Jumaat, 27 Januari 2012

Bayaran pelarasan gaji SBPA pada 31 Januari ini. Ya atau tidak?



 
Thursday, January 26, 2012 12:30

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Dato' / Tuan / Puan

Per : Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Terlebih dahulu mohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang timbul akibat tidak ketentuan / kepastian tindakan terhadap keputusan penangguhan pelaksanaan SBPA ini.

Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah BPOPP bahawa YBhg. Datuk ANM telah diarah oleh YBhg. Tan Sri KSP bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan nanti. 

Bayaran perbezaan yang dijadualkan sebelum ini pada 31 Januari 2012 hendaklah dibatalkan dan adalah menjadi tanggungjawab YBhg. Dato'/Tuan/Puan Pengarah JANM Negeri dan Cawangan termasuk Ketua Akauntan di SAD agar memberi arahan kepada bank-bank untuk membuat stop payment atau mengarahkan bank-bank agar tidak membuat sebarang proses terhadap cek yang telah dihantar untuk bayaran perbezaan ini dengan serta merta. (Cek dan juga EFT)

Khamis, 26 Januari 2012

Batu Uban dan sejarah Melayu Pulau Pinang

Selamatkan Sejarah Batu Uban




Artikel ini dipetik dari Utusan Online dan ditulis oleh DR. A MURAD MERICAN
Beliau ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak.

Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.

Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.

Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.

Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya.

Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.

Sabtu, 21 Januari 2012

Benarkah Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan sudah lapuk?



Ada pihak mengatakan Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan sudah lapuk dan perlu dipinda kerana peruntukan berkenaan dilihat "menyusahkan" golongan homoseksual.

Sebelum menilai, elok dilihat peruntukan seksyen berkenaan:

Seksyen 377 Kanun Keseksaan dalam undang-undang Malaysia adalah berkaitan jenayah seksual luar tabii dan ia dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman berbeza.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Isnin, 16 Januari 2012

Skim Teknologi Maklumat sebagai Badan Berkanun: PERJASA & PESIMA perlu adakan roadshow!


Kehadiran kira-kira 400 orang pegawai skim Teknologi Maklumat dalam Majlis Perjumpaan bersama TKP (ICT) MAMPU Khamis lalu hanya mewakili 3.95 peratus dari jumlah keseluruhan jawatan yang diisi (10,114 orang).

Walaupun mereka yang hadir mewakili pelbagai Kementerian dan agensi, peratusan yang kecil ini tidak menjamin maklumat-maklumat yang disampaikan pada hari berkenaan akan disebarluas dengan berkesan kepada pegawai-pegawai lain.

Rata-rata pandangan yang saya terima dari para pegawai mengatakan mereka bersetuju untuk Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat ini mempunyai Ketua Perkhidmatan sendiri. Walau bagaimanapun, penerimaan kepada cadangan untuk menjadikan organisasi ini kelak sebagai badan berkanun tidak disambut dengan baik.

Sabtu, 14 Januari 2012

KSN beri jaminan semakan semula SBPA tidak akan mengurangkan gaji yang telah ditawarkan


Apabila YAB Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan bagi memberi laluan untuk semakan semula, ramai di kalangan penjawat awam yang merasa "sedikit kecewa" apabila tidak dapat merasa gaji baru pada bulan Januari ini. Ramai juga yang menyalahkan CUEPACS sebagai punca kepada penanggguhan pelaksanaannya.

Sebenarnya wujud dua bentuk reaksi di kalangan penjawat awam apabila keputusan ini dibuat. Pertama, ia diterima dengan gembira oleh mereka yang merasakan kenaikan gaji yang ditawarkan "tidak mencukupi" atau tidak mencapai kadar sebagaimana yang dijanjikan oleh YAB PM (7% - 13%) ketika membentangkan Bajet 2012. Kelompok ini amat mengharapkan semakan semula ini akan memberikan kenaikan gaji mengikut kadar yang dijanjikan.

Khamis, 12 Januari 2012

Intipati Pertemuan TKP (ICT) MAMPU bersama Pegawai Skim Teknologi Maklumat pada 12 Januari 2012


Pagi tadi saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perjumpaan TKP (ICT) MAMPU bersama para pegawai Skim Teknologi Maklumat (F & FT) di Auditorium Kompleks B JPM. Apa yang menariknya mengenai perjumpaan ini, ia merupakan perjumpaan pertama Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat sektor awam dengan pihak atasan. Sejak saya mula berkhidmat pada tahun 2005, rasanya belum pernah pertemuan sebegini diadakan.

Majlis pagi tadi yang dihadiri kira-kira 400 pegawai dimulakan dengan Ucaptama oleh YBhg Dato' Dr Nor Aliah selaku Government Chief Information Officer (GCIO). Mendengar ucapan yang disampaikan oleh Dr Nor Aliah sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan apa akan cuba disampaikan dalam pertemuan ini.  Sesi pembentangan seterusnya hanya menjelaskan apa yang diperkatakannya. Antara intipati penting yang disebut beliau ialah:

Isnin, 9 Januari 2012

Esok (10.1.2012) hari terakhir penghantaran borang BR1M RM500


Sekadar ingin mengingatkan mereka yang layak tetapi belum menghantar borang berkenaan.

Esok, 10 Januari 2012 adalah hari terakhir untuk penghantaran Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500.

Pastikan borang berkenaan dihantar sebelum jam 5.00 petang di mana-mana pejabat LHDN seluruh negara.

Bagi yang belum memperoleh borang berkenaan, ia boleh dicetak di sini:


Jangan lupa, bawa sekali salinan kad pengenalan dan slip gaji bagi yang berkenaan.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban bagi mereka yang berkelayakan.

Wassalam.

Notalalu:
121211 Muat Turun Borang Bantuan RM500 (BR1M) di sini sebagai alternatif kepada portal Perbendaharaan
071211 Talian Hotline Bantuan RM500 telah dibuka & borang permohonan boleh dimuat turun pada 12 Disember

Jumaat, 6 Januari 2012

Jawatan PM: Mengapa mesti dia? Orang lain tidak layak?


Agak janggal apabila Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk melantik PM sementara jika Anwar dipenjarakan sekirannya mereka berjaya membentuk kerajaan pusat dalam PRU13. Jawatan itu akan diberikan kepada Anwar kembali apabila beliau dibebaskan kelak. Macam yang isterinya buat di Permatang Pauh tu :)

Saya tidak pasti sama ada kenyataan yang dikeluarkan Anwar melalui Malaysiakini itu bersifat peribadi atau telah diputuskan sepenuhnya oleh pimpinan tertinggi PR. Namun sebagai Pemimpin Agung PR, semestinya apa yang dibicarakan Anwar akan menjadi polisi gabungan berkenaan.

Jika ditelili kenyataan Anwar itu, ia menampakkan dua pegangan PR utama ketika ini dan ia akan kekal sehingga PRU 13 yang bakal menjelang:

1. Tiada orang lain yang layak untuk menjadi PM melalui gabungan PR. Hanya Anwar yang layak.
Hal ini menunjukkan bahawa PR sebenarnya tidak memperjuangkan isu-isu nasional atau melihat kepentingan negara melebihi kepentingan individu. Ini kerana sekiranya PR benar-benar berpegang kepada apa yang mereka perjuangkan, soal mengenai siapa yang akan menjadi PM tidak seharusnya timbul. Mengapa perlu ada PM sementara yang menjadi boneka untuk mengikut telunjuk Anwar dari penjara? Ke mana Malaysia hendak dibawa?