Rabu, 31 Oktober 2012

Kenyataan Media BR1M 2.0: Borang boleh dimuat turun mulai esok, 1 November 2012


SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA
(BR1M 2.0)


1. Pada pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2.0) kepada isi rumah dan individu bujang. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.

2. Kriteria penerima BR1M tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah. Sebagai tambahan, pemberian BR1M ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.

3. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tidak berpuas hati dengan perkhidmatan awam? Cadangkan penambahbaikan sebelum 31 Oktober


Sehingga 31 Oktober ini, Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak untuk mentransformasi perkhidmatan awam ke arah yang lebih baik.

Siapa pun anda, orang awam, penjawat awam, pekerja swasta, pelajar, suri rumah atau penganggur sekalipun, gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melihat perkhidmatan awam yang lebih baik diberikan kepada rakyat. 

Marah, kecewa, gembira, berterima kasih atau apa sekalipun pengalaman anda berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan sebelum ini, inilah ruang untuk mencadangkan penambahbaikan.

Kemukakan cadangan anda di laman berikut. Tapi ingat, cadangkan penambahbaikan ya, bukan luahan rasa semata-mata :-)

             http://docs.jpa.gov.my/skmtpa/

Wassalam.

Rabu, 10 Oktober 2012

Pasar Lama Balik Pulau menagih janji YB Yusmadi


Semalam saya ada terbaca di NST Online mengenai cadangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk mengubah wajah tapak Pasar Lama Balik Pulau, yang lebih dikenali sebagai "Market Lama Kongsi" di kalangan penduduk setempat. Artikel berkenaan terus membuatkan saya tersengih sendirian kerana ia mengingatkan saya kepada saudara YB Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau.

Kemenangan Yusmadi pada tahun 2008 sebenarnya memeranjatkan banyak pihak kerana dalam PRU 12 itu, BN melalui UMNO menyapu bersih ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Balik Pulau. Beliau menewaskan seorang calon ternama, Datuk Dr Norraesah Mohamad dengan majoriti 708 undi.

Isu utama yang dimainkan pada ketika itu untuk menghentam Dr Norraesah ialah beliau digambarkan sebagai "orang luar', bukan anak Balik Pulau. Walaupun hakikatnya bekas Pengerusi Bank Rakyat itu anak kelahiran Bayan Lepas dan merupakan salah seorang AJK UMNO Bahagian namun beliau yang lebih banyak menonjol di peringkat Pusat terpaksa akur kepada penolakan bukan saja di kalangan pengundi, bahkan juga di dalam parti sendiri yang mahukan calon "tempatan".

Selasa, 2 Oktober 2012

Senarai insentif untuk Penjawat Awam dalam Bajet 2013


Agak menarik apabila membaca komen-komen di dalam media sosial mengenai Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lalu. Sebagaimana biasa, ada yang pro dan ada yang kontra.

Menariknya dalam Bajet 2013 kali ini, mungkin kerana ia lebih menyeluruh dan kurangnya lompang yang membuka peluang, isu mengenai kadar hutang negara lebih ditekankan oleh pihak yang pro-pembangkang bagi menampakkan sisi negatifnya.

Mungkin data anggaran berikut yang saya petik dari Facebook seorang rakan dapat menambah ilmu kita mengenai kadar hutang negara-negara lain. Menariknya, Jepun yang berada di tangga pertama dengan hutang sebanyak 233.1% daripada KDNK tidak mengalami kebangkrapan berbanding Greece yang berada di tangga kedua dengan hutang sebanyak 168.2%.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...