Jumaat, 16 Disember 2011

Baucar Buku 1Malaysia untuk Mahasiswa sah dari 1 Jan hingga 31 Mac 2012


Alhamdulillah. Pemberian terkini dari kerajaan kepada golongan mahasisawa dan pelajar Tingkatan 6. Semoga ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran.


PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Baucar buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi mulai tahun depan akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelak ia dipalsukan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata baucar itu dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad, dan ciri-ciri keselamatan yang sama boleh didapati pada baucar RM500 untuk isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

"Duit pun orang boleh cetak sendiri inikan pula baucar," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran CoE Berpotensi 2011 di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata semua warga negara yang berdaftar sebagai pelajar aktif untuk tempoh Januari-Mac tahun depan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan pelajar Tingkatan Enam, sama ada sepenuh atau separuh masa layak, mendapat baucar itu, yang tempoh sah lakunya adalah dari 1 Jan hingga 31 Mac tahun depan.


Selasa, 13 Disember 2011

Talian Hotline SBPA kini dibuka!


Talian Hotline SBPA telah dibuka bermula hari ini (13hb) sehingga 30 Disember 2011 untuk sebarang pertanyaan dan kemuskilan mengenainya.

 03-8885 3201


 03-8885 3227


 03-8885 3232


 03-8885 3072


 03-8885 3283


 03-8885 3293

 Talian ini dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.

 Pertanyaan juga boleh dikemukakan melalui emel

 sbpa@jpa.gov.my 

 Wassalam.

Selamat Bertakhta Tuanku! Daulat Tuanku!




KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah pada Selasa melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa Selasa, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Isnin.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Istiadat ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 Nov lepas.

Isnin, 12 Disember 2011

Terima Kasih Tuanku! Daulat Tuanku!

 


KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Isnin mencatat pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang menjadi ketua negara sejak lima tahun lepas, antaranya menjejak kaki ke Antartika.

Lawatan Seri Paduka Baginda dari 20 hingga 24 Nov lepas ke benua itu adalah sempena langkah Malaysia menandatangani Triti Antartik 1959 pada 31 Okt lepas, yang antara lain membolehkan saintis negara ini terlibat secara langsung dalam semua penyelidikan yang dijalankan di benua Antartika.

Malaysia adalah negara pertama dari Asia Tenggara dan negara Islam pertama menyertai perjanjian itu.

Tuanku Mizan, merupakan antara Raja Melayu termuda menaiki takhta sebagai Sultan Terengganu pada usia 36 tahun pada 1988, dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda pada usia 44 tahun selepas Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail yang menjadi Yang di-Pertuan Agong pada usia 41 pada 1961.
 

Muat Turun Borang Bantuan RM500 (BR1M) di sini sebagai alternatif kepada portal Perbendaharaan



Hari ini sebagaimana dijanjikan, Perbendaharaan telah memuatnaik Borang Bantuan BR1M dalam portal mereka. Sebagaimana dijangka, orang ramai telah berpusu-pusu melayarinya dan menyebabkan berlakunya bottleneck.

Sebagai perkongsian, saya telah memuat turun borang berkenaan dan meletakkannya di dalam Google Docs untuk semua. Berikut URL untuk mendapatkan borang berkenaan.


Sebar-sebarkan ia. Moga memudahkan.

Wassalam.

Notalalu:

SBPA: JPA jelaskan mengenai PROSPEK, Peperiksaan, Program Transformasi Minda dan Pingat Cemerlang dalam 4 SPP



JPA pada Sabtu lalu telah mengeluarkan empat Surat Pekeliling Perkhidmatan bagi menjelaskan dengan lebih terperinci pelaksanaan perkara-perkara yang terkandung di dalam SBPA. 

Mungkin kerana pengalaman menghadapi kesesakan trafik ketika penjawat awam berpusu-pusu memasuki portal mereka untuk membaca pekeliling SBPA, JPA telah memilih untuk memaparkan 4 SPP berkenaan pada hari cuti mingguan. Belajar dari pengalaman la katakan :)

Dengan keluarnya empat SPP tersebut, ini bermakna penjawat awam perlu juga membaca keempat-empatnya bagi memahami sepenuhnya pelaksanaan SBPA.

SPP ini adalah berkaitan degan perkara-perkara berikut:

i. Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) yang telah menggantikan PTK.




ii. Peperiksaan Perkhidmatan Awam adalah berkaitan dengan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan

b) Peperiksaan Khas PSL bagi menggantikan kelayakan masuk akademik untuk peningkatan secara lantikan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi.

Peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan insentif kewangan seperti Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor, Bayaran Insentif Tugas Kewangan, Hadiah Kenaikan Gaji dan Elaun DwiBahasa masih dilaksanakan mengikut dasar yang berkuat kuasa.


Jumaat, 9 Disember 2011

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) seliaan Sekinchan Ikan Bakar kini dilancarkan


Alhamdulillah. Satu lagi sinergi mulia kerajaan - swasta untuk meringankan beban rakyat akibat tekanan kenaikan harga barang.

Apa yang menariknya mengenai KIR1M ini, ia menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran. 

Jangan pula selepas ini Tony Pua dan Nurul Izzah ada pihak yang tampil untuk mengelirukan pengguna dengan mengatakan harga barangan di KIR1M ini tidak semurah seperti yang didakwa sebagaimana yang mereka lakukan kepada KR1M. Perlu difahami, harganya rendah sehingga 40%, bukan semua barang harganya 40% rendah dari pasaran.

Harapnya banyak lagi pihak swasta akan tampil untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu rakyat. Taukeh-taukeh yang dah lama mengaut kek ekonomi negara seharusnya terkehadapan dalam usaha sebegini.

Mydin muncul dengan idea Kedai Rakyat 1Malaysia, Sekinchan Ikan Bakar dengan idea Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia. Lepas ni apa pula ya?

Moga banyak lagi kemudahan untuk rakyat di bawah jenama 1Malaysia diperkenalkan.  


Khamis, 8 Disember 2011

Pekeliling SBPA dah keluar. Portal JPA sesak teruk. Gunakan link berikut untuk akses



JPA telah mengeluarkan pekeliling SBPA hari ini. Dan seperti dijangka, portal mereka sesak teruk. Maklumlah, pejawat awam semua ternanti-nanti dengannya.

Pelik juga saya mengapa agensi-agensi kerajaan yang lain tidak memuatnaik SBPA serentak sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini. Tak sempat nak serentak agaknya :)

Apapun saya telah memuatturun pekeliling berkenaan dari laman web MAMPU. Lancar tiada masalah. Berikut URLnya. Jangan berlengah lagi. Cepat sebelum sesak :p


Berikut lagi satu URL bebas sesak yang ada dinyatakan senarai pautan agensi-agensi. Selamat membaca.


Juga ingin diingatkan, Lampiran C yang merupakan tangga gaji tidak disertakan bersekali di dalamnya. Mungkin JPA tengah revise nak naikkan lagi kot :p


Rabu, 7 Disember 2011

Talian Hotline Bantuan RM500 telah dibuka & borang permohonan boleh dimuat turun pada 12 Disember


Kementerian Kewangan telah membuka talian hotline bermula hari ini untuk orang awam bertanyakan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500.00 untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000.00 dan kebawah.

1-800-222-500

Talian ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, pertanyaan juga boleh diajukan melalui emel belanjawan2012@treasury.gov.my atau melalui faks 03-8882 3786.

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

i.   Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
ii.  Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
iii. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
iv. Warga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak memohon.


Borang BR1M boleh diperoleh secara PERCUMA mulai 10 Disember 2011(Sabtu) di:

i. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
ii. Jabatan Pembangunan Persekutuan
iii. Pejabat Daerah (bagi negeri-negeri selain Selangor, P. Pinang, Kedah & Kelantan)
iv. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (mulai 12 Disember)
v. Pejabat Penerangan Daerah (mulai 12 Disember)

Borang ini boleh dimuat turun dari laman web Perbendaharaan bermula pada 12 Disember.

Isnin, 5 Disember 2011

Pekeliling SBPA: Jangan biar penjawat awam ternanti-nanti


Sehingga artikel ini ditulis, JPA masih belum memuatnaik Pekeliling SBPA ke portal mereka. Walaupun banyak pihak menjangkakan SBPA akan dikeluarkan hari ini (5hb Disember) namun ia ternyata meleset.

Keseluruhan pejawat awam sudah semestinya amat menantikan intipati SBPA. Dua keputusan penting harus dibuat dengannya.

Pertama, bagi memutuskan sama ada mahu menukar skim dari SSM kepada SBPA ataupun tidak. Dan kedua, sama ada mahu bekerja sehingga umur 60 tahun ataupun kekal dengan had usia yang dipilih sekarang. Itu dua keputusan penting yang harus dibuat oleh penjawat awam sebelum 31 Disember ini.

Menurut seorang rakan yang telah mengikuti taklimat SBPA berkaitan peranan yang perlu dilaksanakan oleh bahagian yang mengendalikan urusan perjawatan, pilihan opsyen bagi kedua-duanya perlu dibuat dalam tempoh 15 hari bermula 16 Disember sehingga 30 Disember. Selepas dari tempoh berkenaan, pegawai akan dianggap tidak berminat sekiranya tidak memberikan maklum balas.

Saya berpandangan, adalah tidak adil kepada penjawat awam untuk membuat keputusan dalam tempoh yang singkat memandangkan pekeliling SBPA masih lagi belum dikeluarkan sehingga kini. Bayangkan dengan tempoh masa yang tinggal kira-kira 25 hari, penjawat awam hanya mampu mengagak apa kandungan SBPA sehingga ke hari ini sedangkan dua pilihan yang harus dibuat adalah membabitkan masa depan pegawai. Bukan boleh main pilih begitu saja.

Khamis, 1 Disember 2011

MB Perak Hitam Metalik: Penipuan dalam kenyataan maaf Nga Kor Ming!


"..... di negeri Perak Darul Kartun ini, kita ada Menteri Besar Hitam Metalik, yang haram jadah itu, masuk dari pintu belakang, naik kapal selam dari Pangkor, tapi kapal selam itu naik dengan Mongolia punya ....."

Itu adalah penghinaan Nga Kor Ming terhadap MB Perak yang terang lagi bersuluh.

Semalam dan hari ini, pelbagai media termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian dan Malaysiakini memaparkan "permohonan maaf" Nga tanpa melihat dengan teliti intipati kenyataan "maaf" tersebut.

Ramai pembaca tanpa usul periksa telah memuji kononnya Nga berjiwa besar sebagai seorang pemimpin, sanggup untuk memohon maaf atas sikap kurang ajar, kebiadapan dan ketelanjurannya.

Beliau dipuja sebagai pemimpin yang patut dipilih rakyat, yang sanggup mengakui kesilapan. Namun malangnya, apa yang sebenarnya dilakukan Nga itu adalah usaha untuk memutar belit bagi menampakkan dirinya tidak bersalah, bukan untuk memohon maaf!

Sekarang, cuba baca kenyataan media sebenar Nga Kor Ming "memohon maaf atas ketelanjurannya" yang saya petik dari laman web beliau di http://www.ngakorming.com/en/2011/11/issue-on-black-metallic/.