Jumaat, 11 November 2011

Benarkah harga barang Kedai Rakyat 1Malaysia mahal dan menipu rakyat seperti dakwaan Pakatan?



Pada 9 November lalu, Pakatan Rakyat melalui YB Tony Pua (DAP), YB Nurul Izzah (PKR) dan YB Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) telah senada mendakwa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menipu rakyat dengan menjual barang pada harga tidak semurah seperti yang diwar-warkan.

Kenyataan mereka ini telah dilaporkan di dalam Malaysiakini dan mengundang komen-komen negatif di kalangan pembaca yang rata-ratanya percaya bulat-bulat dengannya tanpa usul periksa. Berikut merupakan petikan laporan berkenaan:



Dakwaan bahawa kononnya produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah jauh lebih murah dan sesetengah barangan sehingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, adalah jauh daripada hakikat.

Bagi membuktikan perkara itu, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini membawa sampel barangan runcit yang dibeli untuk dibandingkan. Menurut mereka, beberapa produk yang dibeli di kedai-kedai KR1M, memang murah tetapi harganya bukanlah semurah seperti yang didakwa.

"Perbezaan harga jauh lebih rendah daripada dakwaan antara 30 hingga 50 peratus bagi kebanyakan produk," kata ahli parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. 

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Jun lalu dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui projek itu, 250 barangan '1Malaysia' yang dikatakan 40 peratus lebih murah daripada bpelbagai barangan runcit yang boleh didapati di pasaran.

Pua yang menyanggah dakwaan itu berkata: "Kunjungan ke sebuah pasar raya besar seperti Carrefour dan membeli produk seperti krimer, sardin, cecair pencuci akan segera menunjukkan bahawa hakikat adalah jauh daripada keadaan sebenarnya seperti yang didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Perdana Menteri" 


Dan semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah bersama-sama Pengarah Urusan Mydin dan Pengurus Perhubungan Awam Carrefour tampil untuk menangkis dakwaan Pakatan Rakyat itu. Berikut merupakan penjelasannya sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini:



KUALA LUMPUR 10 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyifatkan dakwaan bahawa harga produk di Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat) lebih mahal daripada harga pasaran adalah tidak berasas kerana perbandingan yang dibuat adalah salah.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan itu yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua adalah satu pembohongan dan cubaan mengelirukan rakyat.

“Dia telah membuat perbandingan yang salah kerana membandingkan harga produk Kedai Rakyat dengan produk Carrefour Big Savers yang mempunyai perbezaan daripada segi kualiti.

“Dia sepatutnya membandingkan harga produk Kedai Rakyat dengan produk yang berjenama dan bukannya dengan produk yang tidak berjenama di pasaran,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dan Pengurus Perhubungan Awam Carrefour, Salmieah Mohd. Zin. Tony yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP sebelum ini menyatakan bahawa harga dan kualiti produk Kedai Rakyat tidak seperti yang digambarkan.

Menurut Ismail Sabri, perbandingan perlu dilakukan ke atas produk yang mempunyai persamaan daripada segi berat, pembungkusan dan kandungan khasiat.

“Kita kena banding epal dengan epal dan kalau kita banding epal dengan durian, memang harganya jauh berbeza kerana durian lebih mahal.

“Semalam dia bandingkan produk teh Ceylon Kedai Rakyat dengan teh hitam Carrefour, memanglah teh Ceylon lebih mahal kerana kualitinya berbeza dengan teh hitam.

“Selain itu, dia juga bandingkan produk pencuci pinggan Kedai Rakyat 400 gram berharga RM1.90 dengan produk Carrefour 350 gram yang berharga 99 sen sedangkan produk sama bagi 400 gram di Carrefour dijual dengan harga RM2.15,” jelasnya.

Menurut Ismail Sabri, itu semua adalah pembohongan Tony kerana pembangkang sengaja memainkan isu tertentu untuk menutup kelemahan memandangkan mereka gagal mencari alternatif bagi membantu pengguna.

“Mereka (pembangkang) semakin bimbang dengan usaha kerajaan dalam membantu rakyat apabila Kedai Rakyat dan Menu 1Malaysia semakin mendapat sambutan daripada peniaga serta rakyat,” ujarnya. 


Jelas jika dilihat kepada penjelasan yang diberikan oleh YB Ismail Sabri, Pakatan Rakyat cuba untuk menimbulkan persepsi bahawa kerajaan telah menipu rakyat sedangkan hakikatnya, mereka sendiri melakukannya.

Tindakan membandingkan "epal dengan durian" menunjukkan ia adalah usaha untuk memanipulasi isu dengan harapan rakyat akan bertindak balas dengan memberikan persepsi negatif kepada kerajaan dan KR1M.

Adalah amat malang apabila usaha murni kerajaan untuk membantu seluruh warganya dengan memperkenalkan KR1M ini telah dipolitikkan.

Seharusnya, Pakatan Rakyat perlu tampil dengan cadangan-cadangan yang dapat meningkatkan lagi prestasi KR1M demi untuk kebajikan rakyat, bukannya sekadar memperlekeh dan mencari isu untuk menagih sokongan.

Semoga rakyat membuka mata untuk menilai siapa yang benar dan siapa yang salah di dalam isu ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan KR1M, kunjungi blognya di http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ms/index.html dan juga, jangan lupa like facebook KR1M untuk menyatakan sokongan kita atas inisiatif murni kerajaan ini.

Wassalam.

Notakini:
131111 Pakatan Serang Kedai Rakyat 1Malaysia lagi. Siapa di sebalik agenda ini?




Notalalu:
240611 Masyarakat berbilang bangsa serbu Kedai Rakyat 1Malaysia!

3 ulasan:

  1. Saya sudah muak dengan perangai si Pua dan Nurul yang sengaja mencari pasal dengan usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Kalau mereka hebat sangat, mengapakah mereka tidak melakukan apa apa projek untuk membantu rakyat?

    BalasPadam
  2. Mungkin tak tercapai akal agaknya melainkan memperlekeh dan mengkritik tanpa alternatif.

    BalasPadam
  3. Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete. Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com
    Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di universiti malaya.
    Ini ada kempen kesedaran saya buat dlm kesibukan bekerja
    http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.