Selasa, 12 Julai 2011

Astro ingkar larangan Kabinet: Harga tetap dinaikkan bermula 11 Julai!


MENGECEWAKAN!

Itu luahan yang dapat saya nyatakan selepas menerima jawapan daripada Pegawai Khidmat Pelanggan Astro (bernama Liana) bahawa penyelarasan harga Astro (hakikatnya KENAIKAN kepada saya dan majoriti pelanggan) akan tetap diteruskan bermula dari 11 Julai 2011 mengikut surat yang telah diedarkan kepada semua pelanggannya sebelum ini.

Berulang kali saya bertanyakan kepadanya adakah pihak Astro telah mendapatkan kelulusan SKMM memandangkan Kabinet sebelum ini telah membuat ketetapan untuk tidak membenarkan kenaikan harga tersebut.

Jawapan yang diberikan adalah YA, Astro telah mendapat kelulusan dari SKMM! Apabila ditanyakan bilakah kelulusan berkenaan diperoleh, beliau memaklumkan ia sebelum dari 11 Julai lagi.

Bagi mendapatkan kepastian, saya terus menghubungi SKMM di talian 1-800-888-030 dan bercakap dengan Puan Erni. Saya memaklumkannya telah menghubungi Astro dan diberitahu bahawa SKMM telah memberikan kelulusan kepada pihak mereka untuk menaikkan harga.


Jawapan yang diterima daripada beliau ialah ia masih lagi dalam perbincangan! Kontra bukan?

Puan Erni menjelaskan SKMM sebenarnya "tidak regulate harga" (tidak mengawal harga) yang ditawarkan syarikat-syarikat penyiaran (termasuk Astro) dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi seperti Maxis, Digi dan Celcom kepada para pelanggan.

Walaupun demikian, dalam kes Astro, Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan kenaikan tersebut. Oleh itu, Astro TIDAK BOLEH menaikkan harga!

Apabila ditanyakan mengapa pihak SKMM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyatakan dengan jelas ASTRO TIDAK BOLEH MENAIKKAN HARGA, alasan yang diberikan adalah MUNGKIN kerana ia masih dalam perbincangan maka tiada kenyataan yang boleh dikeluarkan pihak pengurusannya.

Saya cuma sedikit keliru (ataupun banyak sebenarnya), mengapa Astro berani mengambil pendirian untuk tetap menaikkan harga sekiranya ia masih di dalam perbincangan? Bukankah ia menampakkan mereka tidak menghormati SKMM?

Saya berpandangan, Astro sengaja menampakkan sifat tamaknya untuk mengaut keuntungan apabila mengabaikan larangan Kabinet. Jika dirujuk kepada kenyataan SKMM yang menjelaskan mengenai kuasa Menteri sebelum ini, berdasarkan kepada Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), ia memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai.

Ini bermakna, larangan Kabinet adalah sah dan mengikut peruntukan AKM. Adalah sangat jelas, terang lagi bersuluh, Astro TIDAK BOLEH menaikkan harga (atau menyelaraskan harga kononnya!) bermula 11 Julai.

Saya juga telah merujuk perkara ini dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia  di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (talian 1-800-88-9811 - dijawab En Sabri) untuk bertanyakan sama ada pengguna boleh mengemukakan aduan dan tuntutan terhadap Astro sekiranya harga tetap dinaikkan.

Malangnya, TTPM tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Astro kerana tiada peruntukan yang membenarkannya. Semua tuntutan atau aduan berkaitan syarikat penyiaran dan telekomunikasi perlu dikemukakan kepada SKMM.

Saya sebagai pengguna amat berharap agar SKMM mengambil tindakan tegas terhadap Astro sekiranya terbukti mereka mengetepikan peraturan dalam isu kenaikan harga ini. Dan juga, keluarkanlah kenyataan kepada masyarakat umum mengenai pendirian SKMM. Jawapan-jawapan yang diberikan Astro menampakkan seolah-olah SKMM yang bersalah. Benarkah begitu?

Saya juga menyeru kepada semua pelanggan Astro untuk mengemukakan aduan kenaikan harga kepada SKMM sekiranya caj kenaikan harga baru tetap dikenakan pada bulan hadapan. Jangan lupa untuk gunakan kata kunci "ASTRO INGKAR LARANGAN KABINET!". Ini salah satu cara untuk kita tunjukkan KUASA PENGGUNA!

Tiada gunanya menghubungi talian khidmat pelanggan Astro. Buat sakit hati saja! Sedangkan larangan Kabinet pun tidak diendahkan, inikan pula bantahan daripada pelanggan.

Bukankah Astro adalah contoh terbaik kapitalis tamak yang ada di Malaysia? 

Wassalam.

16 ulasan:

  1. salam tuan,

    saya antara pelanggan Astro yg telah terima notis kenaikkan tersebut. saya juga telah menghantar email serta menelefon pihak Astro serta SKMM. dan jawapan yg diterima adalah sama seperti yg tuan nyatakan.
    sebagai pelanggan, saya agak berpuas hati dengan perkhidmatan Astro. saya tidak kisah jika astro ingin menaikkan harga langganannya, tetapi biarlah dibuat secara adil kepada pelanggan. secara peribadi, astro menaikkan harga semasa rundingan masih berjalan dengan SKMM tidak sepatutnya berlaku. bagaimana jika rundingan tersebut tidak berjaya atau mengambil masa yg lama, sedangkan harga telah pun dinaikkan. sudah pasti pihak astro akan mengambil sikap acuh tak acuh sahaja kerana mereka tidak kisah jika pihak SKMM setuju atau tidak, matlamat mereka tetap tercapai.
    saya melihat perkara ini sebagai satu pencabulan kepada sistem perlembagaan malaysia kerana telah diputuskan oleh kabinet dan penganiayaan kepada pelanggan astro. seharusnya ada pihak yg bertanggungjawab memantau perkara ini bagi memastikan pihak astro tidak menaikkan harga sehingga satu kata putus dicapai antara astro dan skmm.

    -zams-

    BalasPadam
  2. saudara zams,
    benar seperti apa yang diperkatakan. Astro perlu akur kepada keputusan kabinet dan menghormati SKMM. apa salahnya jika mereka sekurang-kurangnya mengeluarkan pengumuman penangguhan kenaikan harga sehingga perbicangan diselesaikan. dengan cara itu pelanggan akan lebih memahami "penyelarasan" (kononnya) yang perlu mereka lakukan. ini tidak, asalkan pendapatan bertambah, tanggungjawab sosial dan peraturan pun sanggup diketepikan.

    BalasPadam
  3. alah, zairi, apa nak kecoh!matikan ja langgangan astro abis citer. banyak lagi org yang nak pki. klu tak mampu matikan ja tak yah nak bising

    BalasPadam
  4. Tuan Hj Omar Osman, mohon baca posting ini dan yang lalu untuk faham apa isu yang saya bangkitkan. Persoalan yang dibangit adalah mengenai ketidak patuhan Astro kepada peraturan SKMM dan arahan kabinet. bukan mengenai ketidak mampuan saya atau orang lain untuk melanggan. Adalah sangat tidak cerdik orang yang dah tahu tidak mampu dari segi kewangan tetapi tetap juga mahu melanggan Astro. Mohon tuan fahamkan isu. Apapun saya ucapkan terima kasih kerana sudi memberikan maklum balas.

    BalasPadam
  5. yang tak patuhnya astro bukan kau apa la yang nak sibok sgt ngan skmm. mcm la hang kena bayar gaji leh skmm

    BalasPadam
  6. Tuan Hj. Omar Osman, sebab astro tak patuh kepada Kabinet, ia memberi kesan kepada pelanggan. Dalam hal ini skmm sepatutnya memainkan peranan kerana Akta berkaitan di bawah bidang tugas mereka. tak perlu nak tunggu makan gaji di bawah skmm baru nak bersuara untuk ambil tindakan kepada astro. bagaimana nak transformasi perkhidmatan awam sedangkan ada sebahagian penjawat awamnya masih bermentaliti kelas ketiga, itu bukan kerja aku. :)

    BalasPadam
  7. Tuan Hj. Omar Osman buat kelakar hahahah jom ketawa..

    BalasPadam
  8. lu sembang la....

    BalasPadam
  9. Dalam perjanjian kontrak astro kita masih dalam harga package lama.. kalau astro menaikkan harga ini bermakna astro telah melanggar perjanjian kita selama 2 tahun, adakah kita boleh membatalkan perjanjian tersebut dengan tidak melanggan astro lagi.?

    BalasPadam
  10. Chempaka, biarlah luncai terjun dengan labu-labunya :)

    Anonymous 1235, setahu saya, dalam perjanjian, tiada klausa khusus mengenai harga dinyatakan secara khusus untuk dipersetujui kedua pihak (pelanggan dan astro). yang dipersetujui adalah perkhidmatan yang diberikan oleh Astro kepada pelanggan. jadi, harga mereka boleh adjust walaupun tanpa persetujuan kita. mungkin ini perlu juga dilihat oleh skmm. agak merugikan kita sebagai pelanggan.

    BalasPadam
  11. astro mmg tidak ada hati perut. mentang2 satu2 badan penyiaran yang ada, suka mak bapak dia aje naikkan harga. SKMM pun satu hal, aspirasi pengguna/ rakyat tak diendahkan. Astro ada letak apa2 ke supaya SKMM untuk berdiam diri. Kalau tak apa guna fungsi dan peranan yang ada. Kabinet dah kata tak boleh naik sebarangan. Tp hairan tiada tindakan rasmi ke atas astro. Yang ada cuma press statement tapi actions toward habuk.

    BalasPadam
  12. TV Satelit = Alternatif aSTROK???

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=327

    pay less but still get aSTROK n more?? Read!!

    BalasPadam
  13. Hi Zairi

    Just to share some info, actually why astro is really arrogance is due to they got the exclusive license until 2017. So that there is no competitor that are allow to enter the market until 2017. The only way to control their arrogance is government must take over the company n convert it from private into government link company.

    For more info u can refer from this entry
    http://www.consumer.org.my/index.php/development/private-sector/479-astros-monopoly-has-short-changed-malaysian-tv-viewers

    BalasPadam
  14. nama haji...tp.. hurmm.. kecewa aku baca... komen mcm org yang x berfikiran rasional..

    BalasPadam
  15. TITLE HJ X SEMESTINYA ORANG TU WARAK..BAIK DLL...KENE INGANT HJ NI ADA 2...SATU HJ MABRUR..DN SATU LAGI HJ MARDUD...AGAK2 Tuan Hj. Omar Osman NI HJ YG MANA 1...? WALLAHUALAM...

    BalasPadam
  16. TITLE HJ X SEMESTINYA ORANG TU WARAK..BAIK DLL...KENE INGAT HJ NI ADA 2...SATU HJ MABRUR..DN SATU LAGI HJ MARDUD...AGAK2 Tuan Hj. Omar Osman NI HJ YG MANA 1...? WALLAHUALAM...

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas yang berkaitan dengan artikel. Kebebasan bersuara diamalkan namun ulasan yang tidak sopan akan dipadam.