Selasa, 26 Mei 2015

Adi Putra Genius -vs- PERMATA Pintar Rosmah Mansor


Artikel Malaysian Insider 'Adi Putra genius matematik Malaysia yang disisihkan' sememangnya menampakkan pihak kerajaan seolah-olah mengenepikan anak-anak genius yang berkebolehan luar biasa di Negara ini. Gambaran yang cuba disampaikan ialah sistem pendidikan sedia ada sekarang gagal mendorong pelajar genius untuk cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan kata mudahnya, kerajaan gagal! Itu persepsi yang cuba diwujudkan. 

Ketika membaca artikel berkenaan dua hari lalu, saya terfikir mengenai Program PERMATApintar yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Program yang telah distigmakan dengan nama "Rosmah Mansor".

Hari ini di dalam posting FB sahabat saya mengenai isu Adi Putra ini, Profesor Dato Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Pusat PERMATApintar Negara memberikan komen beliau mengenai isu pihak kerajaan tidak membantu Adi Putra sebagaimana dibangkitkan Malaysian Insider.