Isnin, 24 Oktober 2011

Pengambilan Jawatan Baru dalam Perkhidmatan Awam dibekukan sehingga Januari 2012


Menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pengambilan baru ke dalam perkhidmatan awam akan dibekukan sementara sehingga Januari 2012. Ia bagi menantikan pelaksanaan SBPA yang menggantikan SSM.

"Kerajaan dalam usaha melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuatkuasa mulai Januari 2012. Sehubungan itu, surat tawaran kepada semua calon yang telah berjaya dalam temu duga bagi semua jawatan akan dikeluarkan setelah SBPA dilaksanakan pada Januari 2012"

Walau bagaimanapun, perlu difahami, yang dibekukan adalah pengambilan dan bukannya permohonan. Justeru, permohonan untuk berkhidmat dengan kerajaan melalui SPA boleh dilakukan seperti biasa di sini.


Notalalu:
181011 Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
111011 Nikmat Penjawat Awam dalam Bajet 2012: Bersyukurlah!
071011 Live Bajet 2012 di Notakanan

Jumaat, 21 Oktober 2011

Keputusan Undian PR1MA


Walaupun telah seminggu cabutan PR1MA dibuat, namun ada sebahagian pemohon yang masih tertanya-tanya sama ada nombor mereka telah naik ataupun tidak. 

Dan untuk perkongsian, saya sertakan nombor-nombor yang telah bertuah dalam cabutan PRIMA pada 15 Oktober lalu. Berikut merupakan keputusan undian PRIMA bagi 560 unit di Putrajaya:

Rabu, 19 Oktober 2011

Jika BERSIH boleh disokong, mengapa tidak HIMPUN?



Jika perhimpunan haram BERSIH sanggup disokong dan dihadiri, mengapa tidak perhimpunan sah HIMPUN?

Jika kerana kuasa dan undi sanggup diredah FRU, gas pemedih mata dan air longkang, mengapa mengenai akidah mahu pula menjauhkan diri?

Hadirkanlah diri jika berkesempatan. Bagi yang tidak, nyatakanlah sokongan di mana saja anda berada. 

Dan saya, sudah semestinya menyokong penuh perHIMPUNan ini!

Selasa, 18 Oktober 2011

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas

Sudah semestinya semua penjawat awam amat menantikan maklumat-maklumat lebih jelas mengenai intipati SBPA yang menggantikan SSM. Selain maklumat mengenai penambahbaikan gaji, kakitangan kerajaan pasti ingin mengetahui bagaimana peluang untuk naik pangkat. Adakah lebih mudah berbanding SSM, ataupun sebaliknya?

Mungkin dek kerana terlalu banyak panggilan yang diterima dari kakitangan kerajaan berkaitan dengan SBPA, satu posting ringkas di portal JPA telah dibuat pada 14 Oktober lalu.

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Jika dilihat kepada Laman Web Parlimen Malaysia, Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen, Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung dari 3 Oktober hingga 1 Disember 2011 manakala Dewan Negara pula dari 7 Disember hingga 22 Disember.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Pekeliling mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan akan dikeluarkan


Kerajaan keluar pekeliling urusan rasmi penjawat awam mesti guna bahasa kebangsaan

DURIAN TUNGGAL: Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. "Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam. 

Khamis, 13 Oktober 2011

Pertandingan Fotografi Sayangi 1Malaysia: Hadiah Pertama RM 20,000, Kedua RM 15,000. Guna kamera telefon pun boleh!


Apabila membaca iklan Pertandingan Fotografi Sayangi 1Malaysia di Utusan Malaysia, saya menjangkakan hanya mereka yang memiliki DSLR yang layak untuk menyertai pertandingan berkenaan. Rupa-rupanya, gambar yang diambil melalui kamera telefon pun boleh sertai.

Hadiah yang ditawarkan pula amat lumayan:



Syarat-syarat pertandingan dinyatakan pula teramatlah mudah:

Selasa, 11 Oktober 2011

Nikmat Penjawat Awam dalam Bajet 2012: Bersyukurlah!


Dalam melihat kesediaan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan untuk membantu rakyat menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu tahun hadapan dalam Bajet 2012, ada juga yang berpandangan sinis (termasuk segelintir penjawat awam yang menentang kerajaan) bahawa ia adalah Bajet Pilihanraya Umum ke 13 dari BN. 

Secara peribadi, saya berpandangan, sama ada ia Bajet Pilihanraya ataupun tidak, yang akan memperoleh nikmatnya adalah rakyat kebanyakan, termasuk juga mereka yang skeptikal itu. Jadi, Bajet 2012 sebenarnya bukan satu isu politik, melainkan ia mahu dilihat dari sisi berkenaan.

Dalam posting ini saya sekadar ingin memetik dan berkongsikan "nikmat-nikmat" yang diberikan oleh   YAB PM kepada penjawat awam (tidak kira sama ada mereka itu penyokong kerajaan ataupun tidak) dalam Bajet 2012. Semoga ia meningkatkan lagi azam kita untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat.

Berikut merupakan "nikmat-nikmat" yang dimaksudkan:

Jumaat, 7 Oktober 2011

Live Bajet 2012 di Notakanan



Berikut merupakan sebahagian intipati secara langsung Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri hari ini. (Tekan button F5 atau klik tajuk posting ini atau NOTAKANAN di atas untuk kemaskini)

- RM 232.8 billion jumlah keseluruhan Bajet 2012. RM 181 bil belanja Mengurus RM 51.52 bil belanja Pembangunan.

- Pakej Rancangan Khas akan diperkenal dengan belanja RM 6 bil

- Tema Bajet: "Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"

- Value Managment akan dilaksana terhadap projek-projek bernilai RM 50 juta ke atas.

- RM 978 juta untuk 5 koridor wilayah bagi pelaksanaan projek


Selasa, 4 Oktober 2011

Tempahan rumah PR1MA Presint 11 Putrajaya kini dibuka sehingga 13 Oktober 2011


Yang ditunggu-tunggu telah menjelma! Tempahan rumah PRIMA di Presint 11 Putrajaya kini telah dibuka kepada mereka yang berkelayakan bermula 30 September lalu.

Perumahan yang dibangunkan Perbadanan Putrajaya itu mempunyai dua jenis rumah dengan pecahan kuantiti, saiz dan harga seperti berikut:

- 420 unit rumah bersaiz 815 kaki persegi dengan harga RM120,000.00 setiap satu.
- 140 unit rumah berukuran 1,006 kaki persegi berharga RM150,000.00 setiap satu.

Syarat-syarat untuk memohon pula seperti di bawah:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...