan PM. itu sy pasti yg menjadi kebijaksanaan tuanku.
    istilah dominan dan mengetuai bkn masalah di sini, PAS, DAP dan PKR ttp perlu bergabung untuk membentuk kerajaan sendiri.
    apa yg tuan maksudkan pak kaduk menjadi pak turut..?
    saya rasa tuan boleh gunakan istilah 'wadah' bukan 'alat' untuk menceritakan Islam teras perjuangan PAS. bagaimana pula dengan umno..? apa 'alat' untuk survival mereka..?
    saya setuju dengan tuan, supaya rakyat memikirkan kemaslahatan yg banyak kpd majoriti, bkn hny untuk kroni2 untuk mengembongkan perut spt yg berlaku kpd khir toyo skrg..
    mcm mana tuan nak kata sy bimbang tntg idea dlm buku jingga diciplak oleh umno..?
    sy tak bimbang, tp klw dah idea PR tu, bglah kredit skit, tp umno nampaknya terus berada dlm state of denial sampai skrg. contohnya isu ISA..

    BalasPadam
  5. 60 kerusi nak ganti umno apanya? pas ni tau tak kerusi parlimen ada berapa?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama 11:14, betul perkenan YDPA diperlukan untuk pelantikan PM tetapi jika wakil DAP lebih ramai dan mendominasi PR serta mengemukakan calon mereka sebagai PM, adakah YDPA akan menolak? perkenan YDPA pun perlu menuruti kehendak majoriti dewan (atau lebih tepat yang mendominasi)! bukan hanya mengikut kemahuan baginda. kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan, bukan berkuasa mutlak.

    apabila PAS, DAP dan PKR bergabung itulah persoalan mengetuai dan dominasi akan muncul. jika PAS dapat membentuk kerajaan tunggal, persoalan berkenaan tidak lagi berbangkit tetapi apabila mereka bergabung, ia amat penting. macam gabungan BN juga, persoalan berkenaan amat penting. sebab itu sy nyatakan, jika PAS benar mahu menggantikan UMNO, mereka perlu dominan di dalam PR! sama ada mahu menjadi ketua atau tidak itu terpulang, tetapi mereka perlu dominan. bukan soalnya UMNO boleh dikalahkan atau tidak. boleh, jangan kata tidak boleh. kerajaan Islam Madinah bisa jatuh, inikan pula demokrasi. cuma soalnya dalam hari ini, mana yang terbaik dari pilihan yang ada.

    cuba saudara google perkataan pak kaduk. fahami penceritaannya. bukankah malang kalau pak kaduk (yang lurus bendul itu) menjadi pak turut!

    mungkin istilah alat itu sukar difahami oleh saudara. sy gunakan istilah "tools" agar nampak lebih ringan. macam yg sy nyatakan sebelum ini, pas gunakan Islam sebagai toolsnya untuk mencapai matlamat politik. umno gunakan Melayu sebagai tools. dap guna sosialis, pkr terlalu banyak tools hingga sukar nampak yg satu. jika saudara ingin menggunakan "wadah" untuk menggambarkan "tools" yang digunakan parti-parti politik, mungkin boleh juga, tapi sy rasa agak kurang tepat.

    saudara apabila menyebut kroni-kroni sering melihat di sebelah pihak sahaja. tidakkah saudara sedar kroni-kroni elit PR juga dilantik untuk memegang jawatan di GLC-GLC, anak-anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri. bukankah itu faedah yang diperoleh elit politik apabila mereka menjatuhkan elit politik yang sedang berkuasa? orang politik sama saja!

    mungkin bukan saudara tetapi ramai di kalangan penyokong2 PR yg marah kerana PM kononnya meniru buku jingga dan langsung tidak bagi kredit. pada saya, itu lumrah dalam politik. sebagai contoh, adakah kerajaan PP pimpinan LGE memberikan kredit kepada kerajaan pusat apabila pelaburan di PP meningkat hasil dari inisiatif yang diambil oleh MITI, MIDA dan SMECorp untuk menarik pelabur ke sana? setiap bulan agensi2 pusat mempromosi Malaysia di luar negara. jadi, adakah menjadi kesalahan LGE tidak memberi kredit kepada PM atas kemasukan pelabur itu? :) orang politik sama saja!

    sedikit lagi mengenai buku jingga khususnya ISA yg saudara bangkitkan, sy cuma nak mengimbas semula, PM berjanji untuk mengkaji semula ISA ketika ucapan pertama beliau sebagai PM pada 3 April 2009 sedangkan buku jingga dilancarkan pada Disember 2010. mungkin ilham buku jingga tu mengambil hasrat PM gamaknya. wallahualam.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama 11:14, saya rasa PAS sememangnya tahu, cuma mereka melonggarkan prinsip untuk menjatuhkan BN. ia biasa dalam politik yang serba kemungkinan.

    BalasPadam
  8. baiklah tuan, apa nama nak digunakan sekalipun kita masing2 faham apa maksudnya.. klw sy terus pertahankan lg 'wadah' tu, gamaknya lagi byk istilah2 baru tuan akan keluarkan.
    di akhir komen di atas, tuan nampaknya menggambarkan orang2 politik ini sama saja.. tak kira BN atau PR.. tuan setuju dengan kenyataan saya ini..?
    bg saya adalah tugas pusat untuk membantu negeri2 lain di bawah naungannya, samada dalam bentuk promosi dan pemberian dana. sy tak pasti benarkah LGE tak bagi kredit ke tidak, tapi baru2 ini nampaknya LGE ada bersama PM dalam majlis bersama rakyat di PP. tapi saya pelik sikit dengan umno ni.. kenapa kelantan yg hampir 100% melayu tidak dibantu dalam bentuk royalti dan lain2 yg sesuai dengan umno sebagai parti melayu terkuat di malaysia dan menggunakan 'tools' melayu sebagai agemda perjuangnnya.. malah dianaktirikan dgn pelbagai karenah dan alasan, termasuk oleh menteri2 umno dari kelantan sendiri.
    tuan mengatakan, PM akan mengkaji semula ISA pada 3 april 2009. tahukah tuan, 1 ogos 2009 menteri pertahanan ketika itu zahid hamidi mengatakan "mustahil mansuhkan ISA".. satu lagi tahukah tuan, penentangan terhadap ISA ini adalah sejak zaman tun M lagi..?

    BalasPadam
  9. sememangnya, orang politik mahu mengekal atau mendapatkan kuasa. itu matlamat orang politik. tiada kawan atau musuh yang kekal, yang kekal hanya kepentingan. namun, perlu difahami perbezaan diantara parti pemerintah dan kerajaan. walaupun jurangnya terlalu nipis, ia sudah cukup untuk membezakan kemaslahatan yang akan dibawa oleh kerajaan (yg dibentuk parti2 politik).

    LGE seorang yang bijak politik. walau bertentang ideologi, dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk terus hidup. sebab itu dia raikan kedatangan PM ke rumah terbuka di permatang pauh. kalau di negeri PR lain? sebab tu sy katakan dia amat bijak politik.

    dalam konteks kelantan, sebenarnya bukan sedikit bantuan yg pusat berikan kepada mereka. cuba semak belajawan2 lepas dan saudara rujuklah belajawan yang akan keluar bulan hadapan. kelantanlah antara negeri yang akan mendapat peruntukan tertinggi. tiada apa pun yg dianak tirikan, semua disalur terus untuk pembangunan. biasiswa pelajaran, jangan cakap berapa banyak pusat dah bantu sama ada untuk dalam atau luar negara. tapi itu tak dihebohkan. sebab kelantan ramai Melayu Islam yang tak mampu. buat research pelajar tajaan mara dan agensi2 pusat termasuk petronas, dari negeri mana paling ramai? tapi itu tak perlulah dibising-bisingkan. sebab itu tanggungjawab kerajaan dan ia membuktikan kerajaan bertanggungjawab.

    saudara, mustahil bukan bermaksud tidak boleh. sementelah najib itu PM. zahid hamidi menteri. macam juga hassan ali keluar kenyataan, khalid ibrahim potong. itukan lumrah dalam berhierarki biasa. penentangan terhadap isa sebenarnya bukan dari zaman tun M malah sejak british memperkenalkannya lagi. sebelum ini kerajaan berpendirian ia masih relevan, dan sekarang, kerajaan (PM Najib) merasakan ia kurang relevan dan perlu diganti dengan undang2 lain. mengapa kurang relevan dan bukan tidak relevan? kalau tidak relevan, ia akan terus dimansuh tanpa perlu kewujudan undang2 baru. jadi, isa ini sebenarnya hanya dijadikan sebagai modal politik sedangkan rakyat terbanyak yang patuh pada undang-undang, langgar lampu merah pun takut, tak berkaitan pun. sudah2 la mainkan isu ISA. bangkitkan isu2 lain yg lebih relevan agar kerajaan sentiasa alert.

    BalasPadam
  10. tuan, org politik mesti bijak berpolitik.. sama juga di kelantan, kedah dan selangor,mereka tetap meyambut PM jika ada majlis2 bersama rakyat dan dijemput. tuan boleh semak..

    ya, sy stuju pusat perlu bg semua bantuan tersebut kpd semua negeri2 lain, kerana semua itu duit rakyat dan pembayar cukai. semua bantuan pendidikan dan pembangunan adalah kewajipan kerajaan. isu yg sy ingin bangkitkan di sini, adalah hasil minyak negeri yg menjadi hak muklak kerajaan negeri kelantan dan rakyatnya. kenapa boleh diberi kpd t'ganu dan negeri2 lain. jika bantuan pusat diberikan, ia ttp diuruskan oleh pusat.. mana hak kerajaan negeri kelantan sendiri..?

    taknak pnjg2kan lg isu ISA, boleh sy tahu siapa yg menentang ISA sejak zaman british lg spt yg tuan maksudkan di atas..?

    BalasPadam
  11. PAS tak boleh terima hakikat sebenarnya mereka pembangkang. mereka juga mahu kuasa beb. itu ceritanya. tapi apa boleh buat. rakyat mau bn lagi. next pru pun gitu. cian pas.

    BalasPadam
  12. saudara tanpa Nama yg baru masuk..

    saudara buat lawak apakah ini.. saudara dah studykah hakikat berapa lama PAS jadi pembangkang di malaysia ini.. mana bukti pemimpin PAS yg mengatakan PAS tidak menerima hakikat ini..?
    ya, PAS perlukan kuasa untuk memerintah bukan sahaja negeri malah negara juga. alhamdulillah, setakat ini ada kuasa di kelantan dan kedah. belum sampai masa di peringkat nasional. dan jgn lupa siapa yg tidak dapat menerima hakikat menjadi pembangkang di Kelantan dan Kedah..

    BalasPadam
  13. Tanpa nama 8:13, MB kelantan, kedah dan selangor tidak bijak politik sebagaimana LGE. contoh mudah adalah ketika mesyuarat MB-MB/KM dengan PM, hanya LGE sahaja komited untuk hadir. kelantan, kedah dan selangor amalannya akan menghantar suk untuk hadir. ini menjadikan sebenarnya PM "lebih selesa" berurusan dengan PP berbanding 3 negeri berkenaan. itu contoh ketara perbezaan kebijakan LGE dengan mereka.

    adakah benar hasil minyak negeri menjadi hak mutlak negeri? mungkin rasanya saudara perlu menyemak jarak perbatuan laut milik negeri dan persekutuan. saudara akan temui jawapannya sama ada pemilikan itu wajar atau tidak. bagi saya, jika benar di kelantan ada minyak dan temaktub dalam jarak perbatuan negeri, pusat wajar menyalurkannya kepada negeri. soalnya, di perbatuan mana minyak berada?

    para pendokong komunisme!

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama 11:07, adat politik, pembangkan mahu jadi kerajaan dan kerajaan cuba mempertahankan kedudukan. :)

    BalasPadam
  15. adakah kerana sebab tak hadir meeting bersama PM, tuan mengandaikan MB kelantan, kedah dan selangor tidak bijak politik..? ermm..nmpak menarik analisis tuan ni ye..
    "lebih selesa" maknanya PP akan terus berada di bawah PR barangkali ye tuan..:)
    untuk maklumat lanjut perbatuan, PAS kelantan ada mengeluarkan dokumen untuk bacaan umum. mungkin tuan ada masa boleh baca.. tp yg menariknya dan mudah difahami, Tengku Razaleigh menyokong usaha2 murni PAS ini utk mendapatkan royalti tersebut walaupun secara politiknya mereka bermusuh. Ku Li adalah Pengerusi Petronas semasa menandatangani perjanjian royalti tersebut. Ku Li juga menyatakan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti tersebut spt negeri2 lain di mana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum. tuan boleh tgk pelbagai video berteraskan fakta dari Ku Li ini di youtube..
    jika tuan ingin lihat isu royalti ini dianaktirikan, tuan boleh lihat semasa PAS berkuasa di terengganu dahulu..kenapa tidak diberikan..? kes ini berlarutan sehingga sekarang.. pandai2 pula kerajaan pusat mencipta istilah 'wang ehsan'..

    komunisme..? tuan maksudkan saya ke..?.. blh huraikan apa kena mengena komunisme dalam perbualan kita ini..:)

    BalasPadam
  16. ya sememangnya mereka tidak bijak politik kerana tidak hadir mesyuarat MB-MB/KM bersama PM! sering kali apabila ingin memutuskan sesuatu suk tidak dapat buat keputusan dan yang ruginya adalah rakyat negeri berkenaan. kalau saudara ada rakan yang bekerja di jpm, cuba tanya, berapa kali tahun ini LGE hadir berbanding MB kelantan, kedah dan selangor ke mesyuarat tersebut? amat memalukan!

    "lebih selesa" bukan bermakna PM akan memberi LGE terus memerintah PP. Pusat melaksanakan tanggungjawabnya, yg memastikan PP di tangan siapa adalah kehendak majoriti rakyat.

    sy sebenarnya telah lama membaca versi pas berkenaan tetapi lebih mempercayai versi yang dikeluarkan oleh pusat dan petronas. adakah saudara telah membacanya? cuba bandingkan, saudara akan nampak perbezaan ketara.

    saudara bertanya siapa yang menentang komunis sejak isa mula ditubuhkan pada 1960, jawapannya ialah "para pendokong komunisme".

    BalasPadam
  17. tidak mengapalah tuan mengukur kebijakan politik hanya bersandarkan kehadiran meeting..itu tanggapan tuan.. bukan fakta samada seseorang itu bijak atau tidak dlm berpolitik..
    ya, saya setuju majoriti rakyat yg sah membuat pilihan akan terus memastikan PP di bawah siapa..

    jika tuan hendak mempercayai versi pusat dan petronas sekarang, tidak menjadi masalah kerana sy juga mempercayai versi saya, diakui oleh Ku Li sendiri. ini juga dapat dilihat secara praktikal spt yg saya katakan kes yg berlaku di terengganu masa era pemerintahan PAS. bg sy ini penyelewengan amanah oleh pusat kpd rakyat..

    sy petik sikit kata2 tuan di atas "penentangan terhadap isa sebenarnya bukan dari zaman tun M malah sejak british memperkenalkannya lagi." siapa yg perkenalkan ISA sebenarnya..? tuan mengatakan penentangan adalah sejak 1960 sedangkan kita sudah merdeka ketika itu.. umno atau british yg perkenalkan..?

    BalasPadam
  18. saya tidak mengatakan itu semata-mata sebagai kebijakan politik tetapi hanya satu dari ribuan yg perlu ada dalam orang yg bijak politik. sama ada ia fakta atau tidak, elok kalau dibuat kajian mengenainya.

    mengenai isa, sy berpandangan, saudara perlu memahami sejarahnya. isa diperkenalkan bagi menggantikan ordinan darurat 1948. pada tahun 1960, pd ketika kita baru merdeka 3 tahun, isa diwujudkan kerajaan dengan bantuan buah fikiran RH Hickling, orang yang dipertanggunjawabkan oleh british untuk mendraf perlembagaan tanah melayu. penumpuan isa sebagai undang2 pencegahan adalah untuk mengatasi permasalah komunis, subvesif dan elemen yg boleh mendatangkan masalah kepada masayarakat. sudah semestinya, apabila penumpuan diberikan kepada komunis, golonga2 yang menyertai atau simpati kepada komunis akan menentang isa. dan sekarang, bagi menggantikan isa yang dirasakan kurang relevan kini, kerajaan akan mewujudkan 2 undang2 baru. bukankah itu kitaran lumrah dalam undang2 dan bernegara. fahamilah sejarah. baru kita tahu asal usul

    BalasPadam
  19. dari sini kita dapat simpulkan, bahawa umno menerima buah fikiran british untuk mendraf atau mewujudkan ISA.. jadi umno lah yg menguatkuasakan ISA kerana di bawah pemerintahan umno ketika itu.. tujuannya adalah utk mengatasi komunis, subversif dan elemen yg mndtgkan masalah kpd masyarakat..

    soalan saya..
    1. berbalik kpd penentangan ISA, boleh tuan nyatakan komunis mana @ golongan yg bersimpati dgn komunis mana yg menentang ISA..? siapa mereka, parti atau org perseorangan..?

    2. adakah tuan bersetuju, jika ISA skrg dihapuskan kerana alasan2 di atas, apa2 undang sekalipun dgn tujuan yg sama tidak wajar diwujudkan lg..

    pada era tun M, pesalah2 ISA kebanyakan yg ditangkap tanpa bicara adalah musuh2 politik umno, bukan komunis.. ramai di kalangan mereka terpaksa berjauhan dgn keluarga dan menerima pelbagai tohmahan dari masyarakat dan pelbagai implikasi mental.. belum masuk pelbagai cara umno membuat serangan psycology kpd tertuduh dan keluarga tertuduh sehinga ada yg bercerai-berai, anak terbiar dan pelbagai kes lain. pada akhirnya tertuduh ISA ini kebanyakannya dilepaskan pada era Pak Lah. tuan boleh semak daripada mangsa2 ISA ini, jangan baca utusan dan media umno sahaja.. pada dasarnya sejak tun M, ISA digunakan utk mengekalkan kuasa umno melalui cara yg kejam dan tidak berperikemanusiaan..

    sememangnya ISA tidak lagi relevan dan patut sudah lama dihapuskan.. tetapi umno mengambil masa sehinga berpuluh tahun utk membuat keputusan. itupun setelah didesak oleh rakyat dengan sokongan PR yg menuntut di parlimen dan pelbagai kaedah lain, spt ceramah, demonstrasi etc..

    tuan, sejak tun M mana ada lagi komunis.. yg ada umno buat kerjasama dgn parti komunis China sehingga abad ke millenium ini..

    pada satu ketika umno kata komunis baik, dan kemudian jahat.. ini hny bergantung kpd angin umno sendiri bukan kehendak rakyat.. umno hipokrit.. !

    BalasPadam
  20. apa ke bengong orang pas ni. memang la isa british buat. 3 tahun merdeka nak cari pakar undang2 celah mana? google la sikit cari maklumat. merdeka pun dari siapa. adeh la. apa ke bengong la.

    BalasPadam
  21. bro, apa kaitan kerusi no satu dengan kerusi parlimen?

    BalasPadam
  22. ok.. sebelum kita pergi lebih jauh.. siapa yg menentang ISA sehingga PM Najib mengambil keputusan untuk mansuhkannya pada hari ini..?

    1.adakah komunis..?
    2.atau PR..?
    3.atau tiba2 PM rasa tidak releven setelah berpuluh tahun kita merdeka dan komunis pun sudah letak senjata..?
    4. jawapan lain..?

    BalasPadam
  23. tuan tanpa nama 3.31pm

    cakap pasal merdeka juga saya tak berapa faham tentang sejarah yg ditulis oleh umno (kerajaan pusat)..
    profesor umno dan bekas PM merangkap Presiden umno kata kita tak dijajah..? macam mana kita merdeka..? sepanjang saya belajar sejak sekolah rendah dan menengah lain yang diceritakan..
    adakah ini satu penyelewengan sejarah oleh cerdik pandai dalam umno..?
    kalau nak google pun jgn sampai ditipu oleh bangsa sendiri..

    BalasPadam
  24. kah kah kah sejarah keturunan ko kat jpn pun tak boleh percaya la macam tu. itu kan umno buat jugak. bengong puak2 pas, politik tak habis2. satu lagi, kenapa ko guna jalanraya woi, itukan umno buat. kenapa ko pegi sekolah, itukan sekolah umno. kalau nak kira yang buruk semuanya umno, tak payah nak ceritalah. mmg org pas metaliti macam tu sejak belum merdeka. yang alim nak mampus korang je kah kah kah

    BalasPadam
  25. tanpa nama 8.52am

    nampaknya sdra lbh bercakap berdasarkan emosi..
    sdra juga nmpaknya tak faham apa itu kerajaan dan parti..

    jalanraya/sekolah/ kemudahan asas yg dibuat oleh kerajaan utk rakyat tu semua duit rakyat sendiri melalui pembayar cukai dan hasil2 bumi yg lain spt pendptan kerjaan melalui air, minyak etc.

    PAS @ UMNO yg buat itu semua hny melalui parti yg memerintah dan itu adlah kewajipan mereka utk memberikan semua kemudahan yg disebutkan di atas.

    saya tak kata apa yg PAS buat di Kelantan tu utk org2/ahli PAS sahaja, hakikatnya dari umno, pkr, dap semua boleh guna. sdra boleh check brapa ramai anak2 umno bersekolah di maahad muhammadi kelantan yg diasaskan kerjaan negeri.

    begitu juga umno yg buat kemudahan2 ini, hakikatnya adalah menggunakan duit rakyat. klw nk ikut prinsip sdra ni mmg melayu akan ketinggalan dari segi pengetahuan politiknya dan hny akan dikelentong oleh umno sampai bila2..

    jika sdra nk menafikan hak sy ke skolah dan mengunakan jalanraya slama ini, apa kata sdra juga pergi halau penyokong2 umno yg bekerja dgn krajaan negeri selangor, kelantan, kedah dan PP di mana gaji2 mereka dan kemudahan yg mereka gunakan adalah dari kerajaan yg diperintah oleh PR. sdra berani..?

    sy nasihatkan sdra jgn dikelentong oleh umno slama2nya.. istilah @ signage spt "projek oleh kerajaan barisan nasional" adlah penipuan kpd rakyat shja. klw umno nak buat utk bangunan umno dan guna duit org2 umno, itu takpa. ini semua duit rakyat dan umno menyalahgunakan duit2 ini utk kpntingan mereka saja..

    sy bukan nk slhkan umno dalam semua perkara. tp sejak umno baru (era tun M) ini ditubuhkan, byk penyelewengan yg dapat dilihat.. sy nk ckp terlalu byk. klw sdra free blh lawati blog2 berfakta spt di bawah dan berikan komen berilmiah anda di sana:

    http://milosuam.blogspot.com/

    http://www.malaysiakini.com/bm/

    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

    http://tukartiub.blogspot.com/

    byk perjalanan, jauh pengalaman..

    BalasPadam
  26. tengokkan situasi skrg ni, yg sebenarnya :

    DAP GANTI PAS!

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Saya sokong sepenuhnya PAS ganti UMNO tapi bukan PKR.
    PKR tidak ada missi Islam.
    Perjuangan kita adalah PAS bukan PKR ....
    DAP musuh Islam
    Kalau Anuar Ibrahim memerintah Malaysia sejarah Ikhwanul Muslimin akan berulang, dimana Gamal Abdul Naseer (Anuar Ibrahim) akan "membunuh" Nik Aziz/Hj.Hadi (Hassan al-Bana). Bacalah sejarah. Anuar bukannya nak tegakkan Islam pun.

    Kenapa perlu berpakat dengan musuh Islam semata2 untuk jatuhkan UMNO. Islam itu tinggi jangan menjatuhkan Islam semata2 kerana hendakkan tampuk kekuasaan yg belum pasti klu PKR memerintah PAS dapat menegakkan perjuangan Islam.

    BalasPadam
  29. Buta perut betul siapa yg sokong UMNO....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini saja hujah tuan untuk peroleh undi bagi pihak dap, pkr dan pas?

      Padam
  30. buta perut sape yg sokong umno??bagaimana plak mereka yg mnyokong pkr,pas,dap,supp,pbs,bebas n etc...buta ape plak tu???www.malaysiakini.com pro pmbangkang mnakala utusan pro kerajaan so bila ko bace mesti berat sblah kpd parti masing2...so cerita bnyak auta la ibarat aljuburi memperbodohkab rakyat utk mnutup pekung di dada...masing2 ada fahaman politik masing2...so chill la bro...don't be so childish...buat malu je...

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.