Petang semalam saya berkesempatan untuk berkunjung ke Kedai Rakyat 1Malaysia di stesen LRT Kelana Jaya. Umum mengetahui ia baru dirasmikan kelmarin (22 Jun 2011) oleh YAB Perdana Menteri. Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star ada membuat liputan mengenai upacara berkenaan.
Kunjungan saya ke kedai tersebut sebenarnya adalah secara kebetulan. Pagi semalam (7.15) saya dan rakan sepejabat (Liana) telah menaiki pesawat AirAsia dari LCCT ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar.
Setibanya di Alor Setar pada jam 8.15 pagi, kami disambut oleh Pegawai Pemantau KKLW Kedah/Perlis/Pulau Pinang (saudara Nizam) lalu terus bertolak bersama-sama ke Kampung Kok Klang, Chuping, Perlis untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Outcome dengan wakil Risda negeri dan JKKK.
Mesyuarat yang saya pengerusikan itu bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi. Sekejap saja kan? Saya tak suka mesyuarat lama-lama, takut tak efektif hasilnya nanti :)
Selesai di Kok Klang kami ke Masjid Perkampungan Tradisi di Changloon untuk berjumpa dengan pegawai ITU-UUM (saudara Khairul Munawwar) yang mengendalikan sebuah pusat telecentre di situ. Kami membincangkan mengenai jalinan kerjasama yang ingin dibuat antara KKLW dan ITU-UUM untuk memajukan telecentre tersebut. Perbincangan berakhir di meja kedai makan berhampiran Taman Universiti, UUM :P
Walupun dah dekat sangat dengan UUM, saya terpaksa menolak hasrat hati sendiri untuk “menghasut” yang lain pusing-pusing sekejap dalam kampus. Maklumlah, walaupun rindu mengulit kenangan, kepala tak boleh lepas dok terfikir flight MAS jam 3.20 petang. Kalau masuk dalam UUM mau terlepas flight kang!
Setelah selamat tiba di KLIA, saya menaiki KLIA Ekspress ke KL Sentral dan seterusnya Putra LRT untuk ke Kelana Jaya. Saya dah janji dengan orang rumah untuk ambil di situ. Dan setibanya di Stesen Kelana Jaya kira-kira pada jam 6.00 petang, Kedai Rakyat 1Malaysia terus dicari kerana ingin melihat sendiri apa yang ditawarkan di dalamnya.
Kedai berkenaan terletak di aras bawah stesen betul-betul bersebelah hentian bas dan teksi. Warna merah diluarnya dan logo 1Malaysia digunakan secara dominan dalam hiasannya untuk menarik perhatian. Menarik! Itulah persepsi pertama saya apabila melihat kedai berkenaan.
Pengunjung dilihat tidak putus-putus keluar masuk ke dalamnya. Maklumlah, semua baru pulang dari pejabat. Bukan setakat orang Melayu, Cina dan India saja yang kelihatan, warga asing juga turut tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan murah di situ. Tapi kalau dah ramai sangat warga asing, mungkin lepas ni nak kena buat macam stesen minyak, mereka perlu bayar pada harga normal. :)
Berkenaan dengan barangan, boleh dikatakan 80% barang yang dijual dipek semula dengan logo 1Malaysia. Selebihnya adalah barangan yang mengekalkan jenama asal tapi pada harga yang lebih murah.
Sebenarnya, sebelum masuk ke dalam kedai, saya berasa was-was dengan status halal barang-barang yang dipek semula tu. Namun kesangsian saya terpadam apabila melihat pada semua pek mempunyai logo halal Jakim. Alhamdulillah.
Saya berpandangan, sambutan hangat yang diterima oleh kedai berkenaan di awal-awal pembukaannya ini mungkin disebabkan oleh dua faktor. Pertama, perasaan ingin tahu, melihat sendiri dan membandingkan harga barang-barang yang dijual. Kedua, pengunjung yang sememangnya mahu membeli barang pada harga murah seperti yang diwar-warkan di kedai berkenaan.
Dari pemerhatian saya, tidak ramai yang keluar dari kedai berkenaan tanpa membeli sesuatu. Saya menjangkakan sambutan ini akan berterusan bukan hanya kerana lokasinya yang strategik tetapi sememangnya kerana ia menawarkan barangan keperluan harian pada harga yang rendah seperti dijanjikan, bukan sekadar retorik.
Adalah wajar sekiranya konsep kedai ini diperluaskan ke seluruh Negara pada kadar segera demi untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah.
Semoga sinergi di antara kerajaan-Mydin ini akan menjadi contoh terbaik kepada pihak-pihak lain dalam melaksanakan obligasi sosial mereka kepada masyarakat.
setuju..sangat wajar Kedai 1 Malaysia diperluaskan terutamanya ke kawasan luar bandar seperti di Sarawak & Sabah..
BalasPadamok ada laporan jg...hrp bbp bln nnt crita lg...
BalasPadamdan lebih menarik jk letak gambar tuan2 kedai biar dia bangga crita dia kluar tiap2 bln
Wohaa... Tahniah Najib sebab wujudkan Kedai 1 Malaysia ni.. Tahniah jugak pada bro NotaKanan pasal buat review.. Anwar mesti jeles gila punya... Hahahahaha..
BalasPadamYA! SETUJU ADAKAN DI SELURUH NEGARA...KENA ADA PERSAINGAN SIHAT DGN KEDAI2 APPEK YG DAH BANYAK BUAT UNTUNG SELAMA NI MENCEKIK KITA!!!!
BalasPadamMAILA BUAT SATU DI TANAH MERAH! KLINIK 1MALAYSIA DAH ADA TP NUN DI LUAR KAWASAN BANDAR JLN TANAH MERAH-KLEWEK-JELI NUN! HARAP IDEA DS NAJIB NI DIPERBAIKI DGN MEMINDAHKAN KLINIK TERSEBUT KE BANDAR...
TUAN,
BalasPadamMOHON DIPAUTKAN BLOG AMBO. BLOG TUAN DAH DIPAUTKAN. TRIMA KASIH!
bagus, inilah kerajaan kebajikan yang benar2 kebajikan. yang tahu permasalahan rakyat..tak macam pakatan rakyat tahu cakap manis jer, buat kebajikan satu hapak pun tak der...
BalasPadamterima kasih atas maklum balas rakan sekalian.
BalasPadammohon kebenaran entri tuan.
BalasPadamBlog tuan telah di pautkan di BlogTendang Terajang dan diharap tuan juga berbuat begitu.
Selamat berblog dan berjuang!
Ini satu lg tanda elaun cola kena bagi sama rata antara bandar dengan luar bandar..Orang yg tinggal di bandar boleh berjimat dengan adanya kedai satu malaysia..kami orang di luar bandar hanya dapat cerita sambil gigit jari...aduhai nasib orang luar bandar..udahle cola dapat sikit..harga barang pula mahal...Jika nak ke bandar yang ada kedai satu malasia pun jaraknya huh.. tak balik modal dengan minyak kereta.
BalasPadamEn. Zairi..mohon share info yg berguna ni kt wall fb..
BalasPadamSepatutnya kedai macam ni harus depercepatkan ke seluruh Malaysia especially kawasan Luar Bandar. Rakyat sentiasa menantikan sesuatu yg bermenafaat dan berfaedah untuk rakyat. Kedai ini bukan saja menawarkan harga yg lebih murah dari pasaraya hyper milik pesaing asing tetapi brand local untuk kedai macam ni dapat menarik ramai pelanggan disamping dapat memuaskan hati rakyat untuk support the government, sebab nampak impaknya pada rakyat.....
BalasPadam