Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk sekian kalinya akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2011 di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya dari 21 hingga 25 September 2011.
Tema penganjuran pada tahun ini ialah, "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA" dan majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB PM pada 22 September.
Seramai 500 orang usahawan luar bandar dijangka akan menyertai karnival ini dalam empat kategori utama iaitu makanan/ minuman, herba, kraftangan dan perkhidmatan.
Seramai 500 orang usahawan luar bandar dijangka akan menyertai karnival ini dalam empat kategori utama iaitu makanan/ minuman, herba, kraftangan dan perkhidmatan.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung sepanjang karnival ini ialah:
a. Pameran dan jualan produk-produk berkualiti usahawan luar bandar.
b. Padanan perniagaan.
c. Pameran jabatan/ agensi KKLW (KEMAS, MARA, KEJORA, RISDA, FELCRA, KETENGAH, JAKOA, KESEDAR, KEDA, INFRA dan PPNP).
d. Pameran Kementerian/ Jabata/ Agensi jemputan termasuk institusi kewangan.
e. Demosntrasi produk dan permainan tradisional.
f. Demonstrasi masakan tradisional pelbagai negeri.
g. Persembahan kebudayaan.
h. Persembahan artis-artis jemputan.
i. Forum Perdana.
j. Pameran teknologi dan inovasi.
k. Auto show.
Bagi yang mungkin tidak pasti di mana Laman 1Malaysia, lokasinya adalah di depan bangunan Bahagian Pinjaman Perumahan dan di sebelah Menara Usahawan (dulunya Kementerian Pembangunan Usahawan). Ataupun dengan mudahnya, di tapak pasar Ramadhan Putrajaya :)
Jangan lupa untuk datang beramai-ramai nanti ya! Jom sokong produk usahawan luar bandar.
Notakini:
230911 Apa ada di Karnival Usahawan Desa 2011? Jom tengok gambar kemeriahannya. Jangan tak datang! 200911 Jadual Penuh Karnival Usahawan Desa
insyaallah saya akan ke sana sebagai salah seorang pengiring usahawan..jumpa disana...
BalasPadam