Jumaat, 18 November 2011

Kajian Ilham Center mengenai kepimpinan Melayu Pulau Pinang: The Star melapor, Malaysiakini memanipulasi


Sangat menarik jika dibuat perbandingan terhadap laporan oleh Malaysiakini dan The Star mengenai kajian yang dilakukan oleh Ilham Center berkaitan kepimpinan Melayu di Pulau Pinang. Saya cuba mencari hasil kajian berkenaan untuk memahami sepenuhnya apa yang dilapor oleh Ilham Centre namun gagal ditemui.

Secara ringkasnya, dapat dilihat Malaysiakini kekal memainkan peranannya untuk memanipulasi berita dan memberikan persepsi positif kepada pembangkang khususnya Lim Guan Eng di Pulau Pinang apabila  menggunakan tajuk Guan Eng lebih dihormati dari pemimpin BN. Hakikatnya, Malaysiakini hanya memetik satu dari sebahagian besar laporan oleh Ilham Centre yang membincangkan mengenai kepimpinan Melayu di Pulau Pinang (jika dibaca dari laporan The Star).

Pengisian laporan berkenaan juga bersikap memilih-milih apabila hanya melaporkan hasil kajian yang mampu meningkatkan imej PR di mata pembaca. Akibatnya, ia gagal menjelaskan intipati sebenar yang cuba disampaikan oleh Ilham Centre. 

Sebaliknya, laporan yang dibuat oleh The Star lebih bersifat "melapor" dan gaya penceritaannya lebih memahamkan pembaca mengenai hasil kajian Ilham Centre. Ia juga dilihat lebih objektif dan tidak cenderung untuk memanipulasi.


Sekarang, cuba bandingkan sendiri apa yang saya perkatakan. Berikut laporan oleh Malaysiakini:


Tinjauan: Guan Eng lebih dihormati dari pemimpin BN


Pengundi BN dan atas pagar di Pulau Pinang mempunyai tanggapan negatif terhadap DAP di negeri itu tetapi anehnya menghormati Ketua Menteri Lim Guan Eng melebihi pemimpin mereka sendiri. 

Menurut tinjauan badan penyelidikan bebas, Lim dikenali dan dihormati 30 peratus rakyat, diikuti timbalannya Mansor Othman (13.1 peratus), Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (3.3 peratus) dan Pengerusi Umno Datuk Zainal Abidin Osman (2.8 peratus). Manakala lain-lain - difahamkan kebanyakannya pemimpin bahagian - mendapat 50.8 peratus, demikian menurut kajian Ilham Centre pada 7 hingga 9 Oktober lalu. 

"Sama seperti mereka melihat DAP, iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan negeri ini adalah Cina dan kerajaan negeri dipimpin oleh Cina. "Walaupun begitu, Lim lebih dikenali dan disegani dengan sikap humble (rendah diri), mudah mesra dan sering kali dilihat turun padang," kesimpulan tentang dasar kerajaan negeri dan Lim dalam tinjauan itu dipetik. "Namun, atas sentimen dan prejudis Umno, beliau tetap dilihat sebagai Cina yang mengancam Melayu." 

Kajian itu dijalankan di tiga kawasan parlimen kubu kuat BN - Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bayan Lepas - terhadap 720 pengundi Melayu terdiri daripada anggota BN dan atas pagar. Ketiga-tiga kawasan parlimen itu dimenangi oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Syed Ameruddin Syed Ahmad. Ketiga-tiga pemimpin Umno itu tidak tersenarai langsung antara tokoh kepimpinan negeri dan tempatan yang dikenali dan dihormati dalam kajian itu. 

Berhubung kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat pula, 45.6 peratus responden tidak setuju bahawa nasib Melayu akan terbela, sebanyak 20.3 peratus setuju; manakala 29.2 peratus tidak pasti dan 5 peratus lagi tidak memberikan respons.

Laporan tinjauan itu menyimpulkan, situasi yang sedang dihadapi DAP berbeza dengan kepimpinan GERAKAN sebelum 2008 apabila ia dilihat dipimpin BN. "Ini menunjukkan bahawa doktrinisasi media terhadap Pulau Pinang dilabel sebagai 'kerajaan Cina atau DAP' memberi kesan positif kepada Melayu dan dilihat berjaya. "Oleh itu, imej kerajaan negeri dilihat sebagai kerajaan DAP bukannya Pakatan Rakyat," laporan itu dipetik. - Malaysiakini


Baca pula laporan yang sama oleh The Star:


PETALING JAYA: Malay sentiments about the DAP-dominated Penang Government may undermine PAS which is eyeing an additional two parliamentary seats and one state seat in Penang in the upcoming general election.

A survey by the Ilham Centre, an emerging think-tank with ties to PAS, shows that 80% of Malays in three constituencies – Kepala Batas, Tasik Gelugor and Bayan Lepas – believe they have been marginalised under the Pakatan Rakyat government. This is in contrast to 47% who think that Umno had not fulfilled their expectations.

The issue of PAS becoming a puppet of the DAP and PKR was listed as the top national issue for them. A total of 55% said they were concerned PAS was being used by its Pakatan partners. 

The survey was carried out early last month in the parliamentary constituencies of Kepala Batas and Tasik Gelugor and the state seat of Bayan Lepas, all of which are currently held by Umno. Former premier Tun Abdullah Ahmad Badawi and Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop are the respective incumbents in Kepala Batas and Tasik Gelugor, which were won with big majorities. However, Barisan Nasional won Bayan Lepas by only 399 votes.

PAS is believed to be looking for a safe seat for its deputy president Mohamad Sabu in Penang where Mohd Salleh Man is its sole assemblyman in Permatang Pasir. 

Race and other communal issues figured prominently as priorities among the Malays. For instance, in terms of national issues, 47% said race and ethnicity issues would affect the way they vote, followed by Malay supremacy and special rights (43%), development (36%) and Malay welfare and Islam (29%). Only 16% named PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim as a national issue and 9% thought that the sodomy and sex video was an issue.

However, Anwar was not seen as a state or local leader whom they looked up to, although 30% said they respected Chief Minister Lim Guan Eng and 13% recognised deputy Chief Minister Datuk Mansor Othman.  

For more than 50% of those interviewed, local Umno figures in their vicinity were regarded as those whom they recognised and respected. Only 3% regarded state Opposition chief Datuk Azhar Ibrahim as their leader while less than 3% saw Penang Umno chief Datuk Zainal Abidin Osman as a local leader. 

Of the local factors that would affect the way they vote, 55% of them said it was about the Malays being sidelined by the DAP leadership. This was followed by the Chief Minister’s personal image and the perception of DAP cronyism (52%), cost of living and opportunities (45%), Chinese dominance if Pakatan wins again (40%), the Penang economy and people’s welfare (29%), and inadequate infrastructure and ame-nities (25%). 

The report noted that PAS did not enjoy a high profile in Penang and was not seen as a champion of Malay interests. Local PAS leaders like Mat Sabu and Parit Buntar MP Dr Mujahid Yusof Rawa were not perceived as Penang leaders although the latter was from the state.

According to the report, Anwar’s influence in Penang was confined largely to Permatang Pauh where he is an MP. PKR’s multi-racial outlook also did not appeal to the Malays. 

The Malays interviewed still looked to Umno for Malay leadership although they did not like the way the mamaks or Indian-Muslims dominate Umno politics in the state. About 53% said Umno looked after them well compared to 26% who said Pakatan had done the same. - The Star

Nampak perbezaannya?

Oleh itu, kesimpulan yang amat klise yang mahu saya kongsikan ialah dapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Jangan terus percaya kepada sesuatu berita yang dibaca di internet tanpa membuat semakan dengan sumber yang lain.

Kecenderungan untuk sesuatu pihak memanipulasi isu adalah sangat besar apatah lagi ketika kita berada di ambang pilihanraya ini. Berhati-hatilah dalam menilai, takut-takut penilaian kita itu salah dan akibatnya kita tersalah memilih di "hari penentuan" nanti.

Wassalam.

Notalalu:

1 ulasan:

  1. hidup DAP..! hidup LGE..!

    melayu umno PP memang tak boleh diharap..!

    di PP, jika BN menang sekalipun kerusi tidak akan kembali pada umno. akan dapat kepada cina jua.

    Gerakan? presiden mereka tidak lagi mampu untuk membawa kemenangan. malah umno juga meminta/bergaduh nak balik kerusi DUN lain.

    di PP, PAS, DAP dan PKR adalah bersatu..!

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.